Sunday 22 December 2013

Apa Erti Istikharah mu?


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…Allah masih memberi kesempatan kepada penulis untuk  berkongsi cerita dan mencoret kenangan dalam blognya. Syukur padaNya kesempatan ini seiring dengan saki-baki penulis bersisa di universitinya sebelum meneruskan perjalanan alam praktikal (Latihan Industri).  Mohon doa semua moga ALLAH permudahkan urusan penulis meneruskan usahanya untuk menuntut ilmu.

Kenangan bergelar mahasiswi di universiti ini banyak mengajar penulis menjadi manusia yang matang dalam menghadapi kehidupannya. Alam universitinya juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat indah dan manis untuk diingati. Pahitnya juga turut ada dan manusia lumrahnya punya ujian dan masalah yang perlu dihadapi. Begitu juga si penulis. Cuma mungkin ujiannya berbeza bagi setiap manusia.

Baiklah.. dalam banyak-banyak buku yang penulis baca, hari ini penulis tertarik untuk berkongsi isi dan mutiara kata dalam buku yang bertajuk, ‘Mengapa Istikharah Tidak Berjawab- Karangan: Emran Ahmad’. Mengapa penulis terdetik untuk membeli sekali gus membaca buku ini? Jom, kita sambung baca!



Solat sunat istikharah adalah solat sunat yang sangat digalakkan cuma penulis baru terbuka hati untuk mengerjakannya saat dia betul-betuk dalam keadaan tersepit  membuat pilihan. Masa sekolah menengah dulu penulis pernah dengar tapi langsung tak cuba mendirikannya. Bila masuk alam universiti penulis mula mendirikannya dengan pengetahuan membaca buku-buku yang berkaitan dan mendapatkan pandangan asatizah yang pakar dalam urusan agama. Akhirnya terungkai persoalan penulis tentang masalah dan ujian yang dihadapinya perlu bergantung kepada ALLAH selain berusaha menyelesaikannya.

Buku ini merungkai sebab mengapa istikharah yang dikerjakan tidak berhasil. Ya, mungkin kerana hati tidak hadir saat kita mendirikan solat sunat istikharah, beristikharah bila perlu sahaja, tidak hadir kekhusyukan dalam solat, seolah-olah memaksa ALLAH membuat keputusan tanpa berusaha ke arah kebaikan, dan tidak sabar dalam menanti keputusan istikharah. Itu semua terangkum dalam buku ini. Ini betul-betul membuka mata penulis. Istikharah bukan hanya untuk memilih jodoh, tapi istikharah adalah untuk semua perkara yang memerlukan kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendakNya.

Usah pertikai mengapa istikharah mu tidak berjawab, tapi cuba pertikaikan apa usaha mu untuk memenuhi jawapan kepada istikharah mu. Ini kesimpulan yang dapat penulis lakarkan sepanjang membaca buku ini. Tahniah kepada penulis buku ini yang telah menerbitkan buku tentang istikharah yang sekurang-kurangnya membuka mata masyarakat bahawa solat sunat istikharah bukan untuk jodoh semata tetapi untuk semua perkara. Istikharah bukti Muslim memandu hidupnya menuju ALLAH.

Memetik kata penutup dalam buku ini, “Hidup ini adalah suatu pilihan. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Setiap pilihan itu pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH s.w.t ketika kita dibangkitkan pada hari akhirat kelak.”

Terima kasih dan alhamdulillah…Ya ALLAH…kerana Engkau telah membuka pintu hati kami untuk mengerjakan solat sunat istikharah petanda kami mahu mendekat dan menjadi hamba kesayanganMu. Istikharah ini telah membuka mata penulis betapa ALLAH sangat memudahkan hambaNya untuk memohon doa dan bergantung harap serta mengadu hanya pada ALLAH.

Biar lukamu berjaya dibaluti ALLAH…biar sakitmu pulih kerana ALLAH…biar resahmu kembali tenang di pangkuan ALLAH…biar masalahmu usai di sisi kasih sayangNya…biar bahagiamu diselimuti cinta ALLAH…biar sabar menemani di setiap langkah dan nafas berhembus. Hanya ALLAH yang Maha Tahu tentang hamba-hambaNya.

Setakat ini dahulu bicara penulis dan akhiri dengan kalam ALLAH yang Maha Hebat dalam surah al-Furqan ayat 63-76 tentang sifat ibadurrahman yang bermaksud:

63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

64. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri,

65. dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengertikan

66. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk";
67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, 

70. kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat;

72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan buta.

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

75. mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya,

76. mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

1 comment:

  1. Salam ukhuwwah fillah sahabat...

    Perkongsian yang amat bermakna buat diri ini. Terima kasih.

    #ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...07-04-1436H | 27-01-2015M 23:47

    ReplyDelete