Saturday 31 May 2014

Aku Damba KeredhaanMu

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Al-Hamdulillah...blog kesayangan penulis ini masih menjadi tempat untuk penulis berkongsi segalanya yang berkaitan dengan Islam. Bukan niat penulis nak jual nama Islam tapi atas kesedaran mahu semua manusia merasai betapa manisnya bergelar umat Islam & yang paling penting penulis bersyukur sangat sebab dilahirkan sebagai seorang muslimah. Muslimah sangat istimewa di sisi ALLAH jika dia pandai menjaga diri & agamanya. Al-Hamdulillah...nikmat iman & Islam masih membaluti qalbu penulis. Harapannya sahabat-sahabat pun sedemikian rupa. Apa khabar dengan iman kita hari ini? Baik...al-Hamdulillah.

Hari ini penulis terpanggil berkongsi rasa melalui sebuah puisi yang menarik mungkin untuk mengingatkan kita pada ALLAH Yang Mah Esa. Puisi yang bertarikh 3 Februari 2014 detik di mana penulis bergelar seorang pelajar praktikal di PPD, Kuala Langat, Selangor. Bertahan wahai hati, hanya tinggal dua minggu lagi untuk meneruskan amanah sebagai pelajar praktikal.

Jom hayati bait kata dalam puisi ini! Moga memberi manfaat pada ummah.



Aku Damba KeredhaanMu

Di kesepian
Ku merenung pada alam
Padanya ada hikmah Tuhan
Jendela kehidupan
Terbuka luas mahu diteroka
Terhias indah buat si pencintanya
Tersedia jutaan mehnah
Buat insan tegar dalam lemah

Hari ini
Aku berdiri bersama sahabat
Aku berdiri bersama keredaannya
Aku bersiri bersama Tuhan
Mahu melangkah jauh penuh semangat jihad

Hari ini
Langkahku terus bermula
Tanpa tegar menoleh ke belakang semula
Pemula si pencari cintanya
Bermula melangkah ke alam kerjaya
Aku bergelar pelatih
Pelatih setelah tamat
Menuntut ilmu di medan kuliah
Moga reddhaMu
Menghiasi setiap langkah kehidupanku
Mewarnai setiap detik nafasku

Kini,
Aku mulai mengenal dunia
Fana penuh fatamorgana
Menghias kehidupan lebih indah
Mengenal masyarakat sebenar
Bukan lagi
Berimaginasi @ berteori semata

Tegarlah duhai hati
Ada hikmah terindah menanti
Saat manis bakal menghiasi
Bila dirimu
Bergelar penghuni syurga firdausi
Rehatmu bakal terisi
Bila nyawa terpisah dari badani

3 FEBRUARI 2014 12:19PM




Thursday 29 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Solusi isu 68)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Jumaat Kareem buat semua sahabat yang telah memberi ruang pada mata hati & fikiran untuk meneliti blog ini. Salam 1 Sya’ban 1435H buat semua yang mengenali diri khususnya & seluruh umat Islam amnya. Tinggal hanya satu bulan untuk kita melangkah ke bulan tarbiyah bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah. Tidak sabar rasanya penulis mahu menjalani kehidupan di bulan Ramadhan. Kalian bagaimana? Tepuk dada tanya imannya ya?

Baiklah, di pagi yang mulia hari Jumaat ini penulis mahu berkongsi sedikit pembacaan dalam buku majalah SOLUSI ISU 68. Majalah yang menjadi kegemaran penulis di saat kebosanan melayari kehidupan. Buku-buku dibelek senang hati untuk menambah ilmu yang hanya ibarat belahan kulit bawang. Bukan hanya menambah tetapi untuk dikongsi bersama-sama dalam blog ini. Awas! Bukan untuk menunjuk-nunjuk Cuma niatnya mahu berkongsi mana tahu dengan cara ini lagi ramai manusia yang nak beli buku-buku berilmiah seperti majalah Solusi. Mana tahu dengan cara ini lagi ramai yang nak buat baik lagi ramai yang minat nak baca buku & lagi ramai yang tertarik dengan Islam.

