Wednesday 7 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...udara nyawan kampung tersayang, kicauan burung-burung yang menghiasi alam, keindahan kampung yang menghijau serta keramahan jiran yang sangat didambakan oleh penulis membuatkan dia leka dengan kelebihan yang ALLAH anugerahkan pada tanah kelahirannya, Kelantan. Al-Hamdulillah penulis akhirnya bisa menziarahi kampungnya dengan mengambil cuti setelah lama berpraktikal. Akhirnya terubat juga rindu penulis pada ayah setelah sampai di rumah & menyalami tangan ayah. Berbicara panjang lebar dengan adik bongsu penulis, Ahmad Hambali & melayan karenahnya. Al-Hamdulillah Ya ALLAH...nikmat terindah yang Engkau berikan pada penulis walau sebentar cuma.

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita pasal majalah SOLUSI isu ke 67 yang bertajuk “Kenapa Tidak Seintim Nabi & Anak Yatim”. Sungguh buku ini menabrak jiwa penulis. Menghentam hati penulis yang tak pernah berfikir tentang anak yatim. Bagaimana mereka? Apa yang anak yatim ini buat setelah ketiadaan ibu & ayah? Pernah penulis terfikir bagaimana keadaan mereka? Sepatutnya penulis mendekati mereka, sayang peluang belum dicari, usaha belum memenuhi mimpi. Kasih sayang ayahanda & bonda terus lesap sama hilangnya dengan kehilangan kedua ibu bapa mereka.


Majalah SOLUSI terus memberi solusi pada masyarakat bagaimana mahu berdepan dengan anak-anak yatim ini. Kita boleh bidup bahagia sedangkan si yatim hidupnya menderita. Kita boleh tersenyum senang dengan kemewahan yang kita dapat tapi kita terlupa pada anak yatim yang seharian hidupnya hanya dipenuhi air mata yang sentiasa mengalir. Penulis terjaga dari mimpi yang lena. Ya benar dia tak pernah berfikir tentang anak yatim sampailah buku SOLUSI ini membuka hatinya, menembak tepat pada jiwanya betapa sukarnya si yatim mahu meneruskan kehidupan tanpa ibu ayah di sisi. Si yatim ini dipinggir malah dibenci oleh ramai manusia hanya kerana dia yatim.

Penulis memetik kata-kata yang terlakar pada muka hadapan buku majalah SOLUSI isu ke 67 yang berbunyi: “Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak & budi. Maka sekiranya kau mengabaikan anak yatim, hakikatnya dirimu itulah yang yatim – sunyi & sedih! Ketika itu kau harus menangisi nasib diri. Kerana kau sebenarnya lebih yatim berbanding seluruh anak yatim di dunia ini!” Allahurabbi...sungguh diri penulis terketuk. Kata cinta pada Nabi Muhammad s.a.w tapi penulis jarang mendekat pada insan yang yatim. Bagaimana tu?


Kata sayang pada Nabi Muhammad s.a.w tapi tak pernah cuba menyayangi insan yang kehilangan ibu & ayah. Ya ALLAH manusia jenis apa penulis ini? Terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau telah menyedarkan penulis dengan membaca & meneliti buku majalah SOLUSI isu ke-67 ini. Moga selepas ini penulis ada usaha untuk mendekatkan dirinya pada insan-insan seistimewa si yatim kerana Rasulullah s.a.w juga dilahirkan dalam keadaan yatim. Pantas rasulullah s.a.w sangat menyayangi siyatim kerana baginda s.a.w memahami situasi mereka. Ya, jika berpeluang penulis mahu merasai manisnya mengikat tali persaudaraan dengan anak-anak yatim. Tentu banyak perkara yang diperoleh penulis.

Ha...ini kelebihan bila kita menyemai minat membaca buku. Selain banyak perkara yang kita dapat tanpa sedar kita boleh melatih diri menjadi lebih baik dari sudut pembacaan & bahasa. Tak adalah kita selalu nak guna bahasa rojak sebab kita tahu kepentingan bahasa. Tak adalah kita selalu nak buat jahat sebab buku2 yang ada banyak mengajar kita jadi lebih baik. Pengaruh buku sebagai teman rapat.

Banyak tajuk perbincangan yang dibahaskan dalam buku SOLUSI ini. Antaranya, ‘Beduk di Ketuk: Sabar yang Dinamik’, ‘Mithali: Hangatkan Cinta Sepanjang Usia’, ‘Selebriti: Safiyurrahman al-Mubarakfuri Pakar Sirah Keturunan Sahabat’, ‘Zikra: Mancari Mati yang Sempurna’, ‘Kembara: Menjejak Islam di Auckland’, dan banyak lagi tajuk tersenarai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.  

Setakat ini dahulu coretan dari penulis untuk hari ini. Siiru ‘aalaa barakatillah.




No comments:

Post a Comment