Monday 28 January 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w...Mari kita amalkan!!!







Salam semanis perjuangan Islam...

Ketika QalamWardahZinnirah sedang asyik membelek buku diari muslimah terbaca satu artikel mengenai Rasulullah s.a.w. Menarik untuk perkongsian bersama:

Sunnah2 Rasululah s.a.w.

Sunnah Rasulullah s.a.w adalah salah satu cara utk kita mendekatkan diri dan melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Di bawah ana senaraikan beberapa sunnah Rasulullah s.a.w. Kata kita cinta Rasulullah s.a.w...jadi luahkanlah rasa cinta kita dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sikit pun jadi asal istiqamah :-)

1. Tidur dalam keadaan berwudhuk & berwudhuk sebelum mandi
2. Slps wudhuk solat 2 rakaat
3. Banyak bersugi
4. Datang awal ke masjid
5. Solat sunat di rumah
6. Puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal & berpuasa sunat 3 hari setiap bulan
7. Berpuasa pada hari Arafah & hari as-Syra
8. Berdoa ketika singgah di sesuatu tempat
9. Mula dgn langkah kanan ketika mulai memakai alas kaki
10. Sentiasa senyum & menyebarkan salam
11. Ziarah- menziarahi kerana ALLAH
12. Nyataka kecintaan kerana ALLAH apabila cinta terhadap insan  (jgn silap sangka pulak, cinta hanya buat yg halal tau!)
13. Tutup mulut apabila menguap
14. Membantu keluarga dlm kerja rumah
15. Banyak menbaca Al-Quran
16. Jimat penggunaan air
17. Banyak amalan2 sunat
18. Membela kucing
19. Tidak mencela makanan
20. Berniaga

Sebenarnya banyak lagi sunnah2 Nabi Muhammad yg boleh kita semua amalkan...erm..apa kata sahabat2 semua membelek buku2 yang berkaitan sirah Rasulullah s.a.w untuk mengetahui lebih wadih tentang baginda s.a.w.






Jom...Amalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Salam Kasih Sayang buat semua makhluk ALLAH...
Moga sentiasa di bawah rahmat & kasih sayangNya...

Hari ini...ana suka berkongsi rasa cinta, sayang & rindu pada Rasulullah s.a.w terutama buat tatapan semua Muslim yang sudi menjengah masuk dalam blog QalamWardahZinnirah ini...

Jom kita amalkan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w iaiti menyebarkan salam!!!

Suatu hari Rasulullah s.a.w berwasiat kpd Abdullah bin Salam dgn bersabda:
"Hendaklah kamu memberi salam kpd saudara Islam yg kamu kenali @ yg tidak kamu kenali, selain itu, hendaklah kamu mengadakan jamuan & juga menjalin hubungan silaturrahim. Pada waktu mlm, ketika org sedang tidur lenahendaklah kamu mendirikan solat mlm. Dgn demikian org itu akn masuk syurga dengan selamat."

Mesej pertama dalam sabda baginda adalah memberi salam. Setiap org yg memberi salam bererti dia telah mendoakan kesejahteraan saudaranya. Ucapan salam juga mengandungi unsur didikan agar setiap org sentiasa berhati bersih. Melalui hati yg bersih, murni & penuh kesedaran, doa kesejahteraan akn mengalir laju.

Ucapan salam sangat ringkas, tetapi dalam salam ada pengertian yg sangat luas. Andai seorang Muslim itu menyedari pengertian salam yg dipohon kepada ALLAH buat saudaranya, bererti dia meminta keselamatan buat dirinya, harta bendanya, agamanya, & keimanannya semakin teguh. Termasuk apa2 jua keselamatan yg menjadi punca kebahagiaan saudaranya.

Jadi, tunggu apa lagi...mari kita sama-sama menyebarkan salam kerna dengan menyebarkan salam kita bisa menyebarkan kebahagiaan.

Bermula detik ini, cuba kita memberi salam...InsyaALLAH kita memperoleh keberkatanNya.



