Wednesday 24 July 2013

Salam Ramadhan al-Mubarak ^_^

SATU HARI SATU BUKU

SubhanALLAH...hari ni dah masuk 16 Ramadhan 1434H. Cepatnya masa bulan Ramadhan berlalu.
Baiklah hari ni QalamWardahZinnirah nak cerita tentang buku. Wardah Zinnirah sempat membeli sebuah buku baru bertarikh 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadhan 1434H. 

Penulis diajak oleh sahabat2 untuk keluar membeli-belah di Kompleks PKNS Bangi. Terima kasih banyak2 kat kak syusyu, kak mira dan raihan sebab sudi bawa penulis jalan2. Jalan punya jalan ingat nak cari baju rayer tapi semuanya mahal lagipun mama dah sediakan baju rayer untuk puteri sulungnya. Jadi penulis dan seorg sahabat memilih singgah di kedai buku. Wah...banyaknya buku! SubhanaALLAH...Lagi seronok kalau dapat beli.

Belek punya belek penulis pantas mengambil buku bertajuk "Semuanya Soal Hati" karangan Pahrol Mohamad Juoi. Menarik tajuk buku tentang hati. Macam mana nak merawat hati? Macam mana nak jaga hati? Macam mana nak bagi hati kita sentiasa ingat ALLAH? Iman & hati. Ha..ni bukunya...



Dah ada buku ni? Belum? Jom bedah buku ni!

Seronok sebenarnya baca buku & penulis nak ajak semua baca buku tapi pandai2lah pilih buku. Kebanyakan orang memberi persepsi bila membaca buku pasal hati tentu ada kaitan dengan cinta. Benar hati memang ada kaitan dengan cinta tapi hati juga ada kaitan dengan perasaan2 lain...gembira, bahagia, sedih, marah, sabar, sayang, pengorbanan, perjuangan, mujahadah semuanya memerlukan kekuatan hati.

Buku karangan Pahrol Mohamad Juoi ni juga membantu dan menjadi vitamin tambahan kpd pembentukan hati individu muslim. Buku yang penuh dengan informasi, warna warni, ilustrasi, isi2 penting yang diolah dengan cara yang menarik, cerita2 iktibar dan yang penting ada ayat2 Quran yang mengisi kekosongan buku. 

Memetik kata2 penerbit Telaga Biru Sdn. Bhd. dalam buku ini, "untuk mengetahui sejauh mana ALLAH mengingati kita, tanyalah hati sendiri sejauh mana kita mengingatiNya."

This book give me spirit to read a lot of books in other to get and gain the knowledge. I love the books.

Niat penulis cuma satu mahu berkongsi betapa bahagianya akal fikiran dan hati kita bila dapat membaca buku2 yang memberi makanan khususnya kepada rohani kita. Gambar2 di bawah adalah antara isi2 menarik yg terdapat dlm buku ni.







Ha...apa tunggu lagi jom kita dapatkan buku ni! Jika tak berkemampuan pun boleh tengok online. Penulis bagi link dengan web Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yer.

  
Marilah kita sama2 menilai bagaimana kedudukan hati kita. Adakah telah bersedia menghadapi hari akhirat sana? Adakah kita bisa membawa amal kebajikan kita di sana. Usah hanya memikir soal cinta pada manusia yg tak pernah semata tapi hati kita harus di isi & digilap dengan cinta pada Rabb yang Maha Esa. InsyaALLAH cinta yg lain bakal menyusul tiba.

Thursday 11 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak 2 ^_^

Sahabat Sejati Dunia Akhirat

Jom tengok video ni! Tentu sahabat semua ‘happy’ menonton video ni...video tentang pengalaman penulis bersahabat dengan Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan ini. Jom jadi hamba ALLAH yang menghargai kewujudan Al-Quran dengan membaca & mentadabburnya. 




