Sunday 26 April 2015

Mutiara Ilmu di Rumah ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...kesempatan untuk kali ke 293 telah ALLAH anugerahkan kepada penulis blog ini untuk mencoret perkongsian pengalaman hidupnya. Al-Hamdulillah ucapan syukur sering menutur laju saat memuhasabah diri betapa bertuah & beruntungnya dia lahir sebagai individu yang beragama Islam. Padanya ada iman & Islam, padanya ada akidah yang perlu dimantapkan, padanya ada akhlak yang perlu sentiasa diperbaiki & dihiasi dengan kebaikan, pada ada kelemahan yang membuatkan dia sedar kelemahan diri itu tanda ALLAH amat menyayanginya.
Kesempatan dan ruang yang terbuka luas ini bukan hanya hadir sebagai artikel picisan, tetapi hadir untuk menyedarkan diri betapa manisnya hidup di bawah kasih sayang ALLAH. 

Hujung minggu sebagai seorang guru walau hanya guru anak-anak sekitar umur 4,5, & 6 tahun perlu diisi dengan ilmu agama & sosial kemasyarakat yang lebih terbuka. Jadi menyahut kata hati yang berbisik baik, dia mengisi paginya dengan melangkah walau berat ke masjid berdekatan. Al-Hamdulillah, kerjayanya, membawanya mendekat pada ALLAH dengan mengimarahkan rumah ALLAH.

Hari ini di rumah ALLAH bersaksikan para malaikat, ustaz berbicara bagaimana nak dapatkan mahabbatullah (kasih sayang ALLAH)? Pada permulaan bicaranya, ustaz bertanya pada ahli jemaah masjid, “Apa matlamat sebenar kehidupan kita?” sambil bertanya ustaz terus menjawab, “Ya, untuk mendapatkan mahabbatullah. & bagaimana caranya untuk kita sentiasa mendapat kasih sayang ALLAH? Manusia takkan pernah puas dengan manusia lain, kasih sayang manusia juga terhad, sampai waktu mati memisahkan manusia dengan orang yang disayanginya. Kasih sayang ALLAH Maha Luas. Mari kita tengok bagaimana antara cara untuk kita mendapatkan kasih sayang ALLAH?”

1) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 31 yang bermaksud:


“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku(Nabi Muhammad s.a.w), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


Erti kata lain, kita sebagai hambaNya perlu mengikut  jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan kasih sayang ALLAH. Buatlah sunnah Nabi Muhammad s.a.w di samping memperkukuh amalan-amalan wajib.

2) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.”

Beberapa ciri golongan yang dikasihi ALLAH telah terpapar jelas dalam ayat al-Quran ini:
a) bersifat lemah lembut terhadap orang beriman
b) bersifat tegas terhadap orang kafir bukan keras tetapi tegas berprinsip
c) berjihad di jalan ALLAH
d) tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.

3) Firman ALLAH S.W.T dalam surah At-Taubah ayat 7 yang bermaksud:

“Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? kecuali orang-orang (musyrik) Yang kamu telah mengikat perjanjian setia Dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertaqwa.

Taqwa di sini bermaksud, melakukan segala suruhan ALLAH & menjauhi segala laranganNya sama ada ketika hidup bersendirian atau dalam jemaah. InsyaALLAH kasih sayang sentiasa melimpahi kehidupan kita J

4) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 146 yang bermaksud:

“dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar.”

Sabar dengan maksud kekal dalam ketaatan kepada ALLAH walau dilanda ujian yang bertimpa kerana dia yakin dengan ujian yang datang itu tanda ALLAH sangat menyayangi hamba-hambaNya. Sabar mudah untuk dilafazkan tetapi terkadang memerlukan mujahada untuk dipraktikkan.

5) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 148 yang bermaksud:

“oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (Kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala akhirat Yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga Yang tidak ada bandingannya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang berbuat kebaikan.

ALLAH sangat menyayangi hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan @ ihsan. Ihsan terbahagi kepada dua ihsan terhadap ALLAH & ihsan terhadap manusia.

6) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

“dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.”

