Sunday 29 December 2013

InsyaALLAH...Ada Jalannya


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...sekali lagi penulis berkesempatan menjengah blog kesayangannya yang menyimpan banyak ceritera cinta penulis terhadap kehidupannya. Didalamnya terkandung hikmah tersurat & tersirat dari Ilahi yang sangat menguji diri menjadi manusia yang menghargai kehidupan  rahmatNya. 

Walau terkadang rasa jatuh & tersungkur serta malas menjentik hati penulis, kerana manusia tak pernah akan sempurna tapi tak salah untuk kita menuju ke arah kesempurnaan dengan jalan yang selayaknya. Kelemahan kadang-kadang mengajar kita untuk tidak terus jatuh tapi hati kadang-kadang terbuai dengan bisikan syaitan yang melemahkan. Baru sahaja hati nak jadi baik, ada sahaja dugaan yang mendatang. Takut dikata sombong, berlagak nak tunjuk baik, kamu bukan baik sangat pun, ramai lagi org baik kat sana. Astaghfirullahal'aziim...jika ini sikap penulis sampai bila penulis nak lihat nikmat & keindahan Islam dinikmati oleh semua makhluk ALLAH.

Hati kecil penulis terdetik untuk mendengar setiap bait kata dan menghayati maksud tersirat disebalik lirik nasyid alunan Maher Zain. Kadag-kadang bait kata nasyid ini menyedarkan penulis bahawa ALLAH Maha Dekat dengan hambaNya.

Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya. Setiap ujian yang kita tanggung pasti ada hikmah terbaik yang ALLAH anugerahkan buat kita.Jadi, usahlah kita bersedih hati atau bermuram durja. InsyaAllah ada jalanNya.



Lirik lagu Insyaallah, Maher Zain Versi Bahasa Melayu

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..

Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya x 3

Saturday 28 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...



Sempena tahun baharu yang bakal tiba lagi dua hari, penulis terpanggil untuk mencoret sesuatu pada blog kesayangannya. Kenapa blog kesayangan? Sebab blog ini memberi inspirasi kepada penulis untuk berkongsi & sekaligus menyampaikan dakwah serta menyebarkan kebaikan kepada semua orang melalui penulisan. Penulis nak blog ini dikenal sebagai blog yang mengajak orang kepada kebaikan walau hanya sedikit cuma, walau hanya dengan berkongsi pengalaman & rasa.

Usah kita sibuk mencari siapa pemilik blog ini, cukup sekadar kalian memahami & menilai baik & buruknya penulisan ini. Yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. Usah kita pertikai siapa orang yang memberi nasihat tapi pertikaikan apa yang dia bagitau, adakah menyentuh hati kita untuk jadi insan yang berubah ke arah kebaikan? Kat sini ada sedikit puisi buat tatapan kalian.

Pejam celik
Masa sudah banyak berlalu
Kini berada pada tahun baharu 2014
Nak di bentang azam baharu kita?
Nak diperbaharui azam lama atau bagaimana
Dilema sekali lagi menyinggah diri
Menyesak jiwa nan keliru             
Mujur sahaja ALLAH sayangkan ku

Ya ALLAH…
Cepat benar masa itu berlalu
Moga tahun baharu ini
Mendapat sejuta keberkatan dariNya
Moga tahun baharu ini
Memberi seribu kekuatan
Kita harungi mehnah dariNya
Pesanan buat diri nan lemah
Walau apa azam mu nanti        
Walau apa impian mu nanti
Tekadkan dalam diri
ALLAH sentiasa menemani setiap langkah seta nafasmu
Cuma kamu perlu jadi insan yang bersyukur

Tahun baharu semakin menjengah
Doaku moga ALLAH mempermudah
Andai diri diterjah mehnah
Andai diri rebah tanpa arah
Andai diri resah menanti musnah
Belai hatiku jadi insan penyabar
Jadi insan kukuh & teguh
Hilang goyahnya bila ALLAH membisik
Dalam kalam Ilahi Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Moga kata puitis yang terlakar di sini memberi manfaat & kesedaran kepada hati yang dahagakan nasihat & peringatan dari insan yang bergelar sahabat. Moga dapat memberi sejuta manfaat & kebaikan kepada insan-insan yang menjengah ke laman blog kesayangan penulis iaitu QalamWardahZinnirah.blogspot.com yang boleh penulis gelar sebagai sahabat-sahabat kerana ALLAH.







