Wednesday 17 April 2013

POST 4: Lover of Knowledge

MEMBACA MUTIARA ILMU

Watak ibu Dhia dalam buku 'Sebarkan CintaMu' karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin sendiri sangat mencintai buku hingga dia menyatakan, "Membaca itu perintah ALLAH. Iqra'. Ia bkn sekadar utk dibanggakan ataupun sekadar lulus ujian tetapi bagi menguasai ilmu untuk mengenal ALLAH. 

Erm...Penulis suka membawa isu membaca dalam 'post' kali ini kerana minat yang mendalam penulis terhadap buku2. Budaya membaca jarang dilihat dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa universiti. Buku2 yg dibaca terkadang hanya berkisar tentang subjek2 pelajaran yg diambil oleh mereka. Buku2 akademik memenuhi rak2 buku, nak baca buku tambahan mana nak sempat. "Buku akademik tak abis ag baca camne nak baca buku lain?" Ilmu yg dicari bukan hanya dlm kuliah tetapi juga dlm buku2 tambahan yg kita ada kan? 

Pelbagai persepsi dirakam lewat isu baca & buku.Penulis sendiri bergalar sebagai mahasiswa universiti perlu menyibukkan diri dengan membaca & membelek buku2 yg menjadi koleksi mini perpustakaan penulis. Ramai kawan2 yg mengatakan, buat apa nak beli banyak buku...susah nanti bila buku dah banyak nak bawak balik camne? Penulis mengajak semua jadikanlah buku sebagai teman baik kita kerana orang yg berilmu sentiasa dipandang mulia sama ada di sisi ALLAH atau masyarakat. 

Di bawah adalah antara koleksi buku2 milik QalamWardahZinnirah:






Buku2 yg penulis ada tapi ni baru sikit...

Kehidupan kampus mengajar penulis menjadi insan yg menghargai kewujudan buku2 dan masa luangnya. Masa di sekolah menengah dulu, penulis hanya mampu meminjam buku2 dari kawan2 semata-mata mahu membaca. Sekarang, di universiti penulis kenal dengan banyak buku, membeli sebanyak mungkin buku memberi kepuasan yg sangat bernilai utk penulis. Buku2 yg ada bukan hanya koleksi semata tetapi turut di baca, dikongsi bersama2 shbt2 dan buku2 tersebut menjadi rujukan tatkala mahu menulis.

'Post' akn datang, penulis akan kongsi buku2 yg menjadi koleksi penulis & kalian boleh menilai betapa seronoknya membaca & memiliki buku. 


No comments:

Post a Comment