                         


Ahlan Ya Ramadhan al-Mubarak ^_^

Sahabat Sejati Dunia Akhirat


Sepanjang keberadaan penulis di bulan Ramadhan dan keseorangan di kolej kediamannya, dia menjadi teman sejati penulis. Dia tanpa jemu dibaca, dibelek dan dihayati. Malah, hampir setiap hari dia menemani tidur penulis terutamanya di bulan Ramadhan.


Bukan niat penulis nak berbangga atau membesar diri, cuma nak mengajak semua umat Islam menghayati isi Al-Quran. Tahu Al-Quran itu memberi penawar pada hati kita, tapi kenapa kita tak cuba untuk membaca atau sekurang-kurangnya membelek setiap bait kata cinta indah dari ALLAH?
Sedar diri keseorangan tanpa sahabat di sisi, penulis memilih Al-Quran sebagai teman dan sahabatnya terutama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Al-Quran inilah yang menjadi sahabat sejati dunia akhiratnya.

‘Buku’ dan ‘majalah’ yang tak pernah jemu dibaca oleh penulis. Ditatap kala resah atau gembira, dihayati kala bersendirian atau berjemaah, dikelek kala sibuk atau lapang. Bahkan Al-Quran menjadi sebahagian dari kecintaan penulis berbanding banyak buku yang ada dalam koleksi penulis.


Dalam banyak-banyak buku yang penulis ada, kalamullah menjadi pilihan hatinya pengubat di kala terluka, penenang di kala gelisah. Andai semua manusia tahu kelebihan isi Al-Quran ini, sudah pasti mereka lebih memilih Al-Quran berbanding buku-buku hiburan yang lain.

Andai diri dilanda masalah, Al-Quran menjadi rujukan. Hatinya kembali tenang. Bila membuka Al-Quran seolah-olah penulis sedang membaca surat cinta dari ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH rawat hatinya yang luka dengan penawar Al-Quran. ALLAH sejukkan hati penulis yang sedang marah pada manusia dengan hanya membaca Al-Quran.

ALLAH seolah-olah berbicara kepada penulis bahawa “Kamu tidak bersendirian di dunia ini. Kamu ada ALLAH & kamu ada Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidupmu. InsyaALLAH kamu tidakkan sesekali sesat.”

Jika tidak berkesempatan untuk membaca Al-Quran, penulis akan memasang ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi ada pada ‘notebook’nya. 24 jam sehari dipasang memang memberi kesan yang mendalam pada hati penulis. Rasa seolah-olah ada teman di sisi walaupun berseorangan.

Biarpun tak baca Al-Quran sekurang-kurannya mendengar bacaan ayat suci Al-Quran sudah dapat menenangkan hati penulis. ‘Notebook’ penulis memainkan peranan saat penulis tidur. Tidur bertemankan alunan suci Al-Quran. SubhanALLAH...sangat indah. Bila bangun dikejutkan oleh alunan ayat Al-Quran dan deringan telefon bimbit penulis.



Criter pasal Al-Quran, penulis pernah dapat hadiah Al-Quran tafsir dalam bahasa Inggeris oleh bapa angkat dari Singapura. Mashaf Al-Quran ini sangat berguna buat penulis terutama bila nak terjemahkan ayat Quran ke bahasa Inggeris. Penulis juga boleh tambah ‘vocab’ bahasa Inggeris.






Monday 8 July 2013

Bila Rindu Bertamu

Ucapan Tersekat belum Terungkap

Esok 1 Ramadhan 1434H. Detik penulis menyambut puasa bersama-sama adik-adik tamhidi yang masih menginap di kolej kediaman kami. Biarpun sambutannya sederhana tapi kami masih bersyukur di kurnia peluang oleh ALLAH untuk menikmati Bulan Ramadhan.


Sedihnya Ramadhan tahun ini penulis tidak dapat berpuasa bersama-sama ibu, ayah dan adik2 di kampung halaman. Rasa rindu sangat menghentam hati penulis. Rindu pada gelagat nakal adik-adik di rumah yang suka menolong bila ibu nak menyediakan masakan untuk berbuka puasa...rindu pada wajah suci ibu yang asyik memasak untuk kami sekeluarga...rindu pada gelagat adik2 yang kepenatan bila bermain di bulan Ramadhan.