Kotak Bertuah di Rumah ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...
Kesempatan sekali lagi diraih oleh insan yang kerdil ini
Penulis bersyukur...
Ya masih diberi peluang untuk mengorak langkah di bumi ALLAH ini
Surau muslimat Kolej Kediaman kami
Menjadi tempat persinggahan penulis saban hari
Bila malam menzahirkan diri
Kakinya ringan melangkah ke surau
Rupanya bidadari-bidadari tetamu ALLAH 
Sedang asyik menunggu kehadiran ramai bidadari lain

Malam semalam....
Kami bincangkan tentang kotak bertuah
Isinya sangat padat dan menyeronokkan
Yang pasti membuka minda penulis untuk lebih memikirkan tentang masalah sekeliling
Antara isinya...
Persoalan tentang tempat pelancongan yang diminati
Memandangkan umat Islam digalakkan untuk bermusafir
Memerhati & menghargai kewujudan alam anugerah ALLAH
Terhadap insan yang bergalar hambaNya



Kemudian...
Kami beralih pada isu seterusnya
Tentang isu bas kat kolej kediaman
Seorang pelajar yg terpilih menghuraikan pasal isu bas
Nak kena beratur ke?
Atau nak main serbu je...
Semuanya terpulang pada 'attitude' seorang individu Muslim
Kemudian...
Nasyid berkumandang hingga berhenti pada seorang teman
Dia dapat teka-teki pasal
Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang boleh berenang dlam minyak
Jawapannya, ikan goreng..
& dia asyik menceritakan ibarat ikan dengan manusia
Hati manusia ibarat ikan yang berenang riang di laut tetapi 
Ikan itu tak pernah rasa masin kan?
Kita makan ikan mesti kena sapu garam kan...

Banyak perkara yang kami bincangkan
Dalam rumah ALLAH ini 
Tempat yang penulis dapat sejuta ketenangan & kenangan
Tempat penulis dapat ramai sahabat2 
'Bidadari-bidadari tetamu ALLAH'
Yang sangat merindui mutiara2 ilmu dari Ilahi
Tempat penulis belajar hidup dengan kematangan
dan yang penting tempat penulis mengenal ALLAH 
Tempat penulis mencedok sebanyak mungkin pengalaman
Mengajar diri jadi seorang yang penyayang
Subhanallah...Alhamdulillah...Syukur Ya Ilahi

Masa ini jugak...
Kami bincang bagaimana mengekspresi rasa cinta pada 
bonda & ayahanda tercinta..
Hargai insan yang wujud di sekeliling kita
Terutama insan yang sangat berjasa pada diri kita
Tiada mereka...tiadalah kita.
Kami sampai menitiskan air mata saat bercerita betapa bangganya kami 
punya ibu dan ayah yang sangat bertanggungjawab
Kami belajar di sekolah agama
Kami jadi muslimah dambaan syurga
Kami punya Islam di hati
& cuba diterjemah melalui praktikal kami
Kami sayang ibu ayah kami...
Sahabat semua bagaimana?

Mencari cinta teragung...'next topic for this session'
Cinta Ilahi menjadi dambaan kami
Cinta Ilahi menjadi impian akhir kami
Moga kami dapat bertemu syahid Ilahi

Kami juga sempat berkongsi pengalaman
Berada di alam universiti...
Tahniah & syabas buat adik2 tamhidi 
Merangkap insan2 yang pernah mengajar penulis erti kasih sayang
Tahniah & sayabas buat adik2 tamhidi & degree 
yang tak pernah jemu mengimarahkan surau kesayangan kami
Hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa & setiap langkah kalian ke surau ini
Terima kasih pada kalian
Adik2 tamhidi
Kerna berkongsi rasa bahagia dengan penulis
Sepanjang berada di kolej kediaman ini
Terima kasih kerna kalian tak pernah jemu melayan penulis

Thursday 26 December 2013

Seronokkah Aku Berusrah?


Ramai insan di dunia
Aku terpilih di sisiNya
Menjadi ahli usrah terkadang naqibah
Yang ku damba selamanya
Apa erti usrah?
Ramai menidak malu
Ramai menolak mentah
Ramai memusuh salah
Ramai memandang benci
Hanya kerana namanya usrah

Belum kalian lihat
Betapa indahnya berusrah
Manis pahitnya di telan bersama sahabat
Sakitnya perjuangan
Peritnya pengorbanan
Semua membutuh keikhlasan
Akhirnya manis menemui Ilahi

Dengan usrah
Aku kenal diri
Aku kenal ukhuwwah fillah
Aku kenal Islam
Aku mahu genggam kemanisan berusrah
Aku mahu sebar keindahan berusrah
Menyerap masuk dalam jiwa
Insan bernama muslim istimewa

Seronokkah aku berusrah
Semuanya terjawab kini
Hanya kerana aku ada usrah
Makan bersama-sama
Terhidang luas makanan buat rohani
Menuntut ilmu baharu
Pasti tiada dalam kuliah semata
Keteguhan berukhuwwah
Mengenal Sang Pencipta
Manisnya hanya ALLAH Maha Tahu

Aku ahli usrah & punya usrah
Bangga punya usrah
Pasti aku beda pada yang lainnya
\Bahagia punya usrah
Berkongsi suka duka serta ilmu
Sudah tentu jawapanku
Seronok berusrah
Aku lahir sebagai muslimah
Aku bersyukur punya usrah.