Thursday 24 January 2013

Salam Sayang buat Keluarga Tercinta

Salam kasih sayang buat keluarga yang jauh di mata...
Moga kasih sayang kita bertaut hingga ke syurga...Ameen

Rindu pada keluarga...
Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui
Betapa rindu & sebaknya hati
Bila mengingat masa ku bersama keluarga tercinta hanyalah sekejap...
Namun, ku perlu menghargai masa keemasan bersama-sama ma, ayah, adik2.

Terima kasih mama...
Kerna dengan kasihmu, Ana bisa menjadi insan yang bergelar Muslim..
Kerna dengan sayangmu, Ana menjadi perempuan yang menyayangi agamanya...
Kerna didikanmu, Ana kenal ALLAH Penciptaku.

Terima kasih ayah...
Kerna kudrat yang ALLAH kurniakan padamu, Ana menjadi manusia berguna...
Kerna usahamu, Ana bisa menggapai keselamatan
Berkat doa mama & ayah...Ana menjadi insan seperti sekarang

Teruskanlah doamu duhai ibu bapaku...
Teruskanlah usahamu membesarkan kami...
Teruskan kebergantunganmu pada ALLAH demi 
Melihat kita bahagia dunia & akhirat 

Sunday 20 January 2013

Lau kaana bainana...Ya RASULULLAH S.A.W

salam maulidur Rasul untuk semua sahabat....

salam sayang buat umat Nabi Muhammad S.A.W...

Al-Hamdulillah...Masa berada di kampus adalah masa & saat yang sangat manis untuk Wardah Zinnirah tempuhi. Biarpun sahabat2 yang lain ramai sudah bersukaria menemani keluarga di kampung halaman masing2, QalamWardahZinnirah masih di kampus. Biarpun rindu pada kampung halaman sangat membuak2 dalam dirinya, dia tetap meneruskan tugasnya di sini."Tidak mengapa nanti aku juga bisa pulang ke kampung." Dia meniti hari yang sangat indah di tempat dia belajar. 

Perkongsian bersama...
Sepanjang berada di kolej kediaman, banyak aktiviti & ceramah serta program yang dianjurkan demi mengajak ramai mahasiswa & mahasiswi mencintai ilmu. Ceramah agama, tayangan video, zikir munajat, alunan qasidah, aktiviti2 surau yang bisa mencambahkan idea2 bernas dalam menuntut ilmu di luar kotak kuliah. Salah satunya program ceramah memperingati Rasulullah s.a.w.

Al-hamdulillah...pengisian yang hebat daripada insan yang hebat Ustaz Hariri (JAKIM). Ceramahnya bisa membuat kami ketawa, menangis tanpa suara, & terkadang fokus pada isi penyampaiannya. 

Ustaz Hariri cuba mengingati kami tentang sirah Rasulullah s.a.w & mengajak kami para pemuda & pemudi Islam untuk menjadi Muslim yang hebat. 

Ustaz Hariri juga sempat menyelitkan ceramahnya dengan bermacam jenis nasyid, lagu, syair untuk menarik minat kami. Jom kita hayati nasyid Raihan (Alangkah Indahnya Hidup Ini) yang telah dialun lancar oleh Ustaz Hariri katanya, "Ketika dalam perjalanan dari Melaka nak ke sini, Ustaz sempat mendengar IKIM.FM & sekaligus mendengar nasyid ini,"


Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Mengalir air mata kami saat ustaz begitu asyik tenggelam dalam alunan nasyid ini. Ustaz kata, "Jika tidak ada orang yang nak memperingati Baginda s.a.w siapa lagi jika bukan kita. Rasulullah s.a.w insan yang sangat hebat. Jdikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita."

Banyak perkara yang ustaz kongsi dengan kami semua. Jazakallah khaira jaza'...moga ALLAH melimpahkan kasih sayang & rahmatNya kepada ustaz dan kita semua.

KiTa mEnGaKu kItA AdAlAh uMaT Nabi Muhammad s.a.w...TeTaPi kEnApA KiTa mAsIh bAnYaK MeLaKukAn kEmUngKaRaN?
KiTa mEnGaKu kItA CiNtA Nabi Muhammad s.a.w...TetApI KeNaPa kITa mAsIh tIdAk sEmPaT MeNuTuR sELaWaT KePaDa BaGiNdA s.a.w?
KiTa mEnGakU KiTa rInDu uNtUk bErTeMu Rasulullah s.a.w...TeTaPi aDaKaH SeTiAp LangKaH & pErBuAtAn KiTa mEnAnDaKaN kItA RiNdU, cInTa, sAyAnG kepada Baginda s.a.w????