Isu 68 membincang tentang PESONA SEBENAR ISRAK & MIKRAJ. Memetik penulis pada muka hadapan buku majalah Solusi, “Perjalanan langit itu perlu dibumikan kerana itulah tujuan peristiwa itu dijadikan oleh ALLAH. Kaitkanlah apa yang telah dilalui oleh Rasulullah dengan apa yang telah, sedang & akan kita lalui. InsyaALLAH di situ nanti akan terserlah kekuatan & keberkesanan dalam pemikiran & tindakan.”



Peristiwa Israk & Mikraj bukan sekadar untuk menggembirakan hati Nabi Muhammad s.a.w tetapi juga pengajaran untuk ummah baginda s.a.w. Peristiwa Israk Mikraj telah dibincangkan dalam buku ini pada halaman 14 hingga 22. Israk & Mikraj adalah hadiah ALLAH kepada Rasulullah s.a.w setelah bertahun-tahun menanggung beban dakwah & menderita dihina & dikeji dengan bermacam cara. Pengajaran buat kita adalah setiap kepahitan pasti akan terselit kemanisan & setiap kesukaran pasti akan ada kemudahan pada akhirnya. ALLAH takkan sesekali membebani hamba-hambaNya.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud:
1. Maha suci Allah Yang telah menperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Dalam majalah ini juga diceritakan perbezaan antara Israk Mikraj dengan Hijrah. Tersusun juga senarai hikmah anekdot Israk Mikaj bersama huraian yang cukup mencuit hati penulis. Antaranya, pengajaran yang boleh diambil daripada Israk Mikraj: 1) Siapa tawadhuk di muliakan ALLAH, 2) Iman yang kuat penawar kesedihan, 3) Malam adalah detik terbaik untuk mendekati ALLAH, 4) Hati bersih mampu mengendalikan teknologi yang canggih, 5) Rehat & rawat diri dengan solat, 6) Bergaul dengan penuh adab & diplomasi, 7) Solat ‘keajaiban’ terbesar.

Halaman 23 majalah Solusi membawa tajuk, “Tidak ada marah jika cintamu kerana ALLAH”. Kisah beduk di ketuk yang pernah dibaca oleh penulis dalam blog Ustaz Pahrol Mohamad Juoi blog genta-rasa sangat terkesan. Kisah tentang cinta si dara pada si teruna cinta perempuan kepada lelaki & cinta muslimin kepada muslimah. Bijak ustaz Pahrol merungkai masalah menukar dendam amarah kepada tenang & bersolusi. Ceritanya menarik sesuai untuk pembacaan remaja sekarang yang dalam dilema putus cinta. Apa kata Imam Global dalam bab ini? “Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cinta. InsyaALLAH, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain ALLAH? Oleh itu, siapa yang mencintai ALLAH pasti berbalas. & itulah keharmonian dalam bercinta.”

Ceritanya sangat menarik hati penulis untuk terus leka dengan mainan penulisan artikel ini. Cerita tentang cinta yang menjadi fitrah manusia mempunyai perasaan indah itu. & sungguh cinta itu tak pernah buta. Manusia yang membuat cinta itu buta kerana fitrah penciptaan rasa cinta adalah suci. Akhir kalam Imam Global menutup katanya, “Sungguh...hamba meminta dengan keterbatasannya, ALLAH memberi dengan kesempurnaannya.”

Halaman 40 tentang selebriti hebat dunia ilmuan iaitu, Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi tempat lahirnya di India. Negara yang tersenarai dalam impian penulis untuk menjadi musafir di sana, InsyaALLAH doakan ya. Beliau banyak menghasilkan karya-karya agung seperti, Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik. Ini adalah kita setebal enam jilid dan merungkai huraian kepada hadis-hadis yang terkandung dalam kitab Al-Muwatta’ karya Imam Malik.

Halaman yang paling menarik minat penulis untuk membacanya adalah halaman 108 hingga 110 tentang Kembara Travelog Di Bumi ALLAH oleh Dr. Mohd Sukki Othman bertajuk, “Seenak Syawarma di Rom”. Kembara di bumi ALLAH adalah antara artikel yang dinanti oleh penulis kerana melaluinya penulis dah boleh jadi pengembara alam pembacaan. Suatu saat penulis bakal sampai di Rom. Ameen. Banyak lagi tajuk-tajuk & bab-bab yang dirungkaikan dalam majalah Solusi Isu 68 ini. & pasti akan menambah pengetahuan kita sebagai seorang muslim. Jom, baca buku majalah Solusi! Itu pun jika sahabat-sahabat nak tahu lebih banyak tentak isi kandungannya. Nak tunggu penulis hurai semua alamatnya tak berpuluh-puluh muka surat diperlukan untuk meneliti setiap penulisan.