Dua perkara utama yang disentuh oleh ALLAH bagaimana untuk kita mendapatkan kasih sayangNya dalam ayat ini ialah, pertama kita mestilah bertaubat daripada dosa mengakui & memperbaiki kesilapan dosa & sentiasa mensucikan diri dengan berwudhuk.

7) Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Orang yang paling ALLAH sayang adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain”

Memetik kata-kata Ustaz Harizal, “Erti Hidup pada Memberi”. Jadi, sentiasalah hidup dalam keadaan memberi bukan meminta. Bila kita memberi tanpa syarat insyaALLAH, ALLAH juga memberi kasih sayangNya pada kita tanpa syarat.

8) Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, maka layaklah dia mendapat kasih sayang kerana ALLAH.”

Jadi, mari kita mengambil pengajaran daripada perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada kasih sayang ALLAH. Usah kita kalut berkejar nak dapatkan cinta manusia jika cinta kita kepada ALLAH belum lagi cukup sempurna & kuat menjadi benteng pertahanan untuk kita mencintai yang lain. Kejarlah cinta ALLAH terlebih dahulu dalam kehidupan kita, insyaALLAH cinta yang lain akan datang menyusul tanpa dipinta.

Moga kehadiran perkongsian kali ini memberi manfaat & ibrah bersama betapa hati amat dahagakan cinta Ilahi, kerana dengan kasih sayangNya kita bisa meneruskan kehidupan ini dengan baik dalam redhanya. Mahabbatullah dicari, redhaNya ditemui.



Siiru ‘alaa barakatillah...


Friday 24 April 2015

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat kasih sayangNya, penulis masih diberi kesempatan & kekuatan untuk meneruskan penulisannya di blog ini. Ucapan syukur tak terhingga ini terlafaz tanpa paksa kerana dengan kasih sayangNya juga penulis bisa menikmati nikmat terbesar iman & Islam. Iman & Islam ini yang membentuk dirinya menjadi manusia yang menghargai rasa bertuhan.

Al-Hamdulillah di samping rancaknya usaha sahabat-sahabat seperjuangan memastikan pihak yang benar menang dalam Pilihan Raya di Rompin, Pahang, ALLAH memberinya peluang untuk menghabiskan pembacaan bukunya yang tertangguh. Satu hari sebuah buku kini kembali menghiasi blog ini yang telah lama sepi tanpa kata dan luahan idea. Buku bertajuk, "PEMIKIRAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT- Karangan: Mohd Aizat Mohd Salleh Al-Hafiz- Terbitan: PTS Publishing House Sdn. Bh" ini benar-benar menyentuh emosinya.



Buku ini punya cerita tersendiri tentang Allahyarham TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. Mengingatkan penulis tentang kehebatan susuk tubuh allahyarham. Setiap kali membaca bait kata untaian rasa yang terlakar dalam buku ini, air matanya tumpah menahan sebak. Bait katanya bukan sahaja mengajak pembaca mengenal susuk tubuh bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tapi juga mengajak pembaca mengenali & menjiwai dunia perjuangan Islam yang dilalui oleh allahyarham. Setiap kali membaca buku ini ada sahaja muka surat buku yang ditandanya, penuh seolah-olah mahu dikongsi semua rasa ketika membaca buku ini. Sekali pandang, penulis terus membelinya tanpa berfikir panjang, kerana niatnya memang mahu mengetahui & menelusuri kisah hidup insan hebat bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dengan hiasan gambar-gambar Allahyarham Tuan Guru lagi menambah sebak di dada penulis sewaktu membacanya.

Tertarik dengan bicara kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam buku ini pantas tangannya menekan 'key board note booknya': "Masalah (orang kata) Kelantan juga ada dadah, ada pembunuhan, dan sebagainya. Bagi memudahkan pemahaman, saya misalkan Kelantan ini umpama sekeping tanah padi yang sekelilingnya tanah terbiar. Ada tikus, ada makhluk perosak di dalamnya. Yang kalau dibuat tanaman padi, tikus-tikus akan keluar malam-malam makan padi dan sebagainya. Tanah terbiar ini maksudnya tanah kerajaan-kerajaan (negeri) lain di Malaysia  yang tidak menggunakan agama untuk memerintah negeri..."