TEPUK DADA TANYA IMAN KITA...DUHAI SAHABAT. 



Monday 14 January 2013

Salam RABIUL AWAL :)

Salam Rabiul Awal untuk semua...

Al-Hamdulillah...ALLAH masih memberi kita nafas untuk menikmati bulan Rabiul Awal. Hari ini dah 3 RABIUL AWAL 1433H. 

Bila kita sebut mengenai bulan RABIUL AWAL tentu ramai dapat mengaitkannya dengan bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w)...Mari kita sama2 telusuri kisah di sebalik bulan RABIUL AWAL.

DEFINISI 

Bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok & bunga. Mengikut kebiasaan di Tanah Arab, ketika bulan RABIUL AWAL pokok2 mula berbunga dan berbuah.

PERISTIWA BERSEJARAH BULAN RABIULAWAL

Kedatangan bulan ini amat dinanti-nantikan oleh semua umat muslimin dan amat diingati sehingga sekarang. Bulan ini menjadi titik sejarah kelahiran & kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Sebagaimana ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud:
2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Kehadiran baginda s.a.w banyak memberi kesan positif kepada manusia keseluruhan dan umat Islam sejagat. Nabi Muhammad sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Baginda s.a.w mengharungi berbagai macam ujian demi melihat keamanan Islam dapat dinikmati alam sejagat. 

HIKMAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W 

Nabi Muhammad s.a.w sangat mencintai keseluruhan umatnya sehinggakan pada saat2 akhir kehidupan baginda s.a.w, baginda masih menyebut "ummati, ummati, ummati." Bagaimana pula dengan sikap dan kesungguhan kita? Adakah kita turut mencintai dan mengasihi Nabi Muhammad dengan sentiasa mengingati baginda s.a.w? Tepuk dada tanya iman kita. Sejauh mana bibir menutur kata cinta & rindu kepada Rasulullah s.a.w membuatkan kita bertindak seiring dengan apa yang kita tutur. Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi adakah pengakuan kita itu benar seperti bicara hati kita? 

Iqbal pernah mencuba lukiskan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w dengan kata2nya:
Sungguh hati Muslim dipateri cinta nabi
Dialah pangkal mulia
Sumber bangsa kita di dunia
Dia tidur di atas tikar kasar
Sedang umatnya menggoncang takhta Kisra
Inilah pemimpin bermalam-malam terjaga
Di Gua Hira' Baginda bermalam
Sehingga tegak bangsa, hukum & negara
Kala solat pelupuknya tergenang air mata
Di medan perang pedangnya bersimbah darah
Dibukakan pintu dunia dengan kunci agama
Duhai, belum pernah insan melahirkan 
Putera semacam Baginda s.a.w

Mari kita sama2 mencintai & merindui Rasulullah s.a.w dengan
1. Berpegang tetap kepada sunnahnya, melaksanakan segala suruhannya
2. Kewajipan untuk berlaku ikhlas, jujur dan tulus kepada baginda s.a.w
3. Kewajipan menghormati baginda s.a.w. sebagai pesuruh ALLAH
4. Kewajipan mencintai para sahabat baginda s.a.w
5. sentiasa berselawat mengingati baginda s.a.w 
6. Sentiasa mengkaji, menelaah, mendalami secara teratur dan menghayati setiap sirah Rasulullah s.a.w dari A-Z.
 7. Mencontahi segala perilaku, sikap dan kesemua yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w


Sunday 13 January 2013

KiSaH Di sEbAlIk tAbIr mInGgU PePeRIkSaAn

Salam kasih sayang kerana ALLAH...

Kisah minggu terakhir peperiksaan akhir semester menjadi khabar perkongsian untuk hamba yang lemah bernama Wardah Zinnirah dan tatapan sahabat2 yang mengunjungi blog ini...

