Friday 17 May 2013

POST 12: Lover of Knowledge


CINTA BUKU PUNYA PASAL

Al-Hamdulillah kali ini penulis mahu berkongsi pengalaman menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 13) bertarikh 2 Mei 2013. Nak dapatkan sesebuah buku terkadang penulis kena bermusafir jauh semata2 mencari kepuasan dalam pembacaan.

Gambar pertama yang di ambil semasa di Pesta Buku.

Mulanya penulis hanya mampu berangan untuk ke PWTC memandangkan masa yang ada cukup terhad. “Wah, mesti banyak buku yg dijual di sana!” Hanya hati mampu berbicara. Akhirnya penulis nekad ke sana bersama-sama seorang sahabat. Selesai kelas pada pagi itu, kami terus mendapatkan teksi ke sana. Kredit kat Nurul Mardiah Fadzil kerana sanggup menemani penulis ke pesta buku antarabangsa. Terima kasih sahabat dunia akhirat QalamWardahZinnirah.

Ha...ni kawan penulis yang asyik tengah pilih buku.

Walaupun jauh, penulis & sahabat tetap meringankan kaki ke pesta buku tersebut. Sampai sahaja di sana subhanallah...hanya bicara ini yg tersingkap di bibir penulis kerna teruja dengan jutaan jenis buku menghiasi setiap ‘booth’ syarikat buku. Mata dah mulai rambang mahu memilih buku apa yang dibeli dan bakal menghiasi mini perpustakaan penulis. Suasananya mengasyikkan penulis ibarat berada dalam syurga buku. Tak percaya mari kita tengok gambar2 yg sempat penulis ambil semasa di sana.

Suasana sekitar pesta buku antarabangsa.


Subhanallah...banyakkan buku!

Macam2 buku ada.


Hantu buku! Pantang nampak buku ada sahaja buku yang ingin dibeli sepanjang berada di pesta buku antarabangsa tersebut. Senarai buku agama, komik, novel, majalah, novel Inggeris, buku2 akademik hinggalah buku2 masakan menghiasi setiap ‘booth’ yg menjual buku.

Bayangkan di hadapan kita terbentang hamparan buku2 yang sangat banyak!
Pengunjung pulak tak putus-putus datang demi mendapatkan buku2 kegemaran masing2. Agaknya dah ramai yg mencintai buku dari kecil, remaja, dewasa dan warga emas. Masing2 sibuk mencari buku2 yang diingini. Wah...pengalaman yg menyeronokkan & penulis takkan dapat pengalaman ini di kedai buku biasa!

Puas meneroka seluruh tapak pesta buku antarabangsa akhirnya penulis membeli 3 buah buku. Nak tau apa bukunya? Jom tengok gambar kat bawah ni:


Penulis & sahabat pulang dengan tangan penuh buku. Perjalanan yg panjang untuk sampai ke destinasi penulis, penulis sempat membaca buku terbaru karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin bertajuk ‘Risalah Hati Raja Sehari’. Buku ini banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu bergelar raja sehari.


Dah panjang penulis berceloteh ini...baiklah kita berhenti di sini dahulu ya...memberi ruang kepada tangan untuk berehat dan fikiran memikirkan apa yg nak dikongsi untuk criter terakhir episod ‘Lover of Knowledge’ akan datang. Nantikan bonus teristimewa & kejutan buat pembaca blog ini! (^_^) @_@ {=_+}









No comments:

Post a Comment