Saturday 31 May 2014

Aku Damba KeredhaanMu

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Al-Hamdulillah...blog kesayangan penulis ini masih menjadi tempat untuk penulis berkongsi segalanya yang berkaitan dengan Islam. Bukan niat penulis nak jual nama Islam tapi atas kesedaran mahu semua manusia merasai betapa manisnya bergelar umat Islam & yang paling penting penulis bersyukur sangat sebab dilahirkan sebagai seorang muslimah. Muslimah sangat istimewa di sisi ALLAH jika dia pandai menjaga diri & agamanya. Al-Hamdulillah...nikmat iman & Islam masih membaluti qalbu penulis. Harapannya sahabat-sahabat pun sedemikian rupa. Apa khabar dengan iman kita hari ini? Baik...al-Hamdulillah.

Hari ini penulis terpanggil berkongsi rasa melalui sebuah puisi yang menarik mungkin untuk mengingatkan kita pada ALLAH Yang Mah Esa. Puisi yang bertarikh 3 Februari 2014 detik di mana penulis bergelar seorang pelajar praktikal di PPD, Kuala Langat, Selangor. Bertahan wahai hati, hanya tinggal dua minggu lagi untuk meneruskan amanah sebagai pelajar praktikal.

Jom hayati bait kata dalam puisi ini! Moga memberi manfaat pada ummah.



Aku Damba KeredhaanMu

Di kesepian
Ku merenung pada alam
Padanya ada hikmah Tuhan
Jendela kehidupan
Terbuka luas mahu diteroka
Terhias indah buat si pencintanya
Tersedia jutaan mehnah
Buat insan tegar dalam lemah

Hari ini
Aku berdiri bersama sahabat
Aku berdiri bersama keredaannya
Aku bersiri bersama Tuhan
Mahu melangkah jauh penuh semangat jihad

Hari ini
Langkahku terus bermula
Tanpa tegar menoleh ke belakang semula
Pemula si pencari cintanya
Bermula melangkah ke alam kerjaya
Aku bergelar pelatih
Pelatih setelah tamat
Menuntut ilmu di medan kuliah
Moga reddhaMu
Menghiasi setiap langkah kehidupanku
Mewarnai setiap detik nafasku

Kini,
Aku mulai mengenal dunia
Fana penuh fatamorgana
Menghias kehidupan lebih indah
Mengenal masyarakat sebenar
Bukan lagi
Berimaginasi @ berteori semata

Tegarlah duhai hati
Ada hikmah terindah menanti
Saat manis bakal menghiasi
Bila dirimu
Bergelar penghuni syurga firdausi
Rehatmu bakal terisi
Bila nyawa terpisah dari badani

3 FEBRUARI 2014 12:19PM




No comments:

Post a Comment