Di kesempatan yang ada, sebelum penulis menutup bicara pada hari yang mulia penuh barakah ini, penulis mohon pada sahabat-sahabat & sesiapa sahaja yang menjenguk blog QalamWardahZinnirah.blogspot untuk menghadiahkan al-Fatihah pada ibu & ayah yang telah membesarkan kita. Banyakkan berdoa pada hari Jumaat, banyakkan berselawat pada hari Jumaat, selitkan hari Jumaat kita dengan bacaan Surah al-Kahfi, mengikat tali persaudaraan & persahabatan dengan semua manusia supaya kita tak dibenci di dunia & tidak derita di akhirat sana. Peringatan buat diri yang punya banyak kelemahan & kekurangan.


Siiru ‘alaa barakatillah... 

Wednesday 28 May 2014

Salam Takziah

Bismillahirrahmabirrahim...

Al-Hamdulillah, dengan izinNya penulis boleh meneruskan penulisannya. Al-Hamdulillah... penulis masih bisa menghirup udara ini cuma dia tidak tahu bila akan tiba masa dia pula menemui ALLAH. Detik kematian pasti mendatang, cuma kita tidak tahu bila masanya. Sentiasa mengingati mati bukan bermakna pengakhiran atau kegagalan bagi diri seorang muslim. Malah, dengan mengingati mati dia bakal menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 78 yang bermaksud:

78. di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng Yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Hari ini heboh berita tentang Sultan Perak mangkat. Tepat jam 1.30 tengahari 28 Mei 2014 tarikh kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah, 86 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Perak sekali gus kehilangan seorang raja yang berjiwa rakyat. Al-Fatihah untuk Sultan Azlan Syah.


Ya, benar sekali kematian tidak mengira pangkat manusia walau siapa pun manusia itu, dia pasti akan mati dan bila saat kematian tiba takkan terlewat atau terawal barang sebentar. Penulis terkejut juga menerima berita sedih ini ya tiba-tiba sahaja. Itu memang takdir ALLAH yang tak boleh dielak oleh manusia. Usah takut pada mati takut sahaja pada ALLAH Yang Maha Mematikan & Menghidupkan makhluk-makhlukNya.


Salam takziah buat semua kerabat diraja Perak khususnya & seluruh rakyat negeri Perak amnya. Moga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh & dicucuri rahmat. 

Peringatan yang masih hidup, hidup ini sementara cuma. Kehidupan di dunia ibarat persinggahan si kapal nakhoda sebelum perhentian selamanya di alam akhirat. Usah kita ambil dunia semuanya, tapi usah kita tinggal dunia semuanya. Biarlah seimbang antara dunia & akhirat agar mengelak kita derita di alam sana. Usah kita sibuk mencari dunia hingga lupa kita akan menemui saat kematian. Peringatan juga buat manusia yang masih hidup terutamanya penulis, teruskanlah kehidupan dengan mengikut syariat Islam. Sabar dengan berita kematian moga ada barakah & hikmah teragung dari Ilahi mengiringi kisah sebuah kematian.


Tuesday 27 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku ( Mencari Sahabat Sejati)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah Ya ALLAH penulis masih di sini meniti harinya sebagai seorang muslimah berharap & berdoa pada ALLAH moga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup yang mendatang. Zikir mengingati ALLAH menjadikan hati tenang menghadapi mehnah bersilang duka & bahagia itu fitrah sang manusia. Syukur padaMu Ya ALLAH kerana memberi penulis peluang meluah rasa & berbagi cinta pada semua insan yang cuba mendekatinya.

Percayalah ALLAH sangat mengasihi insan yang mengasihi saudaranya melebihi diri sendiri. Usah kita pentingkan diri sendiri semata kerana rugi kita yang menanggungnya. Hari ini penulis terpanggil untuk berkongsi sebuah buku novel tarbiah bertajuk ‘Relasi-Mencari Sahabat Sejati- karangan Hilal Asyraf, terbitan Galeri Ilmu. Buku novel berkisar tentang persahabatan dibaca & dihadam bukan untuk imaginasi semata tetapi untuk memberi pelajaran pada diri.