Adik2 lelaki kesayangan penulis.


Penulis paling rindu pada wajah tenang sang ayah mengalunkan ayat Al-Quran hampir setiap masa. Suara ayah sangat merdu menjemput ketenangan di hati kami anak-anaknya. Terkadang ayah mengajak kami bertadarus bersama-sama. Ayah adalah anugerah terbaik yang ALLAH kurniakan pada penulis. Sungguh manis kenangan itu.


Tambahan, Ramadhan telah menghampir, jadi rindu itu makin bertambah dan bertambah. Tak salah kan rindu pada ibu ayah? Adik2 kat rumah dah memanggil kakak pulang, tapi hati penulis kena kuat dan ini dinamakan pengorbanan. 


Bila fikiran melayang memikirkan ibu ayah di kampung, penulis cuba mencari masa menelefon si ibu. Suara tenang sang ibu menyambut gegendang telinga anak. Luluh segala duka si anak. Dia berbicara dengan ibu...kisah perjalanan harian sebagai pelajar...disibukkan dengan jadual kuliah yang tersusun. Ibu mendengar penuh minat sambil sesekali menyampuk, "Memang itulah adat belajar. Belajar bukan mudah...usaha yang penting. Anak ibu mesti kuat..belajar baik2. InsyaALLAH."


Ucapan rindu dan sayang sukar untuk penulis ungkapkan pada ibu dan ayah. Hanya hati dan perbuatan yang menunjukkan penulis menyayangi ibu dan ayah. Penulis cukup takut suatu saat penulis tak bisa mengucap kata itu lagi. Doa dan doa menjadi pengikat kasih sayang kami terhadap ibu dan ayah. Penulis sangat berharap suatu saat penulis mampu dan diberi kekuatan untuk menutur kata cinta dan sayangnya penulis pada ibu dan ayah dengan membisikkan pada mereka "Puteri sulung kalian sangat menyayangi mama & ayah keran ALLAH."


Salam Ramadhan kareem khusus buat mama & ayah...insyaALLAH nanti kita bersahur & berbuka sekali. Tak lupa buat adik2 di rumah...jangan nakal2 tau...selalu lah tolong mama.

Sayang kalian kerana ALLAH.


Mama & ayah tercinta.

Tak lupa salam Ramadhan kareem buat abang, kakak, & adik perempuan tersayang.





Teristimewa buat Damia anak saudara penulis yang baru lahir ke dunia...salam Ramadhan.




Sunday 7 July 2013

Salam Ramadhan Kareem

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Pejam celik esok lusa dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu secepat air terjun yang mengalir laju walau penghalangnya adalah batu. Sebelum terlambat penulis mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Moga ALLAH mengurniakan keberkatan kepada umat Islam keseluruhannya dalam menjalankan ibadah puasa tahun 1434H ini.



Bicara tentang puasa masing-masing ada pengalaman tersendiri dalam menjalankan ibadah puasa. Kenangan manis tentunya berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga tersayang. Betul tak? Sayangnya, tahun ini penulis tidak dapat menyambut 1 Ramadhan 1434H bersama-sama keluarga. Kenapa yer?

Penulis mengambil keputusan menyambut Ramadhan bersama-sama sahabat-sahabat di universiti. Menyelesaikan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar serta ahli jawatankuasa kolej kediaman di universiti tempat penulis belajar sekarang. InsyaALLAH...pengalaman ini takkan diulang kembali kerna penulis bakal bergelar graduasi tidak lama lagi. Jadi, penulis merebut peluang bersama-sama sahabat di bulan Ramadhan ini.


Ramai yang bertanya kenapa penulis tidak pulang ke kampung halaman terus sedangkan sekarang adalah masa cutinya. Jawapan penulis mudah, nak mengajar diri erti pengorbanan dan merasa rindu yang mendalam pada keluarga bila berjauhan. Berkebetulan ibunda & ayahanda tercinta memberi izin kepada penulis untuk menetap di sini sehingga akhir Ramadhan. Ya...moga ALLAH mengurniakan kekuatan hati kepada penulis dan adik-aik tamhidi yang masih meneruskan pembelajaran dan perjuangan di sini.