Tuesday 24 December 2013

Secicip Ilmu dalam Rumah ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah…ucapan syukur yang tak pernah putus untuk insan seperti penulis mengucapkannya. Al-hamdulillah kerana Dia masih memberi peluang kepada penulis untuk menghirup oksigenNya tanpa halangan. Al-hamdulillah kerana ALLAH telah memberi kekuatan dan ilham kepada penulis untuk melakar sesuatu yang bermanfaat dalam dunianya yang dicipta memenuhi minat menulis.

Al-hamdulillah, semalam hati penulis tergerak untuk singgah sebentar di surau kolej kediaman yang menjadi rumah ke duanya di universiti. Ketenangan meresap jiwa saat kakinya tenang melangkah menuju ke rumah ALLAH. Terimbau kembali kenangan bersama-sama adik-adik ‘junior’ di sini berusrah, mengisi masa kosong antara maghrib dan isyak dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat & solat berjemaah bersama-sama. Suasana yang tak mungkin penulis berpeluang lagi menyertainya bila keluar berpraktikal nanti.

Masuk sahaja dalam rumah ALLAH terus penulis menemui ‘bidadari-bidadari tetamu ALLAH’ yang setia memeriahkan surau. Terima kasih pada kalian kerana telah bermujahadah mengalahkan nafsu untuk terus berada dalam surau dan sekali gus mengimarahkannya. Malam itu kami dihidangkan dengan pengisian berbentuk perdebatan di bawah tajuk: Dunia Akhir Zaman: “Mana lebih berperanan antara ahli ibadah atau ahli ilmu?

Masing-masing mengeluarkan hujah tersendiri saat diberi peluang terkehadapan. Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada semua adik-adik tamhidi dan pelajar-pelajar sarjana yang terlibat memeriahkan suasana percambahan ilmu dalam rumah ALLAH.  Ada yang mengatakan orang yang berilmu lagi berperanan dalam memastikan masyarakat terus terpandu ke jalan yang benar dengan ilmu-ilmu agama dan dunia. Ada pula yang membangkang memberitahu bahawa orang yang beribadah lagi penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang dunia akhir zaman ini.

Sungguh penulis tersenyum sendiri saat mendengar setiap bait kata yang keluar dari ‘junior-juniornya’. Masing-masing menunjukkan belang dalam memastikan hujah mereka kukuh dan berpengaruh. Penulis setia mendengar dan mencatat sesuatu yang dirasakan sangat baru baginya. Percambahan idea yang tak mungkin diperoleh tanpa penyertaan pelajar yang ramai dan reaksi yang diterima oleh mereka.




Akhir sesi perdebatan masing-masing masih mahu mempertahankan hujah mereka hingga akhirnya dibuat kesimpulan oleh pengerusi majlis, penulis sendiri dan sahabat penulis. Tajuk yang menarik untuk dikupas bersama-sama. Moga selepas ini makin banyak persoalan yang terungkai bila pengisian-pengisian seperti ini menghiasi rumah ALLAH sekali gus menarik ramai lagi pelajar turun ke surau.

Kesimpulan untuk tajuk perdebatan kami malam itu “Dunia Akhir Zaman: “Mana lebih berperanan antara ahli ibadah atau ahli ilmu?” antaranya:

- Berilmu dan beribadah perlu ada serta seiring dalam diri manusia yang bergelar khalifah ALLAH dan hambaNya.

- Banyaknya ibadah yang dilakukan tidak menjamin seorang individu Muslim memasuki syurga dengan senangnya di akhirat nanti. Banyaknya ilmu yang ada tidak terjamin dirinya jika dia tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.

- Apa yang penting di sini adalah kita mengetahui matlamat akhir kita adalah mendapatkan keredaan ALLAH semata dan menemuiNya dalam keadaan kita diredhaiNya, walau saat itu kita diuji hebat kita jadi insan yang kuat kerana kita yakin ALLAH adalah matlamat.

-Orang yang abid tak semestinya alim, dan orang yang alim semestinya abid.

