Tuesday 20 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Sunnah vs Bid'ah)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...dengan izinNya penulis masih bisa bangun menikmati alam ciptaan ALLAH. Menjadi hamba & khalifahNya sepanjang hayat walau terkadang tersasar dari landasan yang benar. Syukur pada ALLAH dengan kasih sayangNya kita masih hidup di dunia ini, kita masih punya kekuatan untuk hidup sebagai Muslim.

Baiklah, hari ini kita berkongsi tentang buku bertajuk, "Sunnah vs Bid'ah" karangan Dr. Yusuf al-Qardhawi. Buku yang ringkas tapi padat dengan isi yang berguna untuk umat Islam yang dahagakan ilmu. Buku ini membuka mata penulis untuk membaca bukan hanya buku-buku biasa yang santai isinya tetapi juga turut membaca buku-buku yang berkenaan dengan hukum-hakam agama Islam. Tentang Fiqh & hukum Islam yang menjadi landasan dalam kehidupan. 



Dalam buku ini tersenarai definisi sunnah & bid'ah, penjelasan tentang bid'ah secara terperinci tetapi ringkas & mudah untuk difahami oleh pembaca. Memetik kata-kata dalam buku ini pada halaman X perbincangan ini adalah permintaan Syeikh Mu'jab hafizahullah, berikutan terdapat satu artikel yang tersebar dalam sebuah majalah. Sepertimana yang dikatakan oleh beliau, berkenaan dengan tajuk yang mempunyai sumber lemah iaitu, "Ingkar terhadap Bid'ah, Benci kepada perkara baru (tajdid) , Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliayah?"

Memetik tulisan dalam buku ini berhalaman 40 & 41: Apa yang kami maksudkan dengan bid'ah yang ditekankan oleh Imam Asy-Syatibi dalam definisi ini ialah, ia suatu perkara yang dicipta selari dengan pendekatan agama, tetapi tidak bertunjangkan syarak, tidak mempunyai asas daripada sumber al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, kebaikan yang diperlukan, & dalil terhadap perkara bid'ah sebagaimana dinyatakan oleh para fuqaha kepada umat Islam.

Penulis bukan orang yang arif dalam bab ini cuma niatnya mahu berkongsi apa yang dibaca walau hanya sedikit cuma. Bagus juga dapat tahu tentang perkara bid'ah ini sekurang-kurangnya memberi kefahaman kepada penulis tentang perkara ini. Antara sebab Islam berkeras terhadap isu bid'ah yang disenaraikan dalam buku tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi ini berhalaman 43-72 ialah, 1) Pembuat Bid'ah Melihat Dirinya Sebagai Orang Yang Meletakkan Syariat Setanding ALLAH s.w.t. 2) Pembuat Bid'ah Melihat Undang-Undang Agama Mempunyai Kekurangan & Perlu Disempurnakan. 3) Perkara yang Direka Menyukarkan Agama & Terkeluar daripada Tabiat Agama Yang Bersifat Toleransi. 4) Bid'ah dalam agama Menghapuskan Perkara Sunnah. 5) Bid'ah dalam Agama Mengundang Manusia Meninggalkan Reka Cipta dalam Urusan Duniawi. 6) Bid'ah dalam urusan agama Memecahbelahkan & Menghancurkan Kesatuan Umat.

Solusinya, bid'ah itu perkara baru & Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjawab perselisihan yang wujud dalam kalangan masyarakat Islam di bawah topik berikut: 

= Definisi sunnah & bid'ah menurut perspektif al-Quran & Sunnah
= Ruang lingkup permasalahan bid'ah
= Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja?
= Benarkah bid'ah itu bermaksud belebih-lebihan dalam ibadah?
= Mengapa Islam tegas dalam isu bid'ah?

No comments:

Post a Comment