Sunday 21 April 2013

POST 6: Lover of Knowledge


MENCARI MUTIARA ILMU DI IIUM

Al-hamdulillah, ‘post’ kali ini penulis berkesempatan menceritakan tentang kembara sang pencinta ilmu di perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20.04.2013.

Penulis berkongsi minat membaca dengan menceritakan koleksi2 buku yang penulis ada di samping berkongsi minat berhijrah atau bermusafir ke lubuk2 ilmu dengan menukil tentang pengalamannya sebagai penuntut ilmu di universiti. Hujung minggu lalu, penulis bersama-sama kawan sekuliahnya mencari buku2 rujukan utk menyiapkan proposal ‘thesis’ di UIA.

Suasana di perpustakaan UIA, Gombak

Antara rak buku yang ada di perpustakaan UIA.

Saat melangkah masuk ke perpustakaan UIA, penulis terkejut. Kenapa yer? Erm...teruja dgn perpustakaan UIA yang sangat selesa & dipenuhi dgn buku2 rujukan. Sebut shj buku aper semua ada kat perpustakaan UIA ini. Penulis sempat merakam beberapa gambar ketika berada dlm perpustakaan itu. Merakam ketekunan sahabat2 membaca buku2 yg sangat banyak. Seronok tau!
Asyik membaca buku!

Gelagat kawan2 yg sempat dirakam..^_^

Amboi...tak nampak org dah, syok baca buku [>_<]

Puas mencari & membaca buku kami keluar berehat sebentar mengerjakan solat zohor serta makan tengahari. Masing2 sibuk bercerita cantiknya masjid UIA. Kami meneruskan tugas membaca buku2 yg berkaitan dgn tajuk ‘thesis’ kami sebelum menuggu masa utk pulang ke rumah. Bila ada ‘photographer’ sudah tentu penulis & kawan2 merakam saat manis ini. Sebelum pulang kami bergambar sepuasnya & inilah hasilnya:



^_^ Kenangan indah kat UIA, Gombak.

Ha...seronokkan belajar mengutip pengalaman di universiti orang. Nak ilmu kena berkorbankan? InsyaALLAH jika diberi kesempatan penulis akan bermusafir lagi & tak lupa berkongsi manisnya hidup bergelar mahasiswi universiti yg cintakan ilmu.

‘Post’ akn datang penulis kembali melakarkan kisah minatnya yg mendalam terhadap pembacaan buku2. Jom kita bedah buku pulak! Mengembara & membaca buku dpt mendekatkan diri kita kepada ilmu mengenal ALLAH, betulkan? Tepuk dada tanya iman kita.  





Friday 19 April 2013

POST 5: Lover of Knowledge

INDAHNYA BAHASA MELAYU

Cuti panjang semester lepas tlh memberi peluang kpd penulis utk membaca & menelaah salah sebuah kamus komprehensif Bahasa Melayu terbitan Oxford Fajar." Nak jadi penulis, mesti bersahabat baik dengan kamus barulah perbendaharaan kata kita bertambah. Menulis pun senang." kata Faizal Tehrani dalam buku karangannya 'Panduan Menulis Kreatif: Karya Nan Indah untuk Semua'.

 Koleksi penulis:-)

Hari inipenulis nak kongsi pasal kamus yg baru dibeli. Penulis terdetik utk mengetahui apa isi perkataan yg ada dlm kamus tersebut. Terdapat ribuan perkataan yg disusun mengikut abjad, cuma tinggal kita nak guna atau sebaliknya. Sambil membelek & membaca setiap patah kata dlm kamus tersebut, penulis sempat menulis peribahasa2 yg tak pernah dijumpai utk diisi dlm blog ni. Harapnya dpt bagi manfaat kat semua. Eh, tapi sebelum tu, biar penulis perkenalkan kamus tersebut.


Ha...nilah kamusnya. Pandaikan penulis ambik gambar?

Ok...ni antara peribahasa yg sempat ditulis...baca yer..

