Friday 10 May 2013

Post 7: Lover of Knowledge


MENGUASAI DUNIA, MENIKMATI AKHIRAT

Dlm kesibukan penulis menyiapkan ‘assignment’ yg sangat banyak sebagai pelajar universiti, penulis takkan lupa utk membaca buku2 ilmiah sama ada berbentuk agama, motivasi @ novel islami.

Membaca buku2 yg ada di pasaran & mengenali nama2 besar dlm dunia penulisan sprt Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustz Hasrizal Abdul Jamil, Ustz Pahrol Mohd Juoi, Habiburrahman El-Shirazy, Hilal Asyraff, Ummu Hani Abu Hassan, Fatimah Syarha Mohd Noordin & ramai lagi buat penulis cemburu akn ketangkasan pena mereka berjasa utk masyarakat. Mahu sahaja penulis menjadi penulis sprt mereka.

Buku ini penulis baru je beli tapi betul2 membuatkan penulis bertambah cinta pada buku iaitu bertajuk, ‘Kuasa Iqra’: Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.’ Bercerita ttg penulis buku ini, beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai & beliau kini telah menghasilkan 142 buah buku.

Mari kita kenal buku ini dulu sebelum penulis pergi jauh:



Hebatkan? Itulah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Buku ni banyak mengisahkan tentang membaca dari bab 1 hingga bab 12 & diikuti bab 13 melakarkan mengenai hasil karya Dr. Zulkifli sendiri. Pengalaman beliau dlm bidang pengajian & pembacaannya yg sgt banyak memberi sirna kpd buku tersebut demi mengajak masyarakat membaca buku.

Betullah kata orang, pengalaman itu memaniskan kehidupan. Bila penulis membaca buku ini, penulis jadi teruja utk menjadi salah seorg yg meminati, membaca, & mengkaji ilmu2 yg ada dlm buku.

Penyampaian buku ini yg bersahaja, terkadang dlm bentuk ringkasan & menggunakan bahasa yg mudah utk difahami pembaca menjadikan buku ini sgt menarik terutama mereka yg mula mengenal nikmatnya membaca. 


Ha...ni antara novel hadiah pemberian sahabat penulis!

Ha...ni pulak 'mini library' kat umah penulis!

Buku ini gak banyak mengajak masyarakat mengenal ilmu dgn menanam minat mendalam terhadap pembacaan buku. Inilah antara buku yg praktikal & sesuai utk semua lapisan pembaca. Sejujurnya, penulis jarang dapat membaca buku yg mana mobilasi isinya mengajak semua celik mata & hati pasal kepentingan membaca. Ikuti episod seterusnya dalam blog QalamWardahZinnirah ini. Bye...bye ^_^




No comments:

Post a Comment