Monday 14 January 2013

Salam RABIUL AWAL :)

Salam Rabiul Awal untuk semua...

Al-Hamdulillah...ALLAH masih memberi kita nafas untuk menikmati bulan Rabiul Awal. Hari ini dah 3 RABIUL AWAL 1433H. 

Bila kita sebut mengenai bulan RABIUL AWAL tentu ramai dapat mengaitkannya dengan bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w)...Mari kita sama2 telusuri kisah di sebalik bulan RABIUL AWAL.

DEFINISI 

Bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok & bunga. Mengikut kebiasaan di Tanah Arab, ketika bulan RABIUL AWAL pokok2 mula berbunga dan berbuah.

PERISTIWA BERSEJARAH BULAN RABIULAWAL

Kedatangan bulan ini amat dinanti-nantikan oleh semua umat muslimin dan amat diingati sehingga sekarang. Bulan ini menjadi titik sejarah kelahiran & kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Sebagaimana ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud:
2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Kehadiran baginda s.a.w banyak memberi kesan positif kepada manusia keseluruhan dan umat Islam sejagat. Nabi Muhammad sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Baginda s.a.w mengharungi berbagai macam ujian demi melihat keamanan Islam dapat dinikmati alam sejagat. 

HIKMAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W 

Nabi Muhammad s.a.w sangat mencintai keseluruhan umatnya sehinggakan pada saat2 akhir kehidupan baginda s.a.w, baginda masih menyebut "ummati, ummati, ummati." Bagaimana pula dengan sikap dan kesungguhan kita? Adakah kita turut mencintai dan mengasihi Nabi Muhammad dengan sentiasa mengingati baginda s.a.w? Tepuk dada tanya iman kita. Sejauh mana bibir menutur kata cinta & rindu kepada Rasulullah s.a.w membuatkan kita bertindak seiring dengan apa yang kita tutur. Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi adakah pengakuan kita itu benar seperti bicara hati kita? 

Iqbal pernah mencuba lukiskan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w dengan kata2nya:
Sungguh hati Muslim dipateri cinta nabi
Dialah pangkal mulia
Sumber bangsa kita di dunia
Dia tidur di atas tikar kasar
Sedang umatnya menggoncang takhta Kisra
Inilah pemimpin bermalam-malam terjaga
Di Gua Hira' Baginda bermalam
Sehingga tegak bangsa, hukum & negara
Kala solat pelupuknya tergenang air mata
Di medan perang pedangnya bersimbah darah
Dibukakan pintu dunia dengan kunci agama
Duhai, belum pernah insan melahirkan 
Putera semacam Baginda s.a.w

Mari kita sama2 mencintai & merindui Rasulullah s.a.w dengan
1. Berpegang tetap kepada sunnahnya, melaksanakan segala suruhannya
2. Kewajipan untuk berlaku ikhlas, jujur dan tulus kepada baginda s.a.w
3. Kewajipan menghormati baginda s.a.w. sebagai pesuruh ALLAH
4. Kewajipan mencintai para sahabat baginda s.a.w
5. sentiasa berselawat mengingati baginda s.a.w 
6. Sentiasa mengkaji, menelaah, mendalami secara teratur dan menghayati setiap sirah Rasulullah s.a.w dari A-Z.
 7. Mencontahi segala perilaku, sikap dan kesemua yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w


No comments:

Post a Comment