Memetik satu lagi 'link internet' berkaitan buku ini:

http://bukuislamikdiskaun.blogspot.com/2015/03/pemikiran-tuan-guru-nik-abdul-aziz-nik.html

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ~ Mohd Aizat Mohd Salleh Al-Hafiz

Tuan Guru,
Pemikirannya luar biasa,
Meneliti bukan sekadar menuruti,
Menghalusi bukan sekadar meneladani,
Meneliti masalah, menuruti syariah,
Menghalusi mehnah, meneladani sunah.
Tuan Guru,
Peribadinya santun lagi mulia,
Meraikan setiap keturunan Adam,
Dijaganya lelaki mahupun wanita,
Tidak kira Islam mahupun bukan,
Pada wajah semua, terukir senyuman.
Tuan Guru,
Kepimpinannya terpandu dan istimewa,
Terselit tegas dalam kelembutan,
Cukup kaya dengan kesederhanaan,
Beroleh taulan kerana kesantunan,
Agungnya Tuhan menjadi pengakhiran.
Melihat wajah Tuan Guru...,
Terasa nyaman dalam jiwa,
Terhening sejuk pandangan mata,
Beliau permata antara semua,
Sinarnya berkilauan nan luar biasa.
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah
 pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang
 mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, 
perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan,
 isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam 
membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah 
daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz. Menariknya buku ini menyediakan
 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik 
yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun
 indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.


Ini bicara dari hati penulis saat usai membaca buku ini selepas maghrib tadi. Hatinya memberontak untuk ditamatkan pembacaan buku ini secepatnya, agar nanti ada sesuatu yang bisa dia kongsi hasil pembacaannya. 

Rasa rindu mencengkam di jiwa
Saat menelusuri kisah dalam buku ini
Beliau bagaikan hidup subur
Dalam setiap jiwa insan yang mengenalinya
Membaca & terus membaca
Memberi ruang pada diri
Memberi ruang pada akal
untuk lebih memahami perjalanan hidup insan hebat ini
untuk merasai kewujudan jasanya.

Sebak menjengah di kalbu
Saat cuba memahami setiap langkah yang dibuat oleh beliau
Hanya demi keagungan Islam
Setiap usaha & keringat Tuan Guru
Tumpah melimpah hanya kerana ALLAH

Diriku mengenalinya
Saat jasadnya bersemadi aman
Saat suara tenangnya tiada lagi kedengaran
Saat rohnya telah bertemu Tuhan

Membaca buku ini
Mengajak aku memahami perjuangan Islam
Mengetuk hatiku untuk teruskan langkah
Menghargai insan sehebat ulama' ini
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sungguh,
Setiap insan merindui susuk tubuhnya
Mahu sekali mendengar suaranya berbicara lagi
Menutur laju kata nasihat buat semua
Amanlah Tuan Guru di lam sana
Moga perjuangannya untuk ummah
Takkan pernah terhenti
Memberi rahmat
Moga diriku bisa menurut...bisa mengikut jejak
Walau sekelumit tentang dirinya

Baiklah...setakat ini sahaja perkongsian penulis untuk hari ini 5 REJAB 1436H. Moga kehadiran Satu Hari Sebuah Buku ini dapat memberi nilai manfaat buat ummah umumnya. Moga hatinya terus terdidik dengan Islam, moga sahabat semua terus thabat & istiqamah di jalan perjuangan Islam ini. Siiru 'alaa barakatillah.


Wednesday 22 April 2015

Bersahabat sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Al-Hamdulillah dengan izinNya penulis masih punya ruang & kesempatan untuk mengisi mutiara-mutiara perkongsian di blog ini. Lama benar tiada untaian kata & ilham untuk dicurahkan di sini. Kesempatan yang ada terkadang wujud cuma ketiadaan masa untuk mencurah idea yang bernas bersama. 