-Kisah si abid dan si alim dalam menghadapi soalan-soalan si syaitan.
Syaitan bertemu dengan seorang abid dan bertanya, “Kerana apa kamu melakukan ibadah ini?” dengan tenang si abid menjawab, “Mestilah aku beribadah kerana ALLAH.” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut syaitan hingga sampai soalan terakhir, “Adakah mungkin ALLAH menciptakan bumi dalam sebiji telur?” Tanpa ilmu yang ada di dalam dada si abid, dia di singgah keraguan, “Tak mungkin ALLAH dapat menciptakan bumi dalam sebiji telur yang kecil ini.”
 Syaitan bertemu pula dengan seorang alim dan bertanya, “Kerana apa kamu melakukan ibadah ini?” dengan tenang dan yakin si alim menjawab, “Mestilah aku beribadah kerana ALLAH.” Bertalu-talu soalan yang sama diajukan kepada si abid di tanya kembali kepada si alim hingga sampai soalan terakhir, “Adakah mungkin ALLAH menciptakan bumi dalam sebiji telur?” Ilmu yang diperoleh dan dipelajari si alim telah membuatkan si alim dengan yakin menjawab, “Mungkin, segala-galanya mungkin bagi ALLAH. ALLAH boleh menciptakan semuanya mengikut kehendakNya. Itu kuasa ALLAH. Bukankah ALLAH Maha Berkuasa.”
Inilah perbandingan antara orang yang alim dengan orang yang abid.

Selesai perdebatan masing-masing tersenyum puas dengan ilmu baharu yang kami kongsi bersama. Terima kasih kepada Fatin Ahza Rosli salah seorang adik ‘junior’ penulis merangkap ketua geng surau Muslimat kolej kediaman kami kerana tidak lokek berkongsi ilmu dengan penulis untuk disampaikan kepada sahabat-sahabat. Itulah bukti ilmu yang sedikit bila dikongsi mendapat keberkatan yang luar biasa hebat.


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang turut hadir. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala usaha dan mujahadah kalian untuk memastikan rumah ALLAH ini meriah dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk semua penghuninya. Alhamdulillah…usai sudah pengisian kami malam itu.

Sunday 22 December 2013

Apa Erti Istikharah mu?


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…Allah masih memberi kesempatan kepada penulis untuk  berkongsi cerita dan mencoret kenangan dalam blognya. Syukur padaNya kesempatan ini seiring dengan saki-baki penulis bersisa di universitinya sebelum meneruskan perjalanan alam praktikal (Latihan Industri).  Mohon doa semua moga ALLAH permudahkan urusan penulis meneruskan usahanya untuk menuntut ilmu.

Kenangan bergelar mahasiswi di universiti ini banyak mengajar penulis menjadi manusia yang matang dalam menghadapi kehidupannya. Alam universitinya juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat indah dan manis untuk diingati. Pahitnya juga turut ada dan manusia lumrahnya punya ujian dan masalah yang perlu dihadapi. Begitu juga si penulis. Cuma mungkin ujiannya berbeza bagi setiap manusia.

Baiklah.. dalam banyak-banyak buku yang penulis baca, hari ini penulis tertarik untuk berkongsi isi dan mutiara kata dalam buku yang bertajuk, ‘Mengapa Istikharah Tidak Berjawab- Karangan: Emran Ahmad’. Mengapa penulis terdetik untuk membeli sekali gus membaca buku ini? Jom, kita sambung baca!



Solat sunat istikharah adalah solat sunat yang sangat digalakkan cuma penulis baru terbuka hati untuk mengerjakannya saat dia betul-betuk dalam keadaan tersepit  membuat pilihan. Masa sekolah menengah dulu penulis pernah dengar tapi langsung tak cuba mendirikannya. Bila masuk alam universiti penulis mula mendirikannya dengan pengetahuan membaca buku-buku yang berkaitan dan mendapatkan pandangan asatizah yang pakar dalam urusan agama. Akhirnya terungkai persoalan penulis tentang masalah dan ujian yang dihadapinya perlu bergantung kepada ALLAH selain berusaha menyelesaikannya.

Buku ini merungkai sebab mengapa istikharah yang dikerjakan tidak berhasil. Ya, mungkin kerana hati tidak hadir saat kita mendirikan solat sunat istikharah, beristikharah bila perlu sahaja, tidak hadir kekhusyukan dalam solat, seolah-olah memaksa ALLAH membuat keputusan tanpa berusaha ke arah kebaikan, dan tidak sabar dalam menanti keputusan istikharah. Itu semua terangkum dalam buku ini. Ini betul-betul membuka mata penulis. Istikharah bukan hanya untuk memilih jodoh, tapi istikharah adalah untuk semua perkara yang memerlukan kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendakNya.