Moga Ramadhan kali ini memberi makna yang sangat berharga dan mengajar penulis menjadi manusia yang menghargai nikmat-nikmat kurnia ALLAH yang ada di sekelilingnya.

Walau tidak dapat merasa masakan mama, tak dapat nak tolong mama dan adik-adik memasak, tak dapat nak tatap wajah mama saat mama asyik memasak dan menyediakan makanan sahur atau berbuka puasa, tak dapat layan adik-adik yang penat menahan puasa, tak dapat nak tengok gelagat lucu ayah melarang adik-adik tidur, dan tak dapat dengar suara emas mama mengejutkan kami dari tidur untuk sahur bersama...penulis tetap redha dan cuba untuk menguatkan hatinya bahawa ada hikmah di sebalik kisah sedih ini.

Ramadhan kali ini penulis menyambutnya di perantauan. Harap tidak pernah penulis lupa pada kampung halaman biarpun berjauhan. Redha dan syukur mengajar penulis berdiri dengan baik walau terkadang berdirinya hampir rebah.

Ramadhan tetap di sambut meriah walau tidak bersama keluarga tersayang. Asalkan madrasah Ramadhan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaan penulis dan umat Islam seluruhnya untuk meneruskan kehidupan akan datang. Kat mana pun kita berada jangan lupa kita tetap berdiri di bumi ALLAH...kita tetap menjadi hamba dan khalifahNya di muka bumi ini...dan kita tetap wajib melakukan ketaatan kepadaNya.




Pena Pengalaman QalamWardahZinnirah ^_^

Saat Diri di Uji...ALLAH yang Kami Cari

Ya ALLAH...berikanlah kakuatan kepada hatiku saat aku merasakan seluruh jiwaku remuk dihentam ujian yang mendatang. Ya ALLAH...tenangkanlah hatiku, pujuklah jiwaku untuk redha menerima jentikan kasih sayangMu. Diriku tidak bersendiri di dunia ini kerana ku ada TUHAN yang sentiasa memerhati. Usah Engkau biarkan kepalaku berat memikir hikmah dari ujian ini, biarkan sahaja dia tenang melalui harinya dengan Engkau di sisi.

Ya ALLAH...Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang terselit dalam sanubari hambaMu yang dahagakan cintaMu. Ya ALLAH...Engkau Maha Menenangkan hambaMu. Berikan diriku sedikit waktu untuk memahami setiap perancangan rapiMu terhadap kehidupanku. Andai saat ini Engkau menguji diriku  kerana mahu melihat ku menjadi hambaMu yana paling dekat denganMu...diriku redha Ya ALLAH.

Sudahku bilang pada hati, separuh hatiku ku letak di surau. Rumah ALLAH yang sangat menenangkan jiwa dan melapangkan dada. Masuk sahaja rumahMu dan menjadi tetamuMu diriku seakan dibuai ketenangan. Tiada seorang pun yang mampu menyekat hubunganku denganMu...ya TUHAN. Tambahan kehadiran bidadari-bidadari tetamu ALLAH mendamaikan fikiranku yang kusut. Hanya padaMu kami memohon perlindungan dan ketenangan.

Di surau inilah diriku belajar mengawal keresahan jiwa, diriku belajar mengenal persahabatan suci didasari kerana ALLAH, diriku belajar menambah ilmu pengetahuan dan makanan rohani, diriku belajar hubungan dengan ALLAH saling berkait dengan hubungan dengan manusia. Tak kurang diriku belajar memuhasabah diri menjadi insan yang hanya mencari pandangan ALLAH.



Jiwa manusia tak pernah serik dicucuk sang syaitan dan nafsu. Namun diriku tetap mahu ke surau mencari cahaya dalam gelap pekat malam. Mencari cahaya yang bisa menenangkan jiwa. Mendidik diri menjadi hamba ALLAH yang redha dengan aturan kehidupannya.