Sekelumit rasa dikongsi untuk kali ini setelah membaca satu artikel tentang sahabat. Tiada kata mampu diungkap hanya 'copy' semula apa yang telah dibaca semoga memberi manfaat pada hati yang merindui ukhuwwah fillah ini. Teringat zaman kampus yang sarat dengan kata cinta ukhuwwah kerana ALLAH. Bersahabat sampai syurga. Moga persahabatan yang dibina mekar membawa hingga ke syurga. Kini zaman berkerja menjengah jendela kehidupan penulis, membuatkan dia terkadang sangat merindui zaman kampusnya. Banyak benda dilakukannya. & moga zaman berkerja ini terus memberinya ruang untuk istiqamah berada di medan perjuagan Islam.

Mari kita baca artikel di bawah!

SAHABATKU, DUNIA INI TIDAK LENGKAP TANPAMU!
KHA, 12 APR 2012 11:28 | NUR MAWADDAH | KHAIRUNNISA ASSILA
Description: Print
Description: baby
Assalamualaikum sahabatku, sahabat sejantinaku, sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan takdir ALLAH SWT. 
Aku telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu. Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.
Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.
Aduhai sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi yang berbeza.
Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."
Sahabatku yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku. Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!

Dan aku tumpang gembira, sahabatku.
Sahabatku yang kusayangi kerana ALLAH,
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah:153)
"Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar." Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu, sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya."
(Al-Kahfi:28)
Ketahuilah, bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.
Begitulah kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara, walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Jadilah seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa.
Lihatlah, sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini. Everyone may not be good, but there is something good in everyone, insyaALLAH. Ketahuilah, dunia ini mungkin sahaja tidak lengkap tanpamu!

Aku mungkin kini tidak di sisimu lagi, namun doa mengikat kita, dekat dalam hati. InsyaALLAH. Selagi aku masih bernyawa, selagi kau masih mengingatiku, selagi kau masih sudi menganggapku sebagai sahabatmu, dan pastinya selagi ALLAH mengizinkan, aku tetap sahabatmu. Ke manapun kita pergi selepas ini, moga ukhuwah kita akan terus bersemi.
Sahabatku, La Tahzan, Innallaha Ma'ana.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali-Imran, Ayat 139)
Sekali lagi, ketahuilah,
Dunia ini tidak lengkap tanpamu.
Kerana dengan sebab itu, aku tidak dapat belajar erti persahabatn daripadamu!
SubhanALLAH. ALLAHlah sehebat-hebat pengatur dan pelaksana!
Sekian, jaga iman, jaga peribadi, wahai sahabatku yang kusayangi kerana Ilahi. See you di IPT, insyaALLAH.
Kepada para da'ie, ukhuwah itu sungguh, sangat penting. People don't care how much you know, they want to know how much you care.
Contohilah RASULULLAH SAW. (^^,)
Biodata Penulis
Syahmin Syafinie binti SaparudinAnak jati Tawau, Sabah serta merupakan bekas pelajar MRSM. Bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan insyaALLAH. Mohon didoakan..












Saturday 11 April 2015

Rindu Ilahi Bertamu Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah dengan kuasa & kasih sayangNya blog ini masih punya kata-kata untuk dikongsi bersama-sama dalam meniti kehidupan sebagai individu Muslim. Al-Hamdulillah usai kaki ringan melangkah keluar dari rumah ALLAH. Usai hati meneliti setiap bicara yang keluar dari ustaz, usai juga roh menerima 'sesuap nasi' di rumah ALLAH yang Maha Penyayang. 

Al-Hamdulillah, ALLAH masih menyayanginya dengan mengurniakan kesempatan & kelapangan untuk beribadah padanya. Rindu Ilahi bertamu di hati menjadi topik perbualan hari ini. Bagaimana penceramah di masjid dengan pengisian Kuliah Dhuha oleh Dr. Hj. ZulKifli Mohamad Al-Bakri menekankan peri pentingnya hubungan dengan ALLAH. Walau di mana pun kita berada, walau dalam keadaan apa pun kita, walau sejauh mana pun kita pergi, letaklah ALLAH sebagai kebergantungan utama kita, InsyaALLAH semua perkara menjadi mudah bagi diri kita.

