Monday 27 May 2013

POST 13: Lover of Knowledge



HANTU BUKUKAH AKU?

Ini adalah post terakhir untuk episod ‘Lover of Knowledge’. Huhu sedihnya. Sebenarnya ‘Lover of Knowlegde post’ direkayasa untuk memenuhi ‘assignment’ bagi subjek Multimedia kewartawanan yang diambil oleh penulis untuk semester ini.

Terima kasih diucapkan kepada En. Zainol Abidin bin Ahmad kerana memberi ruang & peluang kepada penulis untuk merasai pengalaman mempunyai blog penulisan sendiri. Menariknya penulisan ini boleh memberi manfaat & dikongsi dengan semua pembaca. Credit to Mr. Zainol as my multimedia journalism lecturer.  



En. Zainol Abidin Bin Ahmad.

Tujuan penulis bukan sekadar menyiapkan ‘assignment’ semata tetapi penulis mahu berkongsi dengan semua  manfaat dari sifat cintakan buku & menyintai ilmu pengetahuan sama ada berbentuk agama atau ilmiah (dunia @ akhirat).

Masa kecil2 dahulu penulis tak berkesempatan untuk mendapatkan buku2 yang diidamkan. Bila bergelar mahasiswi universiti, penulis cuba untuk menerapkan dalam dirinya sifat menyintai buku dan ilmu yang terdapat dlm setiap buku yg dibaca. Kehidupan kampus banyak mengajar penulis menghargai ilmu yang diperolehi sama ada melalui pensyarah, menghadiri majlis ilmu atau buku2 yang dibaca.

Penulis pantang nampak kedai buku, ada sahaja buku yang mahu dibeli. Bukan sekadar nak tambah koleksi buku tetapi juga nak tambah ilmu.

Terkadang buku2 yang dibeli tak sempat habis dibaca pun. Bila ada je masa terluang buku2 yang ada berbaki dibaca semula. Ada masa penulis sempat berkongsi apa isi cerita yang dibaca dengan kawan2 terdekat.




Banyak sebenarnya kelebihan bila kita terapkan dalam diri kita membeli buku2 bersesuaian dengan tahap pemikiran kita. Kita bukan sekadar dapat banyak ilmu malah dapat dikongsi dengan sahabat2. Pembacaan kadang2 mempengaruhi penyampaian idea kita kepada umum. Selain itu, kita mampu mewujudkan mini perpustakaan di rumah & kawan2 dapat meminjam buku2 tersebut. Ha...kan bagus dapat kongsi ilmu dengan orang lain.



Koleksi buku yang memenuhi mini perpustakaan penulis.


Percayalah takkan sesekali rugi bagi orang yang melaburkan duitnya untuk buku. Kita tengok penulis2 hebat tempatan dan antarabangsa mereka melaburkan separuh dari harta mereka untuk buku. Jika tidak mereka tidak digelar insan hebat dalam dunia penulisan kan? Kita selak sejarah sahabat2 Nabi Muhammad mereka juga sangat mencintai ilmu dan buku. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Baiklah...penulis tidak mahu memanjangkan kalam...hari ni mari kita saksikan video sang pencinta buku. Inilah istimewanya episod terakhir ‘Lover of Knowledge’.

My video! Let see together!

Penulis berharap pembaca semua dapat mengambil manfaat dari tiga belas episod ‘Lover of Knowledge’ ni. Ini hanyalah perkongsian bersama tentang kehidupan di kampus yg penuh dengan kecintaan pada buku dan pengalaman menziarahi tempat2 menarik selama  bergelar penuntut universiti.

No comments:

Post a Comment