Kaki tenang melangkah ke dewan peperiksaan di saat segala usaha di serah pada ALLAH...Hamba ALLAH ini mencari kekuatan dan kemudahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Jelas kelihatan calon2 peperiksaan berpusu2 masuk ke dewan peperiksaan & masih ramai juga yang sempat membelek dan meneliti setiap baris kata yg tersusun dalam buku yang dipegang sentiasa...Hamba ALLAH ini tersenyum pantas fikirannya berhalusinasi

"Erm...macam mana agaknya suasana di padang mahsyar nanti???Adakah aku sempat memenuhi bekalanku untuk ke sana?? Persediaan demi persediaan dibuat demi menghadapi peperiksaan di dunia, bagaimana pula dengan ujian dan peperiksaan akhirat, adakah aku telah mempersiapkan diriku untuk ke sana???

Bila sahaja 'exam dunia' pelajar2 sibuk melakukan persiapan fizikal, mental & rohaninya...fizikalnya dipenuhi dengan rehat yang baik demi menghadapi peperiksaan, makanan yang mencukupi, makanan2 tambahan turut diambil....Bagaimana pula mentalnya? Oh, sudah pasti dipersiapkan dengan membaca dan menelaah hampir kesemua subjek yang bakal dihadapi peperiksaan...penuh ilmu di dada untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Belajar bersungguh sehingga tidak cukup masa 24 jam yang ALLAH anugerahkan kepada kita. Rohani? Sudah tentu hubungan dengan ALLAH sangat dijaga...solat awal waktu, zikrullah sentiasa meniti dibibir, amalan2 sunat menjadi rutin harian, al-Quran sentiasa dibaca demi mencari ketenangan sepanjang berlangsungnya peperiksaan.

Ini suasana yang sering berlaku jika tsunami peperiksaan melanda. Tak percaya? Cuba tepuk dada tanya diri dan sahabat sekeliling kita....

Bagaimana pula dengan peperiksaan Akhirat kita? Setakat mana usaha yang kita buat untuk menambah bekal kita ke sana? Wardah pun tengah tanya diri sendiri ini...bila exam ja kita buat macam2 persiapan tapi persiapan akhirat kita bagaimana? Adakah sehebat persediaan kita menghadapi peperiksaan dunia @ berganda lagi usahanya? Wardah tepuk dada tanya iman Wardah. Sahabat2 pun sama tau.

tAk sUsAh nAk jAdI BaIk aSaL kItA PaNdAi mUjAhAdAh dIrI :)
PeSaNaN BuAt dIrI YaNg SeNtIsA LuPa. 

                      Hadapi imtihan terakhir dengan sebaiknya sahabt2ku;)

Friday 4 January 2013

warkah buat adinda

Adindaku...
Bertuah diriku memiliki seorang adik perempuan yang sangat penyayang...

Walau terkadang adik sangat tegas dan garang...

Kami kembar tapi tidak serupa...kami sama tapi ada bezanya...kami gembira bersama menelan pahit manis kehidupan.

Walau terpisah di mana pun kita tetap digelar adik beradik.

Takkan pernah terputus hubungan persaudaran ini selagi kita bergelar adik beradik

Harapan kakakmu agar satu2nya adik perempuan yg ada ini menjadi mujahidah solehah dambaan syurga...
Harapan kakakmu, agar satu2nya adik perempuan yg ada ini bisa memberi kebahagiaan kepada keluarga kami.
 Kita pernah bertikam lidah, kita pernah bergaduh menarik muka masam, kita pernah tidak bertegur sapa...
Namun semua itu fitrah dalam berkeluarga...harapanku, agar kita saling memaafi dan memaafi.

ku merindui gelak tawamu...ku menanti pesan-pesan nasihatmu, ku teringat saat kita leka memasak di dapur bersama mama...moga kenangan itu bisa diraih semula suatu saat nanti...

Terima kasih adik buat satu2nya adik perempuanku yang telah mewarnai kanvas kehidupanku selama hampir banyak tahun kita bersama-sama meniti hidup keluarga bahagia.

 SaLaM iMtIhAn bUaT AdIk PeReMpuAn tErsAyAnG...

                                              SaLaM SaYaNg bUaT AdIk tErCHiNtA