Saturday 21 September 2019

Dari Tumpat Ke Tampin 2 (180915-180919)

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...Terima Kasih Ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepada hamba untuk meneruskan kehidupan ini walau ujian datang bertalu, walau amanah makin memberat di bahu, walau hidup semakin dicemburu, walau terkadang tekanan menekan jiwaku...akhirnya diri ni harus SABAR.

Al-Hamdulillah...kerjaya penulis sebagai guru menghiasi kanvas kehidupan disamping membesarkan puteri dan puteranya. Moga keberkatan diperoleh dalam menjalani kehidupan sebagai muslimah, anak, isteri dan ibu. Baik...hari ini penulis nak mengimbau kenangan. Jadi, jom baca bait kata puisi indah yang sempat penulis reka cipta untu kenangan itu. tajuknya....

Dari Tumpat Ke Tampin 2 

Al-Hamdulillah
Syukur pemula bicara 
Peneman paling bahagia
Untuk manusia selemah hamba
Menutur indah kenangan ini

Kenangan saat diijab kabulkan
Sah memegang amanah suami dan isteri
Kenangan tahun ke empat menjadi isteri
Kehadiran puteri Nur Khadijah Zulaikha
Juga adanya Putera Muhammad Yusuff
Bagai menghiasi serta pelengkap kebahagiaan kami

Peneman mama saat baba jauh berjuang
Peneman mama saat mama kesepian
Peneman mama saat mama dihimpit ujian
Detik suka duka mama rakam bersama kalian puteri putera mama
Putera dan puteri yang ALLAH anugerahkan pada mama
Sungguh mengajar mama banyak perkara
Ya ALLAH nikmat apa lagikah yg mahu kami dustakan?

Dari Tumpat ke Tampin
Seolah mama membina satu jambatan kukuh
Penghubung antara Tumpat dan Tampin
Agar nanti tiada terpisah kasih cinta
Agar nanti tiada cemburu antara kami
Agar nanti bahagia yang kami bina bukan di atas penderitaan orang lain
Juga nanti bahagia kami tidak menimbul benci serta dengki pada ramai manusia

Benar kata baba
Rumahtangga dibina pada lima tahun pertama
Berliku onak dan ujian melanda
Berjuta cabaran mahu diharungi
Malah kesukaran, kesempitan seolah makanan asasi
Bukan untuk memisahkan cinta antara kita
Bahkan menambah ikatan kasih dan sayang dengan Maha Pencipta
Bahkan mahu mendekatkan diri kita dengan ALLAH Yang Maha Esa

Alam rumahtangga
Bukan bahagia hingga ke akhirnya
Malah banyak sekali ujian menimpa
Banyak juga masalah menguji minda
Siapa kata kahwin itu hanya bahagia
Hanya imaginasi dan novel semata
ALLAH Maha Mengetahui
Bagaimana kita mencorak rumahtangga yang membawa ke syurga
Itu erti BAHAGIA SEBENAR

Kehadiran coretan cinta ini
Dari Tumpat ke Tampin
Bukan semata membuat kalian cemburu
Bukan semata mencetus marah
Bukan juga mahu menunjuk-nunjuk bahagianya kita
Bahkan
Mencoret sejuta kata
Perkahwinan adalah tanggungjawab
Perkahwinan adalah amanah
Perkahwinan adalah memberi
Perkahwinan adalah SABAR
Perkahwinan bukan mementingkan diri sendiri


Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kali ke 4 tahun mama tuturkan buat suami tercinta NorIskandar Bin Mat So. Moga Perkahwinan kita berkekalan bukan hanya di dunia semata malah kita berpimpin tangan menuju ke syurga bersama-sama. Thank you for being with me in 4 years we are together. Only one I want to tell you...just dont be too selfish with your family because one day not always humans can help you and your family off course will always support your either your are right or wrong. Family must be number one and priority for us. 

Setakat ini dahulu coretan berjela dari penulis. Moga suatu hari penulis masih punya kesempatan untuk menyusun kata di sini.

Selamat Ulang Tahun ke -4 Perkahwinan 

Pok Chik and Mok Chik already married.

Zulaikha and Yusuff with Aunty Che Ngoh

Buah hati hamba


Saturday 9 February 2019

Muhammad Yusuff Bin Noriskandar

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...dengan izinNya dapat penulis meneruskan penulisan blog ini. Sudah lama blog ini menyepi hingga penulis mendapat notis dari blogger.com bahawa blog ini akan ditutup bulan April 2019. Harapnya cerita dalam blog ini tidak terus dibuang oleh blogger.com. Al-Hamdulillah...dengan izinNya juga penulis berpeluang bercerita mengenai siapakah Muhammad Yusuff bin Noriskandar.

Tanggal 17.6.2018 bersamaan 3 Syawal 1439H seorang bayi lelaki selamat dilahirkan ke dunia dengan di sambut oleh tok manya. Bayi lelaki ini lahir sihat sempurna sifatnya seberat 3.1kg. Tarikh ini penulis ingat sampai bila-bila. Inilah detik kelahiran anak ke duanya yang diberi nama Muhammad Yusuff bin Noriskandar dan selamat ditahnikkan oleh Ustaz Nik Dirr. Ulama besar di Kelantan. Lahirnya di bumi serambi Makkah negeri Kelantan Darul Naim sama seperti mamanya. AlHamdulillah ALLAH telah mengurniakan anugerah ke dua kepada mama selepas anugerah pertama Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar yang sudah meningkat usia 3 tahun.




Moga putera mama membesar dengan sihat, soleh dan penyayang nanti. Banyak sekali doa yang mama titipkan buat Yusuff. Mama dan baba sayang Yusuff kerana ALLAH.