Monday 27 May 2013

POST 13: Lover of Knowledge



HANTU BUKUKAH AKU?

Ini adalah post terakhir untuk episod ‘Lover of Knowledge’. Huhu sedihnya. Sebenarnya ‘Lover of Knowlegde post’ direkayasa untuk memenuhi ‘assignment’ bagi subjek Multimedia kewartawanan yang diambil oleh penulis untuk semester ini.

Terima kasih diucapkan kepada En. Zainol Abidin bin Ahmad kerana memberi ruang & peluang kepada penulis untuk merasai pengalaman mempunyai blog penulisan sendiri. Menariknya penulisan ini boleh memberi manfaat & dikongsi dengan semua pembaca. Credit to Mr. Zainol as my multimedia journalism lecturer.  



En. Zainol Abidin Bin Ahmad.

Tujuan penulis bukan sekadar menyiapkan ‘assignment’ semata tetapi penulis mahu berkongsi dengan semua  manfaat dari sifat cintakan buku & menyintai ilmu pengetahuan sama ada berbentuk agama atau ilmiah (dunia @ akhirat).

Masa kecil2 dahulu penulis tak berkesempatan untuk mendapatkan buku2 yang diidamkan. Bila bergelar mahasiswi universiti, penulis cuba untuk menerapkan dalam dirinya sifat menyintai buku dan ilmu yang terdapat dlm setiap buku yg dibaca. Kehidupan kampus banyak mengajar penulis menghargai ilmu yang diperolehi sama ada melalui pensyarah, menghadiri majlis ilmu atau buku2 yang dibaca.

Penulis pantang nampak kedai buku, ada sahaja buku yang mahu dibeli. Bukan sekadar nak tambah koleksi buku tetapi juga nak tambah ilmu.

Terkadang buku2 yang dibeli tak sempat habis dibaca pun. Bila ada je masa terluang buku2 yang ada berbaki dibaca semula. Ada masa penulis sempat berkongsi apa isi cerita yang dibaca dengan kawan2 terdekat.




Banyak sebenarnya kelebihan bila kita terapkan dalam diri kita membeli buku2 bersesuaian dengan tahap pemikiran kita. Kita bukan sekadar dapat banyak ilmu malah dapat dikongsi dengan sahabat2. Pembacaan kadang2 mempengaruhi penyampaian idea kita kepada umum. Selain itu, kita mampu mewujudkan mini perpustakaan di rumah & kawan2 dapat meminjam buku2 tersebut. Ha...kan bagus dapat kongsi ilmu dengan orang lain.



Koleksi buku yang memenuhi mini perpustakaan penulis.


Percayalah takkan sesekali rugi bagi orang yang melaburkan duitnya untuk buku. Kita tengok penulis2 hebat tempatan dan antarabangsa mereka melaburkan separuh dari harta mereka untuk buku. Jika tidak mereka tidak digelar insan hebat dalam dunia penulisan kan? Kita selak sejarah sahabat2 Nabi Muhammad mereka juga sangat mencintai ilmu dan buku. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Baiklah...penulis tidak mahu memanjangkan kalam...hari ni mari kita saksikan video sang pencinta buku. Inilah istimewanya episod terakhir ‘Lover of Knowledge’.

My video! Let see together!

Penulis berharap pembaca semua dapat mengambil manfaat dari tiga belas episod ‘Lover of Knowledge’ ni. Ini hanyalah perkongsian bersama tentang kehidupan di kampus yg penuh dengan kecintaan pada buku dan pengalaman menziarahi tempat2 menarik selama  bergelar penuntut universiti.

Friday 17 May 2013

POST 12: Lover of Knowledge


CINTA BUKU PUNYA PASAL

Al-Hamdulillah kali ini penulis mahu berkongsi pengalaman menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 13) bertarikh 2 Mei 2013. Nak dapatkan sesebuah buku terkadang penulis kena bermusafir jauh semata2 mencari kepuasan dalam pembacaan.

Gambar pertama yang di ambil semasa di Pesta Buku.

Mulanya penulis hanya mampu berangan untuk ke PWTC memandangkan masa yang ada cukup terhad. “Wah, mesti banyak buku yg dijual di sana!” Hanya hati mampu berbicara. Akhirnya penulis nekad ke sana bersama-sama seorang sahabat. Selesai kelas pada pagi itu, kami terus mendapatkan teksi ke sana. Kredit kat Nurul Mardiah Fadzil kerana sanggup menemani penulis ke pesta buku antarabangsa. Terima kasih sahabat dunia akhirat QalamWardahZinnirah.