1. Apa di kenang pada belida, sisik pun ada tulang pun ada = seseorg yg sempurna tubuh & akhlaknya.

2. Berjalan jauh banyak dilihat, lama hidup banyak dirasa = banyak pengalaman

3. Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang = biarlah diri terkorban semasa mempertahankan maruah, asalkan tidak terus dalam kehinaan

4. Enak lauk dikunyah-kunyak, enak kata di ulang-ulang = nasihat yg baik perlu diulang2 selalu

Alah...banyak lagi tapi takpelah...penulis bagi link je kat semua. Gunalah bahasa Melayu kita dengan sebaiknya. ha...'try' bukak link kat bawah ni blh tau harganya sekali:



Setakat ini dulu kisah pencinta buku bernama QalamWardahZinnirah. Nantikan 'post' akan datang pasal buku2 lain QalamWardahZinnirah. 



Wednesday 17 April 2013

POST 4: Lover of Knowledge

MEMBACA MUTIARA ILMU

Watak ibu Dhia dalam buku 'Sebarkan CintaMu' karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin sendiri sangat mencintai buku hingga dia menyatakan, "Membaca itu perintah ALLAH. Iqra'. Ia bkn sekadar utk dibanggakan ataupun sekadar lulus ujian tetapi bagi menguasai ilmu untuk mengenal ALLAH. 

Erm...Penulis suka membawa isu membaca dalam 'post' kali ini kerana minat yang mendalam penulis terhadap buku2. Budaya membaca jarang dilihat dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa universiti. Buku2 yg dibaca terkadang hanya berkisar tentang subjek2 pelajaran yg diambil oleh mereka. Buku2 akademik memenuhi rak2 buku, nak baca buku tambahan mana nak sempat. "Buku akademik tak abis ag baca camne nak baca buku lain?" Ilmu yg dicari bukan hanya dlm kuliah tetapi juga dlm buku2 tambahan yg kita ada kan? 

Pelbagai persepsi dirakam lewat isu baca & buku.Penulis sendiri bergalar sebagai mahasiswa universiti perlu menyibukkan diri dengan membaca & membelek buku2 yg menjadi koleksi mini perpustakaan penulis. Ramai kawan2 yg mengatakan, buat apa nak beli banyak buku...susah nanti bila buku dah banyak nak bawak balik camne? Penulis mengajak semua jadikanlah buku sebagai teman baik kita kerana orang yg berilmu sentiasa dipandang mulia sama ada di sisi ALLAH atau masyarakat. 

Di bawah adalah antara koleksi buku2 milik QalamWardahZinnirah:






Buku2 yg penulis ada tapi ni baru sikit...

Kehidupan kampus mengajar penulis menjadi insan yg menghargai kewujudan buku2 dan masa luangnya. Masa di sekolah menengah dulu, penulis hanya mampu meminjam buku2 dari kawan2 semata-mata mahu membaca. Sekarang, di universiti penulis kenal dengan banyak buku, membeli sebanyak mungkin buku memberi kepuasan yg sangat bernilai utk penulis. Buku2 yg ada bukan hanya koleksi semata tetapi turut di baca, dikongsi bersama2 shbt2 dan buku2 tersebut menjadi rujukan tatkala mahu menulis.

'Post' akn datang, penulis akan kongsi buku2 yg menjadi koleksi penulis & kalian boleh menilai betapa seronoknya membaca & memiliki buku. 


POST 3: Lover of Knowledge


SUBHANALLAH...SAUJANA MATA MEMANDANG!

Sekali lagi penulis bersyukur masih diberi kesempatan untuk bermusafir semasa cuti pertengahan semester ini walaupun hanya sehari suntuk di Blue Lagoon, Port Dickson. Kali ini, penulis mahu berkongsi dengan semua tentang pengalaman melancong ke kawasan pantai yg mana anginnya sangat mendamaikan.

