Wednesday 15 May 2013

POST 10: Lover of Knowledge


APRESIASI CINTA RASULULLAH S.A.W

Al-hamdulillah...penulis masih diberi peluang menghargai waktu dengan membaca buku2 yg ada walaupun penulis sibuk menyiapkan ‘assignment’ yg sangat banyak dari ‘lecturer’. Hari ini kita berkongsi cerita tentang buku ‘Biografi Agung Rasulullah s.a.w’ karangan Rusydi Ramli Al-Jauhari.

Buku ini sangat bermakna kerana membawa penulis & pembaca lain mengenal nabi terakhir yang diutuskan kepada umat Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jom kita tengok muka hadapan buku ini:


Biografi lengkap tentang Nabi Muhammad s.a.w

Buku ini sangat ‘best’ untuk mereka yg ingin mengetahui tentang Rasulullah s.a.w. Olahan setiap sub topik akan dihiasi dengan gambar2 yang berkaitan dengan kehidupan seharian Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, gambar selipar yg dipakai Baginda s.a.w, makanan2 yg digemari oleh Baginda s.a.w, & banyak lagi. Penyampaian penulis buku ini mampu menarik para pembaca menelusuri perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya bermula sebelum kelahiran Nabi Muhammad sehingga kewafatan insan teragung bernama Nabi Muhammad s.a.w.

Buku ini adalah buku yg paling disayangi QalamWardahZinnirah kerana ianya banyak membuka mata hati penulis untuk menghargai baginda s.a.w & meneliti peribadi Nabi Muhammad yg sangat mulia menjadikan nabi terakhir in sebagai ‘role model’ terbaik bagi Muslim khususnya penulis blog ini.

Bersahabat adalah akhlak mulia yg dicontohi dari Rasulullah s.a.w

Indahnya dunia jika kasih sayang disebarkan^_^

Ha...jadi apa tunggu lagi jomlah kita sama2 membaca dan memahami buku tentang sirah Rasulullah s.a.w! Penulis gerenti kalian takkan rugi mengenal insan teragung diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Sekurang2nya kita ada sebuah buku pasal sirah Nabi Muhammad s.a.w.


Ha...ni antara halaman dalam buku biografi Rasulullah s.a.w!



Jom kita tengok link senarai blog yang bercerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w:
















No comments:

Post a Comment