Ha...ni kawan penulis yang asyik tengah pilih buku.

Walaupun jauh, penulis & sahabat tetap meringankan kaki ke pesta buku tersebut. Sampai sahaja di sana subhanallah...hanya bicara ini yg tersingkap di bibir penulis kerna teruja dengan jutaan jenis buku menghiasi setiap ‘booth’ syarikat buku. Mata dah mulai rambang mahu memilih buku apa yang dibeli dan bakal menghiasi mini perpustakaan penulis. Suasananya mengasyikkan penulis ibarat berada dalam syurga buku. Tak percaya mari kita tengok gambar2 yg sempat penulis ambil semasa di sana.

Suasana sekitar pesta buku antarabangsa.


Subhanallah...banyakkan buku!

Macam2 buku ada.


Hantu buku! Pantang nampak buku ada sahaja buku yang ingin dibeli sepanjang berada di pesta buku antarabangsa tersebut. Senarai buku agama, komik, novel, majalah, novel Inggeris, buku2 akademik hinggalah buku2 masakan menghiasi setiap ‘booth’ yg menjual buku.

Bayangkan di hadapan kita terbentang hamparan buku2 yang sangat banyak!
Pengunjung pulak tak putus-putus datang demi mendapatkan buku2 kegemaran masing2. Agaknya dah ramai yg mencintai buku dari kecil, remaja, dewasa dan warga emas. Masing2 sibuk mencari buku2 yang diingini. Wah...pengalaman yg menyeronokkan & penulis takkan dapat pengalaman ini di kedai buku biasa!

Puas meneroka seluruh tapak pesta buku antarabangsa akhirnya penulis membeli 3 buah buku. Nak tau apa bukunya? Jom tengok gambar kat bawah ni:


Penulis & sahabat pulang dengan tangan penuh buku. Perjalanan yg panjang untuk sampai ke destinasi penulis, penulis sempat membaca buku terbaru karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin bertajuk ‘Risalah Hati Raja Sehari’. Buku ini banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu bergelar raja sehari.


Dah panjang penulis berceloteh ini...baiklah kita berhenti di sini dahulu ya...memberi ruang kepada tangan untuk berehat dan fikiran memikirkan apa yg nak dikongsi untuk criter terakhir episod ‘Lover of Knowledge’ akan datang. Nantikan bonus teristimewa & kejutan buat pembaca blog ini! (^_^) @_@ {=_+}









Thursday 16 May 2013

POST 11: Lover of Knowledge


HAMBA ALLAH DUNIA & AKHIRAT

Assalamu’alaikum semua...kita berjumpa lagi pada episod hari ini. Erm...hari ni nak criter pasal buku apa yer? Lets check it out with looking this picture:




Dah tau kan? Jom kita panjangkan criter ini! Buku bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ karangan Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid banyak memberi panduan berharga terutamanya kepada muslim utk kita mempraktikkan dan mempelajarinya dalam kehidupan Islam secara menyeluruh.

Buku ini sepatutnya dimiliki oleh semua individu muslim kerana di dlmnya terkandung pendidikan awal kanak2, syariat berkaitan remaja, fardu ain, hukum perkahwinan, syariat dalam bersosial, & amalan2 sunat yg boleh diamalkan. 

Bab 1 yang sempat penulis rakam...

Ha...ni pulak gambar dari bab 2.

Bab 3 berkenaan remaja Islam.

Bab 4 pulak criter pasal fardhu ain asas.

Bab 5 menarik untuk bakal pengantin.

Bab 6 syariat dalam bermasyarakat.

Bab 7 & terakhir pasal syariat sunat harian.

Pembahagaian bab yg sangat menarik dengan gambar2 grafik berwarna serta langkah amalan yg ditunjukkan satu persatu menjadi sebab buku ini pantas dimiliki oleh semua. Buku ini juga banyak menyelitkan ayat2 Al-Quran yg berkaitan & hadith2 sohih untuk rujukan bersama.

Penerangan bab secara terperinci tetapi ringkas dapat memberi kefahaman kepada pembacanya. Penulis berpendapat buku ini sangat sesuai dimiliki oleh semua peminat buku terutamanya yg beragama Islam di mana buku ini boleh dijadikan sebagai panduan penuh pengamalan hidup Islam. Nak bagi hadiah kat pengantin baru, kawan, ahli keluarga pun boleh!