Melalui pembacaan kita bisa menambah pengalaman, melalui pembacaan kita belajar berkongsi kasih sayang & melalui pembacaan penulis kenal & belajar apa itu sahabat yang sejati. Buku ini menyedarkan penulis betapa tali persahabatan yang bertunjangkan kerana ALLAH bakal membawa sahabat-sahabat ini menuju syurga.  Manis pahit dalam persahabatan itu seharusnya menjadi asam garam dalam kehidupan manusia yang menghargai persahabatan.

Watak Saifullah & Senior ditonjolkan dalam novel tarbiah ini sebagai watak sahabat yang sangat baik & akrab walaupun mereka berbeza dari segi umurnya. Mari kita singkap kata-kata dalam buku ini pada halaman 4 tentang sahabat yang ditutur oleh senior pada Saifullah, “Jika kamu ingin meletakkan darjat sahabat pada seseorang, maka kamu perlu ingat bahawa setiap manusia mempunyai niat & niat seseorang itu akan terbukti dalam amalannya. Jangan sesekali kamu lupa bahawa sahabat kamu merupakan bayangan diri kamu yang sebenar. Sahabat mampu mempengaruhi sikap & kelakuan kamu.”

“Ketahuilah, sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya. Sahabat ialah orang yang beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tidak mengharapkan apa-apa dalam perhubungan kamu selain redha ALLAH semata-mata. Ringkasny, sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada ALLAH dan RasulNya.”

Itu makna sahabat yang cuba dirungkaikan dalam buku ini. Ya buku ini memang buku novel, tapi isinya membina bagi sesiapa yang pernah membaca buku ini. Pengorbanan, keikhlasan & kesabaran sangat diperlukan dalam sebuah persahabatan. Kemaafan juga jika disuntik bersama bakal membawa keharmonian dalam persahabatan. Penulis ini bukanlah insan yang arif dalam persahabatan kerana dia hanya insan biasa yang cuba meletakkan sahabat dalam kondisi dirinya. Penulis senang punya sahabat yang ramai agar mudah untuk dia meniti kehidupan menuju ALLAH Yang Maha Esa. Yalah, bila bersahabat ramai yang menegur bila salah, ramai yang mencurah kasih bila dirasa kosong.



Pendapat penulis pula tentang sahabat adalah, sahabat insan yang menjadi cerminan diri seseorang. Bila sahabat yang baik kita berkawan baiklah diri kita. Sahabat sampai syurga itulah kata-kata yang sering penulis lontarkan pada sahabat-sahabatnya tak kiralah umur mereka muda dari penulis atau lebih berusia. Bila bersahabat kerana ALLAH kita akan rasa sangat bahagia tenangnya hanya Tuhan yang tahu kerana kita bukan mengharap pada harta, pangkat, kecantikan, kelebihan @ keistimewaan yang ada pada sahabat kita tetapi kita gantungkan pengharapan kita pada ALLAH yang menetukan segalanya.

Pada halaman 191 watak Saifullah teringatkan kata-kata ayahnya, “Sahabat yang baik ialah sahabat yang kamu cinta kepadanya & dia cinta kepadamu, sahabat yang kamu mendoakannya, & dia mendoakan kamu.” Ya benar sekali kata-katanya. Bila bersahabat pada penulis usahlah dirinya mengharap lebih kerana dia juga manusia biasa yang punya banyak kelemahan. Kita banyakkan memberi pada sahabat & elakkan dari banyak meminta. Kita jadi insan yang redha & sering memaafkan bila sahabat melukai atau dengan tidak sengaja membuat kita berkecil hati. Memang senang untuk diluahkan dengan kata-kata tapi sukar untuk dilakukan oleh tindakan kita. Di sinilah mujahadah memain peranan. Di sinilah, persahabatan kita saling teruji.
Mana ada kehidupan yang tak ditimpa tsunami, mana ada suami isteri yang tak bergaduh, mana ada pantai tak ditimpa ombak yang ada manusia hidupnya sering diuji. Bukan untuk melemahkannya tetapi untuk menguatkannya. ALLAH tahu kemampuan hambaNya jadi lalui sahaja ujian & mehnah dalam persahabatan dengan baik. Tak warna warni namanya sahabat jika baik sahaja tanpa ada badai yang melanda.