ALLAHURABBI...tenang saat mendengar lafaz ini, bahagia saat kaki bisa gagah melangkah bertemu ALLAH di rumahNya bukan untuk mendabik dada mengata penulis ini insan baik tiada cacat celanya, cuma dia insan lemah yang mahu berkongsi betapa manisnya bila rindu Ilahi bertamu di hati lalu mengajak diri beri'tikaf di rumahNya dengan penuh rasa rendah diri. Di sana tiada siapa yang mampu menganggu kita untuk terus beribadat padanya...di sana tiada kerja yang di ingat selain memenuhkan masa dengan mengingati ALLAH. Penulis senang dengan situasi ini.

Walau terkadang syaitan menghasut, nanti bagaimana jika ramai yang mengatamu pergi ke masjid hanya mahu menunjuk? Lalu bagaimana jika amalmu tidak di terima ALLAH? Lalu bagaimana orang yang baik ramai sahaja tak lazimi masjid, mereka tetap bahagia. Bahagia yang dicari jiwanya terisi. Kata-kata yang sentiasa mengingatkannya pada ALLAH Tuhan yang menciptakannya. Tidak rugi walau sebesar zarah untuk kita melazimi masjid, biarpun kita hanya muslimah yang pada aturannya kita digalakkan solat di rumah. Di rumah ALLAH ini banyak yang ditemu, banyak juga mengajar diri, mengetuk hati dari terus leka dengan keindahan dunia. Sekurang-kurangnya, nuraninya terisi

Memetik bicara dalam buku Kitab al-Hikam yang telah dikupas oleh Dr. Hj. ZulKifli Mohamad Al-Bakri dalam pengisian kuliah dhuha di Masjid Putra Nilai pada pagi tadi, "HIKMAH 26: Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada ALLAH pada permulaannya." Selain itu, "HIKMAH 23: Janganlah menanti masa lapang untuk beribadah." Hikmah ke-23 ini benar menyentap hati penulis yang terkadang tanpa sedar dia sering bertangguh berkata, takpalah esokkan masih ada. Padahal secara logik akalnya dia tidak tahu bila detik kematiannya tiba. 

Berbicara tentang kematian, baru semalam usai menziarahi keluarga seorang sahabat yang mana dia telah kehilangan adik lelakinya akibat kemalangan. Detik ini mengingatkan penulis betapa kematian sangat dekat dengannya. Di masjid, terdengar bicara seorang mak cik, "Tak sangka dia hidup tak lama, ALLAH lebih sayangkan dia. Biarlah dia pergi." Mati itu sangat dekat dengan kita, jadi usahlah kita bertangguh dalam melakukan kebaikan. Pedulikan bicara negatif manusia tentang perubahan kita. Nak jadi baik tak payah tunggu hidayah ALLAH semata, kita yang kena berubah jadi baik dulu. & jadi baik tak semestinya mendadak atau pergi masjid je. perubahan bermula dengan diri.  

Bila ada niat nak buat baik teruskan niat tersebut, insyaALLAH jalan keluar sentiasa ada untuk kita muslim yang percaya ALLAH sentiasa membantu kita. Seringkali penulis bicarakan dalam penulisannya tentang surah at-Thalaaq ayat 2 & 3 atau lebih dikenali dengan ayat seribu dinar. Nak tahu lebih dalam & terperinci tentang ayat seribu dinar yang kita sering lihat di dinding rumah, digantung indah tanpa ada rasa untuk mentadabburnya. Jom, sama-sama kita buka Kalamullah al-Quran meneliti kembali apa yang tersurat & tersirat di sebalik ayat Cinta ALLAH ini.

Apa-apa perkara yang berlaku rujuklah Al-Quran & cuba lazimi diri dengan menziarahi rumah ALLAH yang dipenuhi dengan rahmat & kasih sayang ALLAH. Hanya insan yang pernah meringankan kaki melangkah ke masjid, merelakan hati merendah pada ALLAH sahaja yang mampu merasai betapa manisnya bertemu ALLAH di rumahNya.