Jom, saksikan kenangan indah bergelar bidadari-bidadari tetamu ALLAH di surau kolej kediaman penulis bersama-sama sahabat biarpun berbeza umur! 



  
Salam Ramadhan Kareem buat adik2 tamhidi yang disayangi kerana ALLAH.
Moga kita bisa menjalankan ibadah puasa ini dengan baik
walau tanpa keluarga di sisi.

Wednesday 3 July 2013

Pena Kasih Ramadhan QalamWardahZinnirah ^_^

Salam Ramadhan Kareem ^_^

Gambar yang sempat di edit :-)



Ni lagi satu gambar yang sempat di edit :-)


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Setiap nafas yang kita hirup
Setiap langkah derap kaki yang berjalan
Setiap ketenangan yang singgah di hati
Setiap akal yang waras berfikir
Setiap jasad yang dipinjam kepada manusia
Pasti ada Pencipta yaang Maha Mentadbir
Pasti ada kebesaran Tuhan yang Maha Kuasa
Pasti terserlah cinta ALLAH 
Pada hambaNya
Dikurnia Ramadhan 
buat hambaNya yang berfikir
Betapa besar kasih sayangNya
terhadap umat manusia
Adakah kita bersyukur dengan nikmatNya?
Adakah kita akur dengan kehendakNya?
Adakah kita menitip rasa sayang kita padaNya?
Tepuk dada tanya iman kita...

Andai ini Ramadhan terakhir bagi kami
Izinkan kami menggapai redhaMu...Ya ILAHI
Andai ini Ramadhan terakhir bagi kami
Usah Engkau biar kami sendiri
Andai ini Ramadhan terakhir bagi kami
Sempurnakanlah kemanisan madrasah Ramadhan buat kami
Sebelum mata terpejam...jasad kaku...kematian ditangisi

Pena Mujahadah QalamWardahZinnirah ^_^

The Latest Books that I brought before Holiday.

Inilah antara tiga buah buku yang sempat dibeli semasa memenuhi undangan perkahwinan seorang sahabat di Pahang sekali gus dapat menambah koleksi buku yang ada di mini perpustakaan penulis. Bertarikh 1 Jun 2013. 


Buku bertajuk ‘Di mana Bumi dipijak’ karangan Abu Hassan Morad menarik perhatian penulis untuk seketika. Kenapa yer? Buku tulisan ayahanda penulis terkenal, Ummu Hani Abu Hassan ini sarat dengan pengalaman-pengalaman Abu Hassan ketika menziarahi negara-negara luar. Buku yang sangat menarik bagi sesiapa yang memang suka melancong dan mengambil pengajaran berharga dari negara-negara lain. Buku ini adalah dokumentasi perjalanan Abu Hassan Morad melihat sendiri kehidupan umat Islam khususnya di negara-negara yang pernah beliau ziarahi seperti Eropah, Timur Tengah, China, Thailand, Australia, Bangladesh, Kemboja dan Bali.



Isinya padat dengan pengajaran-pengajaran berguna buat pembaca. Memetik tulisan Abu Hassan Morad dalam buku ni, “Sesekali menjengah negara begini, akan terasa betapa kurangnya kita berkorban untuk negara Islam. Kadang-kadang Islam hanya tempelan, ritual adat, ikut-ikutan yang tidak memberi apa-apa makna kepada kehidupan kita di atas muka bumi ini. Terasa jauhnya kita berbanding mereka. Banyak perkara yang perlu dilakukan terutamamenggunakan globalisasi untuk membina kekuatan perhubungan sesama Muslim bagi berkongsi kekuatan dalam membantu membangunkan umat Islam yang lemah.”

Selain itu buku ini sarat dengan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam oleh Abu Hassan Morad sepanjang penjelajahannya di luar negara. Gambar-gambar yang ada menjelaskan lagi suasana di negara orang. Buku ini adalah keluaran Galeri Ilmu.Nak tahu lagi banyak tentag buku ni? Jom sama-sama kita dapatkan buku ni!