Di kesempatan ini, izinkan penulis mencoret doa buat sahabat-sahabatnya yang jauh di mata tetapi dekat di hati sebelum menutup entri kali ini. Moga kalian bisa thabat di medan perjuangan Islam. & Doa ini juga buat kalian yang menjadi sahabat penulis dalam blog ini.

Ya ALLAH...aku punya sahabat. Izinkan aku menghadiahkan al-Fatihah & doa buat sahabat-sahabatku moga mereka dikurniakan kebahagiaan & kecemerlangan dunia & akhirat. Apa yang penting mereka mendapat ketenangan dariMu di sepanjang hayat sahabat-sahabatku di dunia & akhirat. Biar dasar persahabatan kami adalah keranaMu Ya ALLAH. Biar persahabatan kami  yang terjalin indah ini adalah kerana mahu menegakkan Islm & indahnya hidup bila diserikan dengan Islam Ya ALLAH. Rahmatilah semua sahabatku. Moga mereka dikurniakan kemudahan dunia & akhirat. Hanya doa & kiriman Al-Fatihah sebagai pengganti diri untuk semua insan yang disayangi. Moga kalian sentiasa dipelihara oleh ALLAH kerana aku tak sentiasa ada di samping kalian sama ada ketika susah atau ketika senang. Tak mengapa ALLAH  sentiasa ada di samping kalian walau dalam keadaan bahagia atau derita. Aku serahkan urusan-urusan semua sahabatku padaMu ALLAH. Kasihanilah mereka, limpahkanlah hidayahMu pada sahabat-sahabatku kerana mereka insan yang membawaku kepadaMu Ya ALLAH...Paling penting Engkau tetapkanlah iman sahabat-sahabatku. Ameen.

Penulis dan sahabat dunia akhiratnya...
Dah 12 tahun kami menganyam persahabatan..
Moga berkekalan hingga ke syurga...Ameen



Monday 26 May 2014

Chocolate Ohh Chocolate!

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah dengan nama ALLAH penulis masih bisa meneliti kehidupan sebagai seorang muslim di bumi ini. Al-Hamdulillah nikmat Islam & iman itu masih menjadi milik utama penulis. Moga nikmat ini akan sentiasa menghiasi kehidupan penulis dan sahabat semua yang tak pernah jemu memberikan ruang bagi mata sahabat untuk menatap blog yang serba kekurangan ini. Terima kasih.

Kek coklat hasil air tangan mama tersayang! Emmm...sedapnya

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita pasal isu yang hangat lagi panas bermain dalam masyarakat & heboh dalam media massa sekarang. Kalian orang hebat mesti dah tahu tentang isu semasa ini. Isu ‘chocolate’ jenama Cadbury yang terkenal dalam Malaysia. Jenama coklat yang berjaya memikat ramai manusia untuk terus membelinya. Akhirnya, kebenaran terbongkar, coklat cadbury ada kandungan yang haram. Wah, kisah dah lama tapi menyentap jantung penulis juga...nak tahu kenapa? Coklat adalah makanan paling penulis suka. Menjadi kebiasaan penulis akan makan coklat bila rasa tertekan atau bila rasa sangat bahagia. Coklat hanya sampingan yang penting mengadu & zikir mengingati ALLAH dulu yang patut di buat sebab kita orang Islam.






Tahu betapa seronoknya dapat makan coklat. Satu pengalaman yang sangat menarik & tak dapat diluah dengan kata-kata. Dapat makan semua yang berkaitan dengan coklat lagi seronok & nikmatnya al-Hamdulillah hanya ALLAH yang tahu. Kek coklat masakan mama paling penulis rindu. Semua tentang coklat menjadi kegemaran penulis sebenar. Hanya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat.

