Sunday 13 January 2013

KiSaH Di sEbAlIk tAbIr mInGgU PePeRIkSaAn

Salam kasih sayang kerana ALLAH...

Kisah minggu terakhir peperiksaan akhir semester menjadi khabar perkongsian untuk hamba yang lemah bernama Wardah Zinnirah dan tatapan sahabat2 yang mengunjungi blog ini...

Kaki tenang melangkah ke dewan peperiksaan di saat segala usaha di serah pada ALLAH...Hamba ALLAH ini mencari kekuatan dan kemudahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Jelas kelihatan calon2 peperiksaan berpusu2 masuk ke dewan peperiksaan & masih ramai juga yang sempat membelek dan meneliti setiap baris kata yg tersusun dalam buku yang dipegang sentiasa...Hamba ALLAH ini tersenyum pantas fikirannya berhalusinasi

"Erm...macam mana agaknya suasana di padang mahsyar nanti???Adakah aku sempat memenuhi bekalanku untuk ke sana?? Persediaan demi persediaan dibuat demi menghadapi peperiksaan di dunia, bagaimana pula dengan ujian dan peperiksaan akhirat, adakah aku telah mempersiapkan diriku untuk ke sana???

Bila sahaja 'exam dunia' pelajar2 sibuk melakukan persiapan fizikal, mental & rohaninya...fizikalnya dipenuhi dengan rehat yang baik demi menghadapi peperiksaan, makanan yang mencukupi, makanan2 tambahan turut diambil....Bagaimana pula mentalnya? Oh, sudah pasti dipersiapkan dengan membaca dan menelaah hampir kesemua subjek yang bakal dihadapi peperiksaan...penuh ilmu di dada untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Belajar bersungguh sehingga tidak cukup masa 24 jam yang ALLAH anugerahkan kepada kita. Rohani? Sudah tentu hubungan dengan ALLAH sangat dijaga...solat awal waktu, zikrullah sentiasa meniti dibibir, amalan2 sunat menjadi rutin harian, al-Quran sentiasa dibaca demi mencari ketenangan sepanjang berlangsungnya peperiksaan.

Ini suasana yang sering berlaku jika tsunami peperiksaan melanda. Tak percaya? Cuba tepuk dada tanya diri dan sahabat sekeliling kita....

Bagaimana pula dengan peperiksaan Akhirat kita? Setakat mana usaha yang kita buat untuk menambah bekal kita ke sana? Wardah pun tengah tanya diri sendiri ini...bila exam ja kita buat macam2 persiapan tapi persiapan akhirat kita bagaimana? Adakah sehebat persediaan kita menghadapi peperiksaan dunia @ berganda lagi usahanya? Wardah tepuk dada tanya iman Wardah. Sahabat2 pun sama tau.

tAk sUsAh nAk jAdI BaIk aSaL kItA PaNdAi mUjAhAdAh dIrI :)
PeSaNaN BuAt dIrI YaNg SeNtIsA LuPa. 

                      Hadapi imtihan terakhir dengan sebaiknya sahabt2ku;)

No comments:

Post a Comment