Usah pertikai mengapa istikharah mu tidak berjawab, tapi cuba pertikaikan apa usaha mu untuk memenuhi jawapan kepada istikharah mu. Ini kesimpulan yang dapat penulis lakarkan sepanjang membaca buku ini. Tahniah kepada penulis buku ini yang telah menerbitkan buku tentang istikharah yang sekurang-kurangnya membuka mata masyarakat bahawa solat sunat istikharah bukan untuk jodoh semata tetapi untuk semua perkara. Istikharah bukti Muslim memandu hidupnya menuju ALLAH.

Memetik kata penutup dalam buku ini, “Hidup ini adalah suatu pilihan. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Setiap pilihan itu pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH s.w.t ketika kita dibangkitkan pada hari akhirat kelak.”

Terima kasih dan alhamdulillah…Ya ALLAH…kerana Engkau telah membuka pintu hati kami untuk mengerjakan solat sunat istikharah petanda kami mahu mendekat dan menjadi hamba kesayanganMu. Istikharah ini telah membuka mata penulis betapa ALLAH sangat memudahkan hambaNya untuk memohon doa dan bergantung harap serta mengadu hanya pada ALLAH.

Biar lukamu berjaya dibaluti ALLAH…biar sakitmu pulih kerana ALLAH…biar resahmu kembali tenang di pangkuan ALLAH…biar masalahmu usai di sisi kasih sayangNya…biar bahagiamu diselimuti cinta ALLAH…biar sabar menemani di setiap langkah dan nafas berhembus. Hanya ALLAH yang Maha Tahu tentang hamba-hambaNya.

Setakat ini dahulu bicara penulis dan akhiri dengan kalam ALLAH yang Maha Hebat dalam surah al-Furqan ayat 63-76 tentang sifat ibadurrahman yang bermaksud:

63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

64. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri,

65. dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengertikan

66. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk";
67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, 

70. kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat;

72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan buta.

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

75. mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya,

76. mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Wednesday 18 December 2013

Hadiah Istimewa (2)

SAMBUNGAN

Terima kasih buat semua yang menghargai kewujudan diri penulis. Hanya ALLAH sahaja yg mempu membalas jasa & kebaikan kalian.

Ucapan ke-5 dari shbt yang bernama Siti Adyani Maliki, "Salam w.b.t...sobahal khair. Selamat hari lahir ukhti yang sentiasa dirindui& dihormati...semoga hidup akak lebih bahagia & dirahmati. Good luck for everything you do:-)"

Ucapan ke-6 dari shbt yang bernama Nazirah Hashim merangkap roomate penulis, "Salam ukhti, sanah helwah yer. Moga akak terus kuat & istiqomahdlm perjuangan ini...hidup dlm perjuanganadalah anugerah terindah dari ALLAH...moga sama2 kita terus berjuang ke syurgaNya...cepat dapat jodoh yer...hehehe."

Ucapan ke-7 dari shbt bernama Nor Shahierah Ismail, "Sanah helwah ya ukhti jameelah! Happy birthday. Selamat ulang tahun kelahiran ukhti! May ALLAH bless you always, ease you path in seeking knowledgaand toward jannah afterwards! Semoga sentiasa berada di bawah rahmat & kasih sayangNya."

Ucapan ke-8 sampai ucapan ke-100 semua tersenarai dalam SMS telefon bimbit & FB penulis. Alhamdulillah...tahun ini penulis dapat kumpul 5 buah hadiah, paling berharga hadiah doa-doa yang dikirim oleh insan-insan yang mengenali penulis. Apa tujuan penulis 'post' kisah ni dalam blog? Tujuannya penulis nak mengucapkan ribuan &jutaan terima kasih kepada semua yang menghargai kehadiran penulis di sisi mereka. Penulis tak tau nak ingat macam mana kebaikan2 mereka. Hanya dengan mencoret kebaikan mereka di blog ini mampu memberi momen indah buat penulis.

Jom, kita tengok gambar2 kat bawah:


Hadiah tudung dari kak Wanie & 'perfume' dari adik perempuan penulis.

Ni hadiah dari sahabat Jordan namanya Wazeerah...

Wazeerah


Ni dari mantan pelajar tamhidi...sekarang dah jadi pelajar degree.

Paling istimewa hadiah dari pelajar tamhidi...nama dia Hidayah Ibrahim.
Dia tahu penulis sangat sukakan buku & buku BI ni adalah buku pertama 
penulis yang berbahasa Inggeris.