Sesungguhnya rahmat ALLAH Maha Luas, kita sebagai hambaNya labudda berusaha menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat pemberianNya. Tiba-tiba merindui kampung halaman yang jauh di pandangan tetapi sentiasa dekat di hati. Bumi serambi Makkah yang penuh tarbiyyah. Di sini dia kenal Tuhan, di sini dia kenal dirinya & di sini mengajar dia bila rindu Ilahi bertamu di hati, usah beralasan untuk mendekati Tuhan.

Siiru 'alaa barakatillah...

Friday 3 April 2015

Kematian Itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Al-Hamdulillah...ucapan syukur ini mahu sentiasa dituturkan kerana rahmat ALLAH tak pernah padam untuk dirinya. Sentiasa memayungi imannya daripada terus leka dengan keindahan dunia.Al-Hamdulillah nikmatMu yang melimpah-ruah memungkinkan penulis dan sahabat-sahabat memilih destinasi perjuangan Islam ini. Moga kita tetap istiqamah berada jalan dakwah, jalan perjuangan ini walau sukar bakal ditempuhi. Syurga yang di dambakan oleh semua manusia bukan semudah kita memetik jari, bukan juga semudah kita menanam cita-cita & impian tanpa kita ada rasa untuk meneruskannya dengan USAHA.


Sungguh berada di medan perjuangan ini memberi pengalaman yang sangat berharga & terindah bagi dirinya. Kasih sayang ALLAH tidak pernah kurang terhadapnya cuma terkadang dia terleka dengan dunia hingga rebah tersungkur tanpa arah. Diri harus terus kembali pada ALLAH pencipta & pencinta abadi. Ya ALLAH kuatkanlah kaki ini melangkah di jalanMu...Ya ALLAH teguhkan hati ini untuk terus bergelumang dengan nikmat perjuangan Islam...Ya ALLAH berikan kami kesempatan untuk mengakhiri kehidupan kami dengan husnul khatimah. Mati dalam jihad mempetahankan agamaMu. Ameen.


Di pagi hari bangun teringat pada hamba ALLAH yang telah kembali padaNya, Suri Tihani Qisha bt Shukri. Mengingatkan penulis bahawa kehidupannya sementara di akhirat sana kekal selamanya. Damailah anak buah bongsu penulis, dia menunggu di pintu syurga. Saham untuk ibu bapanya di akhirat kelak. Kepemergian Suri amat mengejutkan penulis...dia pergi membawa senyum dalam sakit yang dihadapinya iaitu sakit jantung berlubang. Daripada dia terus menderita dengan penyakitnya...akhirnya ALLAH telah mengambilnya tanggal 23 Mac 2015 detik 11.15malam. Tersentap hati...sebak di dada hanya ALLAH yang bisa mengetahuinya. Hilang sudah seorang anak saudara penulis. Usah risau sedih itu terubat dengan memetik bicaranya dalam facebook,



"Benar Kalamullah ini mengajarnya redha dgn dua berita pemergian insan terdekat dgnnya. Mengajar diri ini tidak selamanya di dunia...mengajar diri org2 yg disayangi tidak selamanya di sisi kita. sama ada kita yg pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu atau kaum kerabat kita. Allah Maha Penyayang.
Mari kita berhenti sejenak hayati surah ali-Imran ayat 185 tentang mati itu pasti & surah al-Ankabut ayat 57 juga berkisar tentang mati.
Usah berangan hidup lama di dunia ini...duhai diri...muhasabah hati di pagi hari.
Hadiahkan alFatihah untuk bapa saudara sulung sebelah ibu & anak saudara bongsunya. AlFatihah sebaik-baik doa...
Allahummaghfirlahum warhamhum...wa'aafihim wa'fu 'anhum."

Mari penulis tinggalkan sahabat semua dengan lirik nasyid "Andai Ku Tahu-Ungu". Moga pagi ini & hari-hari seterusnya sentiasa mengingatkan kita kepada detik kematian yang kita tidak tahu bila mati menjemput kita. Penulis tinggalkan juga dengan gambar-gambar Suri Tihani Qisha.





Andai Ku Tahu

Album : Surga-Mu

Munsyid : Ungu
http://liriknasyid.com




Andai ku tahu

Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan 
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan 
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu






------------------------------------------------------------------------------------------ 
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri