Thursday 16 May 2013

POST 11: Lover of Knowledge


HAMBA ALLAH DUNIA & AKHIRAT

Assalamu’alaikum semua...kita berjumpa lagi pada episod hari ini. Erm...hari ni nak criter pasal buku apa yer? Lets check it out with looking this picture:




Dah tau kan? Jom kita panjangkan criter ini! Buku bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ karangan Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid banyak memberi panduan berharga terutamanya kepada muslim utk kita mempraktikkan dan mempelajarinya dalam kehidupan Islam secara menyeluruh.

Buku ini sepatutnya dimiliki oleh semua individu muslim kerana di dlmnya terkandung pendidikan awal kanak2, syariat berkaitan remaja, fardu ain, hukum perkahwinan, syariat dalam bersosial, & amalan2 sunat yg boleh diamalkan. 

Bab 1 yang sempat penulis rakam...

Ha...ni pulak gambar dari bab 2.

Bab 3 berkenaan remaja Islam.

Bab 4 pulak criter pasal fardhu ain asas.

Bab 5 menarik untuk bakal pengantin.

Bab 6 syariat dalam bermasyarakat.

Bab 7 & terakhir pasal syariat sunat harian.

Pembahagaian bab yg sangat menarik dengan gambar2 grafik berwarna serta langkah amalan yg ditunjukkan satu persatu menjadi sebab buku ini pantas dimiliki oleh semua. Buku ini juga banyak menyelitkan ayat2 Al-Quran yg berkaitan & hadith2 sohih untuk rujukan bersama.

Penerangan bab secara terperinci tetapi ringkas dapat memberi kefahaman kepada pembacanya. Penulis berpendapat buku ini sangat sesuai dimiliki oleh semua peminat buku terutamanya yg beragama Islam di mana buku ini boleh dijadikan sebagai panduan penuh pengamalan hidup Islam. Nak bagi hadiah kat pengantin baru, kawan, ahli keluarga pun boleh!

Bertambah pahala kita kerana menyampaikan kebaikan melaui pemberian hadiah buku ini.
Jadi, kita tak payah nak bukak banyak buku semata2 nak tahu & mempelajari tentang kehidupan yg mengamalkan syariat Islam. Betulkan? Tak percaya...bacalah buku ini.

Tamat sudah criter kita tentang buku ini. Terima kasih semua sebab sudi menatap celoteh2 QalamWardahZinnirah! Saksikan episod akan datang dalam perjalanan hidup ‘Lover of Knowledge’ untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Kita jumpa lagi!

JaDiLaH sAnG PeNcIntA BuKu yAng sEtiA PaDa iLmU...
KeRnA IlmU MeMbErI MaNfAat BeRhArGa bUaT PeNcInTaNyA...
BuKaN pEmBaWa dErItA kEpAdA InSaN Yg sUkA MeMbAcAnYa...    







No comments:

Post a Comment