Saturday 9 February 2019

Muhammad Yusuff Bin Noriskandar

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...dengan izinNya dapat penulis meneruskan penulisan blog ini. Sudah lama blog ini menyepi hingga penulis mendapat notis dari blogger.com bahawa blog ini akan ditutup bulan April 2019. Harapnya cerita dalam blog ini tidak terus dibuang oleh blogger.com. Al-Hamdulillah...dengan izinNya juga penulis berpeluang bercerita mengenai siapakah Muhammad Yusuff bin Noriskandar.

Tanggal 17.6.2018 bersamaan 3 Syawal 1439H seorang bayi lelaki selamat dilahirkan ke dunia dengan di sambut oleh tok manya. Bayi lelaki ini lahir sihat sempurna sifatnya seberat 3.1kg. Tarikh ini penulis ingat sampai bila-bila. Inilah detik kelahiran anak ke duanya yang diberi nama Muhammad Yusuff bin Noriskandar dan selamat ditahnikkan oleh Ustaz Nik Dirr. Ulama besar di Kelantan. Lahirnya di bumi serambi Makkah negeri Kelantan Darul Naim sama seperti mamanya. AlHamdulillah ALLAH telah mengurniakan anugerah ke dua kepada mama selepas anugerah pertama Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar yang sudah meningkat usia 3 tahun.




Moga putera mama membesar dengan sihat, soleh dan penyayang nanti. Banyak sekali doa yang mama titipkan buat Yusuff. Mama dan baba sayang Yusuff kerana ALLAH.