Wednesday 21 May 2014

Tangisan Pertama ^__^

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah Ya ALLAH...malam ini penulis masih punya kesempatan untuk menjenguk blog kesayangannya yang menyimpan berjuta kenangan. Malam ini entah kenapa penulis terpanggil untuk bercerita tentang tangisan pertama. Penulis pasti kalian juga punya pengalaman ada tangisan pertama. Tambahan bahagia jika tangisan pertama itu di sambut oleh ibu & ayah. Kelahiran manusia ke dunia dengan hanya satu tangisan memberi sejuta ketenangan & menghilang segala kesakitan si ibu. Menghilang resah si ayah. Dengan tangisan itu tahulah seorang suami dia bergelar bapa, yakinlah si isteri dia sudah bergelar ibu. Al-Hamdulillah...

Ya ALLAH bahagianya bila dapat nikmat tangisan pertama si anak. Bahagianya punya anak, penulis mendambakan anak yang ramai bakal memeriahkan bahtera nakhoda kapalnya. Bagaimana dengan sahabat semua. Tangisan pertama itu datang dari seorang bayi yang digelar anak. 'Best'kan bila dapat anak dapat selalu tengok gelagat girang kanak-kanak yang tak pernah menipu. Kanak-kanak @ bayi sukar untuk menipu kerana mereka ibarat kain putih. Syukur padaMu Ya ALLAH...berkat kasih sayangMu penulis lahir ke dunia jadi puteri sulung dalam keluarga & pasti kelahirannya ditunggu semua maklum sahaja kelahiran pertama & tangisan pertamanya didamba oleh seorang mama. Mama penulis yang tanpanya penulis takkan ada di dunia.

Tetiba penulis terpanggil & tergerak hati untuk bercerita tentang anak saudaranya yang baru lahir pada 21 April 2014 9:52 pagi di Shah Alam. Bayi perempuan sangat comel cuma mak saudaranya belum sempat menjenguknya. Hanya 'upload' gambar dari 'facebook' kak ipar penulis. Tangisan pertamanya mesti ditunggu oleh abang sebapa & kakak ipar penulis. Sungguh penulis rindu untuk berjumpa dengan bayi comel ini. Kelahiranmu ditunggu oleh semua keluargamu. Moga kamu bisa jadi anak solehah untuk ibu & ayahmu. Kelak bisa berbakti pada agama & memperjuangkan Islam di dunia. 


Suri Tihani Qisya...secantik nama pemberian kakak ipar padanya



Kelahiran manusia itu penuh makna & indah. Daripada setitis air mani hinggalah menjadi segumpal darah & 9 bulan 10 hari membesar dalam perut ibu akhirnya lahir insan bernama manusia. Sempurna penciptaannya. Daripada tak boleh jalan hanya berbaring kemudian boleh meniarap boleh pula merangkak. Semua proses itu perlu masa yang membutuh kesabaran ibu & ayah. Al-Hamdulillah...jika kita lahir dalam keadaan Islam bergelar seorang muslim hamba & khalifahNya. Syukur itu perlu bukan hanya di mulut tetapi juga melalui tindakan. Daripada merangkak kita bisa bertatih tengok betapa bersyukur si ayah bila melihat anaknya bisa berjalan, betapa tersenyum bahagia si ibu bila memerhati anaknya sudah bisa berjalan. Kelahiran & tangisan yang pertama itu membuah harapan menggunung si ibu & ayah. Mereka berharap anak yang dilahirkan bahagia dunia & akhirat.




Setakat ini dahulu celoteh perkongsian penulis malam ini. Sekadar mengisi masa yang ada sekadar mengingat kita pada Sang Pencipta. Sekadar mengingat kita pernah alami zaman kanak-kanak. Sungguh kanak-kanak tiada dosa sentiasa mempamer bahagia. Ingin sahaja penulis berada di sisi mereka sentiasa. Menjadi seolah seperti kanak-kanak yang tidak bisa berbohong dalam kata-kata. Bila lihat sahaja si comel, senyum mekar di bibir penulis bukan apa seronok & bahagia melihat kanak-kanak & bayi yang ada. Keletah mereka membahagiakan, gelagat mereka tak pernah menyusah hati. 



Terakhir, izinkan penulis menukil doa buat seorang sahabat penulis, moga dia & suami dikurniakan anak & zuriat yang soleh & solehah nanti. Tunggu & bersabar kerana permintaanmu sentiasa mendapat perhatian ALLAH. Usah risau, semuanya telah termaktub di Loh Mahfuz cantik & indah. Tinggal hanya kalian berdoa & mohon sahabat2 yang membaca 'entri' ini untuk sama menghadiahkan al-Fatihah buat sahabat yang dekat dengan penulis sekarang ini moga dia dikurniakan khabar gembira bergelar seorang ibu. Ameen.

No comments:

Post a Comment