Buku ke-2 ialah bertajuk ‘Angguk Geleng-Himpunan kisah Dakwah Satira’ karangan Pahrol Mohamad Juoi dan Husna Hassan. Penulis berusaha mendapatkan buku ini setelah tertarik dengan muka depan buku ini dalam iklan buku majalah Solusi. Menurut Kamus Dewan satira bermaksud puisi atau prosa yang mempersenda atau menyindir orang lain. Satira dalam buku ini pula lebih dimaksudkan sebagai penyampaian kisah dakwah secara sindiran tetapi penuh berhikmah.


Buku ini adalah antara keluaran terbaru Telaga Biru Sdn. Bhd. Buku ini banyak memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda di samping mampu membuatkan pembaca mengangguk dan mengelang dengan kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini. Buku ini jugak banyak memberi pengajaran berharga buat pembaca dan masyarakat keseluruhannya.

Golongan yang menjadi sasaran dalam usaha berdakwah dan mendidik masyarakat adalah adalah golongan bijak sederhana dan degil. Jadi buku ini memberi pendekatan mudah dengan merujuk ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 125. Caranya ialah, dengan berhikmah, pengajaran yang baik dan cara berdebat tetapi dengan sentuhan yang paling baik.

Buku ini juga diselitkan dengan pelbagai gambar ilustrasi karton yang melucukan dan memberi jentikan untuk pembaca berfikir lebih mendalam. Menariknya setiap kisah yang dipersembahkan ada diselitkan bersama-samanya pengajaran. Jom baca buku ini!

Buku terakhir yang dibeli ketika asyik mencari buku di kedai buku penulis terpandang buku bertajuk ‘Bicara Ini Demi Ilahi’ karangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku yang dihasilkan oleh seorang ulamak yang terkenal. Diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf dan menjadi buku ‘best seller’ antara buku-buku lain.



Tersentuh hati penulis saat membaca tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada kulit hadapan buku ini, “Bukan mudah untukku berbicara. Pasti ada yang terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menunding sesiapa. Namun demi ummah, aku pedulikan kata nista. Demi agama, aku redah lautan gelora. Kerana aku yakin, DIA akan mengadiliku di sana...” Pantas tangan penulis mencapai buku ini dan membayarnya.

Tenang sekali saat menatap wajah tersenyum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz pada kulit depan buku ini. Tulisan beliau sarat dengan mengingatkan masyarakat mendekati ALLAH. Di samping tajuk-tajuk tertentu yang diulas oleh beliau, turut terdapat puisi-puisi yang diselit bersama dalam buku ini. Sekali lagi penulis memilih untuk memetik kata-kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berbunyi, “Saya memilih untuk turun ke medan ini untuk menyebarkan ilmu, jalan yang pernah diambil oleh para nabi dan rasul. Nawaitunya hanya satu, kerana ILAHI.”

Tertarik dengan bab akhir buku ini yang bertajuk ‘Andai Mampu Lagi Aku Bicara” penulis meneliti setiap bait kata yang lahir dari hati suci milik penulis buku ini menceritakan pengalaman beliau sepanjang jalan dakwah. Beliau turut menceritakan kepentingan ilmu kepada masyarakat dan mengajak semua masyarakat menuntut ilmu dan menyampaikannya kepada sesiapa sahaja.

Saat penulis membaca buku ini, penulis dapat membayangkan penulis buku ini sedang memberi nasihat kepadanya. Itulah dia penangan kita menulis dengan hati dan menyampaikannya juga dengan hati. Andai saat ini ramai yang membaca buku ‘Bicara ini Demi ILAHI’ sudah tentu ramai yang menyedari bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara bukan selam-lamanya. Ramai yang menyedari betapa pentingnya kita sebagai Muslim perlu memusatkan sepenuh ketaatan kepada ALLAH dalam kehidupan harian kita.

Apa tunggu lagi, jom kita dapatkan buku ini dan sama-sama dapat pengajaran dari bait kata indah seorang ulamak!