Tengah seronok bicara tentang coklat penulis teringat qalam ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Macam tulah perasaan penulis ketika ini. Boleh jadi yang kamu suka itu adalah buruk bagimu & apa yang kamu tak suka itu memberi kebaikan padamu. Serius lepas dengar berita coklat cadbury ada kandungan haram, penulis takkan sesekali belinya. Pengajaran bila nak makan sila pilih produk yang ‘halalan thayyiba’ (halal lagi baik). Lepas ini bila nak bagi hadiah coklat jangan bagi hadiah coklat cadbury. Jom sama-sama kita boikot semua produk Cadbury & yang seumpama dengannya.

Boikot, boikot gak...nanti nak kena ada kilang coklat buatan muslim yang boleh menghasilkan coklat-coklat yang sedap hingga menjilat jari & yang penting halalan thayyiba. Nampaknya ini perniagaan yang baik untuk umat Islam. Ada peluang untuk penulis menceburi bidang perniagaan coklat. Wah...hidup dengan coklat ‘best’ gak! Harapnya lepas ini akan wujud coklat-coklat jenama Islam yang bakal merawat insan-insan yang sukakan coklat. Ameen.



Ha, sahabat-sahabat lepas ini ingat bila nak beli coklat pandai-pandailah pilih yang halal yer. Bukan coklat je, semua yang berkait dengan makanan, pakaian, keperluan harian & seumpamanya. Coklat ini kebanyakannya digemari oleh perempuan-perempuan tak kalah juga lelaki. Siapa yang tak suka coklat agak pelik. Usah risau penulis bukan nak membanding beza di sini kerana setiap manusia punya citarasa yang berbeza ada yang suka coklat ada yang benci coklat.

Ada yang suka baca buku ada yang tak suka baca buku itu lumrah manusia. Tak boleh semuanya sama nanti tak menarik. Macam warna kita ada banyak warna menghiasi kehidupan kita. Tentu tak menarik bila kita guna warna yang sama sahaja & bayangkan apa akan jadi pada diri kita bila tiada warna? Seronoklah bicara tentang ‘chocolate’ hari ini. Penulis ketemu titik idea di sini. Perbezaan antara manusia bukan sebagai titik permusuhan & pergaduhan tetapi perbezaan itu yang melengkapi & menyatukan manusia.

Umpama coklat, dia punya rasa yang berbeza mengikut si pembuatnya. Macam-macam ada rasanya masam, manis, perisa pula berbagai di tambah dengan hiasan-hiasan yang menyedapkan lagi rasa coklat. Kalian tahu perbezaan coklat itu akhirnya mempunyai tujuan yang sama iaitu memberi kepuasan pada si pemakan & penggemarnya. Yes...Al-Hamdulillah penulis menemui titik akhir ideanya. ALLAH  mencipta perbezaan untuk kita saling melengkapi.

Teringat penulis pada hadith 40 hadith pertama yang menerangkan tentang niat seseorang individu mempengaruhi setiap tindakannya. Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan hadith sebelum menutup perbicaraan tentang coklat ini. Moga memberi manfaat pada ummah. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.


Salam seindah & selazat kasih si 'chocolate'...Siiru 'alaa barakatillah...


Sunday 25 May 2014

Musafir di Jalan ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...hari ini penulis masih punya kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini pantas mencoret sesuatu buat blog tercinta yang tersimpan bermacam jenis perasaan & perkongsian di dalamnya. Al-Hamdulillah...penulis bangun mengucap syukur padaNya kerana Islam & iman masih terpahat kemas di dadanya. Harapnya sahabat-sahabat & anak-anak sekalian juga begitu. 

Hari ini penulis hanya mahu berkongsi cerita tentang musafir. Kongsi kisah menjadi pengembara di bumi ALLAH. Sejak bergelar pelajar praktikal di Selangor, kakinya tak pernah diam berjalan. Mengembara mengelilingi dunia melihat alam yang penuh makna. Merenung pada penciptaan ALLAH yang Maha Hebat untuk ditatapi & sesuai bagi mereka yang mahu menenagkan fikiran. Di kesempatan ini penulis mahu mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar sekolah yang bakal bercuti pertengahan tahun daripada 28 Mei hinggalah 15 Jun 2014. Selamat bercuti. 'Happy Holiday'.

Moga cuti ini memberi kalian peluang untuk meneroka alam ciptaan ALLAH & menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur. Jom, tengok gambar...







