Thursday 15 May 2014

Selamat Hari Guru

Bismillahirrahmanirrahim....

Al-hamdulillah...dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang memberi penulis ruang untuk terus hidup di dunia ini menghirup oksigenNya percuma tanpa bayaran. Salam Jumaat kareem buat semua sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog ini juga pada bakal generasi penulis, insyaALLAH mewarnai dunia Islam suatu hari nanti.

Hari ini, dengan nama ALLAH penulis mahu bicara tentang guru. Insan mulia yang sentiasa singgah dalam kamus kehidupannya daripada dia mulai melangkah masuk alam persekolahan tadika hinggalah bakal bergelar graduasi USIM pada penghujung tahun 2014 ini. Semuanya dengan jasa curahan guru. Kenangan bersama-sama guru masih segar di ingatan. Insan yang dimuliakan selepas ibu & ayah.

Ya, selayaknya guru mendapat pujian atas usahanya mendidik anak bangsa. Tanpa khidmat bakti seorang guru insan takkan mudah bertapak atas dunia ini. Kita belajar sesuatu perkara baru semuanya melalui guru tak kiralah dia memang seorang guru atau hanya pelajar biasa. Guru pertama yang mengajar penulis menggunakan komputer, Cikgu Sue dan Cikgu Hajar dua orang guru yang mengajar penulis hingga kenal menggunakan email, gmail, melayari internet & sebagainya. Walau hanya beberapa bulan tapi kenangan bersama mereka sangat bermakna.

Guru mengajar penulis menjadi manusia. Manusia yang mendamba kasih ALLAH dalam hayatnya. Guru mendidik penulis menabur kebaikan pada semua makhlukNya & tidak pilih kasih dalam menjalin hubungan persahabatan. Tugas guru maha besar bukan hanya mendidik akademik pelajarnya juga memimpin pelajarnya menuju keredhaan ALLAH Yang Maha Kuasa.
Sempena kehadiran 16 Mei 2014 penulis memberi ruang pada blognya untuk mencoret sesuatu tentang guru, ustazah, cikgu, ustaz & seumpamanya. Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar penulis & sahabat-sahabat. Jasa kalian sentiasa di hati. Moga semua guru sentiasa dirahmati & dianugerahkan kebahagiaan dunia & akhirat.

Sebelum menutup kata di blog ini izinkan penulis memaparkan nasyid bertajuk “Lilin Seorang Guru” dari Inteam.

Dr. Ayad (tengah) pensyarah & satu kelas penulis...


Pernah langkahku payah

Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri

Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah

Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu

Pada satu nama yang berjasa
Tuhan… beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

No comments:

Post a Comment