Penulis tidak menafikan setiap kali bermusafir doa2 bermain di hati kerna kata orang doa orang yg bermusafir mudah didengar oleh ALLAH. Bukankah ALLAH Maha Mendengar?Sampai sahaja di sana penulis & kawan-kawan disambut riang oleh angin pantai yg sangat mengasyikkan. Tamat sahaja sarapan penulis & kawan2 memulakan langkah mendaki bukit berhampiran kawasan pantai semata2 nak tengok keindahan pantai dari pandangan atas bukit. Perjalanan yg sangat panjang dgn melihat hutan belantara & bunyi burung2 yang mendamaikan. Mereka turut menghirup udara segar dalam hutan itu sepuas-puasnya.

                                                 
Cantik kan tepi pantai di Blue Lagoon:-)

Berjalan nak masuk hutan...syok kot!


Lepas sesat dalam hutan terus dapat tengok pantai.

Bila sampai shaja di puncak bukit, subhanallah...saujana mata memandang. Penulis & kawan2 teruja dgn pemandangan yg terbentang di hadapan mereka. Penulis belajar mendekatkan diri dgn alam ciptaan ALLAH yang Maha Hebat. Hilang segala penat & lelah mereka sepanjang mendaki bukit tersebut. Benarlah firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad): “Seandainya lautan menjadi tinta utk (menulis) kalimat2 Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat2 Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.”

Pemandangan pantai kat atas bukit...subhanallah.

Fuyoo...cantik sangat & mendamaikan tau.

Tengok aper tu? Gambar penulis & kawan2 kat atas bukit.

Let joint us...lepas penat mendaki bukit tiba masa mandi pantai pulak.

Setakat ini sahaja catitan penulis sebagai pengembara di jalan ALLAH. Moga memberi manfaat kepada semua yang menjengah blog QalamWardahZinnirah ini. Penulis akan membawa cerita2 baharu mengembara di alam 'campus life' utk diisi dalam episod ‘Lover of Knowledge’ akan datang. Nantikan perjalanan kehidupan mahasiswi universiti ini yang penuh dgn jalan mencari keredhaan ALLAH dalam menuntut ilmu & menjadi pencinta ilmu.

Selain mengembara dan melancong, penulis suka mengisi masa lapangnya dengan membaca. Nantikan perkongsian akan datang tentang kisah cinta penulis dengan buku2 koleksinya.





 

Tuesday 16 April 2013

POST 2: Lover of Knowledge


JAUH BERMUSAFIR LUAS PEMANDANGAN.

Al-Hamdulillah...'post' ke-2 ni ALLAH masih memberi peluang kepada penulis untuk melancong. Kali ni penulis ke USM, Pulau Pinang. Pengalaman ini tak mungkin diperolehi dalam kuliah bersama-sama pensyarah. Sejujurnya, penulis sangat suka melihat dan mendapat pengalaman baru dengan melancong ke negeri2 lain.

                                        
Tekun mendengar taklimat dari pihak USM:-)

Beruntung tau dapat jadi ajk kolej kediaman...
kan dapat berbincang di meja bulat!

Menjawat jawatan sebagai ahli jawatan kuasa kebajikan asrama (JAKSA) memberi keistimewaan kepada penulis untuk turut menyertai lawatan ke USM, Pulau Pinang bersama kawan-kawan JAKSA yg lain. Banyak keistimewaan yg penulis dan kawan2 dapat semasa ke sana tau...


 -  Bila bermusafir penulis dapat mempraktikkan rukhsah (keringanan) yg telah ditetapkan oleh ALLAH antaranya solat wajib 5 waktu yg jamak & qasar.

 - Bila bermusafir penulis lebih menghargai kewujudan alam kerana merasakan diri sangat dekat dengan alam. Penulis dapat melihat & memerhati keindahan alam, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, serta hutan rimba. Ini menjadikan penulis seorang muslim yang bersyukur dengan kehidupannya.

 - Bila bermusafir automatik penulis banyak bergantung & mengingati ALLAH. Tengok laut ingat kebesaran ALLAH. Tengok hutan bertasbih mengingati ALLAH.