Bertambah pahala kita kerana menyampaikan kebaikan melaui pemberian hadiah buku ini.
Jadi, kita tak payah nak bukak banyak buku semata2 nak tahu & mempelajari tentang kehidupan yg mengamalkan syariat Islam. Betulkan? Tak percaya...bacalah buku ini.

Tamat sudah criter kita tentang buku ini. Terima kasih semua sebab sudi menatap celoteh2 QalamWardahZinnirah! Saksikan episod akan datang dalam perjalanan hidup ‘Lover of Knowledge’ untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Kita jumpa lagi!

JaDiLaH sAnG PeNcIntA BuKu yAng sEtiA PaDa iLmU...
KeRnA IlmU MeMbErI MaNfAat BeRhArGa bUaT PeNcInTaNyA...
BuKaN pEmBaWa dErItA kEpAdA InSaN Yg sUkA MeMbAcAnYa...    







Wednesday 15 May 2013

POST 10: Lover of Knowledge


APRESIASI CINTA RASULULLAH S.A.W

Al-hamdulillah...penulis masih diberi peluang menghargai waktu dengan membaca buku2 yg ada walaupun penulis sibuk menyiapkan ‘assignment’ yg sangat banyak dari ‘lecturer’. Hari ini kita berkongsi cerita tentang buku ‘Biografi Agung Rasulullah s.a.w’ karangan Rusydi Ramli Al-Jauhari.

Buku ini sangat bermakna kerana membawa penulis & pembaca lain mengenal nabi terakhir yang diutuskan kepada umat Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jom kita tengok muka hadapan buku ini:


Biografi lengkap tentang Nabi Muhammad s.a.w

Buku ini sangat ‘best’ untuk mereka yg ingin mengetahui tentang Rasulullah s.a.w. Olahan setiap sub topik akan dihiasi dengan gambar2 yang berkaitan dengan kehidupan seharian Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, gambar selipar yg dipakai Baginda s.a.w, makanan2 yg digemari oleh Baginda s.a.w, & banyak lagi. Penyampaian penulis buku ini mampu menarik para pembaca menelusuri perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya bermula sebelum kelahiran Nabi Muhammad sehingga kewafatan insan teragung bernama Nabi Muhammad s.a.w.

Buku ini adalah buku yg paling disayangi QalamWardahZinnirah kerana ianya banyak membuka mata hati penulis untuk menghargai baginda s.a.w & meneliti peribadi Nabi Muhammad yg sangat mulia menjadikan nabi terakhir in sebagai ‘role model’ terbaik bagi Muslim khususnya penulis blog ini.

Bersahabat adalah akhlak mulia yg dicontohi dari Rasulullah s.a.w

Indahnya dunia jika kasih sayang disebarkan^_^

Ha...jadi apa tunggu lagi jomlah kita sama2 membaca dan memahami buku tentang sirah Rasulullah s.a.w! Penulis gerenti kalian takkan rugi mengenal insan teragung diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Sekurang2nya kita ada sebuah buku pasal sirah Nabi Muhammad s.a.w.


Ha...ni antara halaman dalam buku biografi Rasulullah s.a.w!



Jom kita tengok link senarai blog yang bercerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w:
















Monday 13 May 2013

POST 9: Lover of Knowledge


DEDIKASI CINTA BUAT AYAHANDA & BONDA

Jom, kita sambung bedah buku! Hari ni bedah buku pasal ‘Kasihmu Semerbak Firdausi- karangan Ruhani Zaki.’ Agak2 buku ni cerita tentang aper yer? Buku ni adalah buku yg menjadi impian utama penulis utk memilikinya. Setelah berusaha mencari di beberapa buah kedai akhirnya, penulis berjaya mendapatkan buku ni. Sebelum kita cerita panjang pasal buku ni, jom kita tengok gambarnya dulu.

A best book that I have in my life!

Buku ni penuh dgn informasi luahan rasa sayang & pengorbanan ibu ayah terhadap anak2. Olahan yg menarik berkisar ttg ibu ayah yg menjadi antara penyebab keberadaan kita di dunia selain kehadiran kita di dunia ini adalah takdir ALLAH.

Bila baca buku ni, penulis pantas mengalirkan air mata. Setiap susun kata penulis buku menyentuh hati paling dalam QalamWardahZinnirah. Mana tidaknya, buku ni byk menceritakan ttg pengorbanan insan hebat bergelar ibu & ayah. Redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Kalimah ini yg selalu kita dengarkan? Kalimah ini juga menghiasi buku ni.