Saturday 24 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Autisme)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya blog ini masih punya isi untuk diluahkan & dibicarakan. Al-Hamdulillah...peluang bersama-sama blog ini adalah peluang keemasan untuk penulis bercerita tentang Islam. Indah bila setiap detik kehidupan disandarkan pada Islam agama yang suci untuk semua umat manusia. Bersyukurlah kalian, kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam, bersyukurlah kalian keluarga adalah Islam, bersyukurlah kalian, hidup sentiasa dilimpahi kasih sayang Tuhan.

Pagi ini penulis mahu berkongsi sedikit isi dari buku yang baru di khatamnya iaitu buku bertajuk, 'Aku Bersyukur Anakku AUTISME karangan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Hisham Ahmad terbitan Telaga Biru.' Bagaimana penulis boleh terpanggil untuk membaca buku ini? Ha, kisahnya bermula bila salah seorang sahabatnya, Zawiah Abdullah menceritakan pengalamannya berpraktikal di Akademik Al-Faqeh yang menempatkan kebanyaakan pelajarnya adalah anak-anak kehilangan upaya seperti pekak, bisu, autisme & berbagai lagi kesulitan.



Sungguh penulis tertarik mendengar pengalaman hidup sahabatnya yang bergelumang dengan anak-anak yang suci lagi tak berdosa. Mereka tidak pandai berbohong & mereka sangat cepat menerima ilmu. Harus diajar dengan penuh kesabaran, harus diteliti setiap gerak-geri. Ketawa & tangis mereka hanya diketahui oleh sang empunya diri. Walau anak-anak ini kurang upaya mereka tetap istimewa pada pandangan ALLAH. Mahu sahaja penulis menemui anak-anak istimewa ini mengusap & membelai seraya berkata ALLAH sangat menyayangi kalian. 

Buku ini pantas dibeli oleh penulis setelah mendengar kehebatan anak-anak autisme dari mulut sahabatnya. Sungguh ada banyak perkara yang penulis mahu tahu & belajar tentang mereka. Sebolehnya dia mahu mendekati insan-insan istimewa ini. Buku ini menyusun cara bagaimana muamalat Nabi Muhammad s.a.w dengan kanak-kanak juga tersusun indah ayat-ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan kanak-kanak. 

Firman ALLAH S.WT dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:


15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Pada halaman 21 buku ini ada menyebut tentang definisi autisme iaitu keadaan yg menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme ialah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yg menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku  emosi, pola bermain & juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Kanak-kanak autisme ini kebiasaannya seperti kanak-kanak lain cuma berlainan dari sudut tingkahnya. 

Buku ini memaparkan 7 bab utama iaitu bab 1:Jalan Ke Syurga, Bab 2: Fenomena Autisme, Bab 3: Al-Quran & As-Sunnah Tiada yg Dibiar Terlepas daripada Keprihatinan kedua-duanya, Bab 4: Autisme mencari makna kehidupan, Bab 5: Kanak-Kanak Istimewa Menurut Perundangan Sivil & Islam, Bab 6: Layanan & Didikan Berasaskan Islam, Bab 7: Rumusan & Penutup. Jadi penulis mengajak diri & sahabat-sahabat mari kita tingkatkan ilmu tentang anak-anak autisme supaya mudah nanti untuk kita berdepan dengan mereka. 

Jom kita hayati lirik lagu 'Namun Ku Punya Hati'!

Lirik Lagu Namun Ku Punya Hati - Azmir Arif

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

[*] Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

[**] Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua…

Repeat [*] & [**]


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-namun-ku-punya-hati-azmir.html#ixzz32gTKWy5w

Sebelum penulis menutup bicara izinkan penulis memohon jasa baik sahabat-sahabat untuk mendoakan & menghadiahkan al-Fatihah buat anak saudara paling bongsu penulis, Suri Tihani Qisya bt Shukri yang bertarung dengan penyakit jantung berlubang. Kecil2 lagi dah menanggung derita penyakit ini. Marilah sama-sama kita doakan moga tubuh comel bayi perempuan ini & ibu ayahnya bisa kuat & tabah dengan ujian ALLAH ini. Mak saudaramu mendoakan yang terbaik untuk Suri Tihani Qisya.