 Di USM, penulis belajar mengenal mereka yg rata2 belajar sains & kejuruteraan sangat menjunjung adab terutama bila kami datang bertandang sebagai tetamu mereka ketika itu. Penulis & kawan-kawan mendapat layanan yang sangat baik.

Penulis & kawan2 sempat merakam gambar kenangan 
bersama pihak Desa Jaya, USM. 

 - Aktiviti2 eksplorasi dengan 8 ‘check point’ yang disusun oleh pihak Desa Siswa Jaya, USM sangat menyeronokkan:

-penulis belajar menganyam geruk. (pembalut buah nangka)
-penulis belajar main sudoku.
-penulis belajar bersabar bila kena berjalan jauh di sepanjang eksplorasi.
-penulis belajar sumbat gol bola keranjang
-penulis belajar menjawab teka-teki
-penulis belajar main susun ‘puzzle’.
-apa yang penting penulis belajar bekerjasama dengan rakan2 sepasukan.

Selain USM, penulis berkesempatan menaiki jambatan Pulau Pinang untuk ke Bukit Bendera. Jom, tengok gambar2 yang sempat dirakam semasa di sana!

Wajah2 gembira shbt2 JAKSA :-)


Wow..pengalaman pertama menaiki kereta api di Bukit Bendera!

Syoknya naik bukit sampai semua 'excited' nak bergambar!

Okeylah...stakat ni dulu utk ari ni. Ikuti pengembaraan 'Lover of Knowledge' seterusnya dalam 'post' akan datang. Semoga memberi manfaat kat semua. salam sang pengembara:-)

Sunday 14 April 2013

POST 1: Lover Of Knowledge


NIKMAT PERTAMA BERGELAR MUSAFIR DI PULAU.

Kehidupan di universiti memungkinkan penulis menikmati hari yang tidak sama semasa belajar di sekolah menengah. Masa kecil penulis menyimpan impian nak melancong ke negeri orang. Bergelar mahasiswi universiti membolehkan penulis punya masa untuk melancong bersama kawan-kawan di merata tempat antaranya di Pulau Pangkor.

Semester 5 penulis dan kawan-kawan berkesempatan melancong ke Pulau Pangkor bagi memenuhi markah untuk subjek Bahasa Arab Kemasyarakatan & Kebudayaan. Tiga hari kami bergelar musafir sungguh menyeronokkan dengan pengalaman-pengalaman baru.
Pelbagai gelagat yang kami sempat rakamkan dalam kamera-kamera di sepanjang keberadaan kami di Pangkor Indah Beach Resort. 

                                         

                                               Suasana pantai yang sangat indah.
           
                                             

                                          Jom...Bersiap sedia untuk snorkling!

                                       
Geng FPBU di Pulau Pangkor.

Banyak perkara yang penulis dan kawan-kawan dapat sepanjang permusafiran kali ini.
-    Penulis & kawan-kawan dapat bekerjasama dalam banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama seperti pertandingan tarik tali, snorkling, BBQ, & melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor.

    -    Lawatan sambil belajar ini telah merapatkan hubungan persahabatan antara penulis dan kawan-kawan sekelas
.
    -    Di Pulau Pngkor ini, penulis & kawan-kawan belajar menghargai kewujudan alam yang       sangat indah. Kami lihat pantai yg terbentang, air yang tenang & menyejukkan dan yang pasti penulis & kawan-kawan menjadi insan yang sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia.

     -    Penulis & kawan-kawan dapat kenal budaya negeri orang. Kebanyakan rakyat di Pulau Pangkor ramai yg berbangsa Cina dan memungkinkan kami belajar tentang adat orang Cina dengan melawat tokong mereka.

Pengalaman menaiki feri..seronok.


Penulis sempat merakam keindahan alam.


Melawat kawasan sekitar Pulau Pangkor


Seronok tau bila kita berkesempatan melancong ke negeri orang. Pengalaman ini takkanpernah luput dalam ingatan penulis. Nantikan post kembara penulis akan datang!