Inilah permata hati penulis!
Redha ALLAH pada redha  mama & ayah.

Jadi, buku ni QalamWardahZinnirah dedikasikan buat ibu & ayah. Jarang sekali penulis dpt membaca buku yg byk mengisahkan pengalaman hidup insan yg menghargai kewujudan ibu & ayahnya, dari bab pertama hinggalah bab ke-34. Ibu ayah insan yg sgt berjasa dlm kehidupan kita & mereka paling dekat dgn kita sebenarnya. Sepantasnya mereka dihargai & kemuliaan mereka dinukilkan dlm sebuah buku. Tahniah & terima kasih kpd penulis buku ni, Pn. Ruhani Zaki kerana mengingatkan penulis kepada mama & ayah!

Honestly, buku ni byk memberi kesedaran kpd QalamWardahZinnirah utk menjadi anak yg menghargai kewujudan ibu ayah, membalas segala pengorbanan, jasa, kesih sayang & keringat serta memberikan yg terbaik utk ibu ayah. Kita berjaya dgn restu & doa ibu ayah, tak salahkan kita mendoakan yg terbaik utk mereka?

Keluargaku, syurgaku...

Terima kasih ma, ayah krn telah membesarkan penulis menjadi manusia & hamba ALLAH seperti yg kalian tgk sekarang...terima kasih ma, ayah krn bisa sabar dgn karenah nakal puteri sulung kalian ni...thank you for everything mum & dad.

 Sayang mama & ayah kerana ALLAH.

Don’t forget to say thank you for our mum & dad. Don’t forget to say Al-Hamdulillah to ALLAH because give us lovely parent like mum & dad that we have now. So, appreciate them, as we have that time to make them happy. J

  Orait, time up. We see next time. Ikuti ‘post’ yg lebih menarik utk edisi akan datang.^_^









Sunday 12 May 2013

POST 8: Lover of Knowledge


I REALY WANT TO BE A WRITER

Al-Hamdulillah...penulis berkesempatan membaca sebuah lagi buku yg turut menjadi salah sebuah buku kesayangan QalamWardahZinnirah. Nak tau apa bukunya? Buku bertajuk ‘I want to be a writer’ karangan Ummu Hani Abu Hassan. Ha...kat bawah adalah ilustrasi gambar muka depan buku ini.


Tersenarai dlm buku kesayangan penulis krn buku ni byk memberi inspirasi kpd penulis utk menunaikan impiannya menjadi seorg penulis kelak, InsyaALLAH. Buku ni jugak sangat berharga krn ia menceritakan pengalaman hidup yg sebenar insan bergelar penulis.

Buku ni menyediakan 34 bab & setiap bab mengisahkan pengalaman yg berbeza dari Ummu Hani sejak beliau kecil hinggalah dewasa. Menulis itu susah jika tiada usaha, menulis itu sukar jika tiada dikurnia idea & ilham, menulis itu payah jika minatnya tiada. Menulis akn menjadi mudah bila semuanya bermula dgn niat, minat, usaha & tawakal.


Muka belakang buku ini :-)

Buku ni sgt best, penyampaiannya santai & membawa pembaca berada di alam penulis. Ditambah pula dgn ayat2 suci Al-Quran yg turut menghiasi setiap bab buku ni menjadikan ia di ‘make-up’ indah oleh penulis Islam. Penulis nak ajak semua, jom kita membaca buku, krn ilmu itu penting & ada nilai tambahnya yg tersendiri.

Hakikatnya, di zaman moden ini ramai manusia lbh memilih teknologi yg ada terutamanya internet utk mendapatkan sesuatu informasi. Peminat buku di mana? Renungkan bersama-sama. Jika tidak kita pemula kpd sikap suka membaca buku, bagaimana generasi kita akan datang? Masihkah ada yg memegang & membaca buku?



Serius nak bagitau bila baca buku ni semangat QalamWardahZinnirah nak jadi seorg penulis semakin membuak2. Jom kita jadi penulis walau hanya utk diri kita! Jadikanlah buku sebagai teman paling akrab kita! Erm...nak tau pasal buku ni bolehlah beli kat pasaran @ bukak link kat bawah ni:



Ok, dah abis QalamWardahZinnirah bercerita utk kali ini. La...janganlah jemu singgah kat blog QalamWardahZinnirah yg penuh dgn cerita menarik ttg buku & musafir hamba ALLAH dlm kembara ‘Lover of Knowledge’. (^_^) [>_<] J J