Wednesday 18 December 2013

Hadiah Istimewa (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sesudah lama menyepi, akhirnya ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk mencoret sesuatu pada blognya walau penulis dikejar masa & kesibukan pada saat-saat akhir minggu kuliah di universiti. Di sini penulis tak nak cakap panjang hanya mahu berkongsi rasa nikmatnya punya sahabat yang ramai terutama ketika datangnya masa hari lahir penulis. 

Al-hamdulillah...banyak hadiah juga kata-kata semangat dari orang-orang terdekat buat penulis yang sudah menjangkau usia 20-an. Penulis tak tau cara bagaimana mahu menghargai mereka. Mungkin ini cara penulis berterima kasih:

Ucapan pertama yg penulis terima adalah SMS dari adik bongsu penulis, Ahmad Hambali Yaakob, "Selamat Hari Lahir kak yong." 

Ucapan ke dua dari shbt bernama Syatirah,"Ya ALLAH izinkan insan ini menjadi sekuntum bunga yg dihiasi dgn kelopak akhlak mulia, harum wanginya dgn ilmu & agama,cantiknya kerana iman & taqwa...namun keindahan zahirnya di simpan rapi, biar menjadi rahsia yg kekal abadi, bkn perhatian mata ajnabi, yg menjadi punca fitnah hatidari lelaki berjiwa sepi...wajahnya bkn mengundang dosa, timbulkan duri yg berbisa memagari dirinya agar terpeliharadari noda duniawi yg menghilangkan harum sejati utk KAU calonkan dirinya sebagai bidadari syurgamu...amin. Selamat Hari Lahir."

Ucapan ke-3 dari shbt bernama kak Noor Azilawanie Noor Azmi:, "Salam buat bidadari hati yg dirindui, moga kasih Ilahi sentiasa bersamamu. Walau bkn mata yg bertemu, bkn tangan yg mendakap, bkn senyum yg terzahir, tapi ketahuilah bhw diriku sentiasa mengingatimu. Doaku moga ukhuwwah ini kekal demiNya & sentiasa utkNya. Sanah helwah ukhti, moga mendpt umur yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berpanjangan, hutang yg terbayar, kebahagiaan di dunia & akhirat."

Ni hadiah dari kak wanie...sehelai tudung Mesir...

Ucapan ke-4 dari satu2nya adik perempuan penulis bernama, Farah Mimi Yaakob, "Assalam kak yong...sobahal khair,Sanah helwah, moga panjang umur, murah rezeki, berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi, mati dlm husnul khatimah. Di permudah segala urusan oleh ALLAH..amin ibtisam daiman. Hadiah nati eh."

Hadiah 'perfume' dari adik perempuan penulis...


No comments:

Post a Comment