Sunday 7 July 2013

Salam Ramadhan Kareem

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Pejam celik esok lusa dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu secepat air terjun yang mengalir laju walau penghalangnya adalah batu. Sebelum terlambat penulis mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Moga ALLAH mengurniakan keberkatan kepada umat Islam keseluruhannya dalam menjalankan ibadah puasa tahun 1434H ini.



Bicara tentang puasa masing-masing ada pengalaman tersendiri dalam menjalankan ibadah puasa. Kenangan manis tentunya berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga tersayang. Betul tak? Sayangnya, tahun ini penulis tidak dapat menyambut 1 Ramadhan 1434H bersama-sama keluarga. Kenapa yer?

Penulis mengambil keputusan menyambut Ramadhan bersama-sama sahabat-sahabat di universiti. Menyelesaikan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar serta ahli jawatankuasa kolej kediaman di universiti tempat penulis belajar sekarang. InsyaALLAH...pengalaman ini takkan diulang kembali kerna penulis bakal bergelar graduasi tidak lama lagi. Jadi, penulis merebut peluang bersama-sama sahabat di bulan Ramadhan ini.


Ramai yang bertanya kenapa penulis tidak pulang ke kampung halaman terus sedangkan sekarang adalah masa cutinya. Jawapan penulis mudah, nak mengajar diri erti pengorbanan dan merasa rindu yang mendalam pada keluarga bila berjauhan. Berkebetulan ibunda & ayahanda tercinta memberi izin kepada penulis untuk menetap di sini sehingga akhir Ramadhan. Ya...moga ALLAH mengurniakan kekuatan hati kepada penulis dan adik-aik tamhidi yang masih meneruskan pembelajaran dan perjuangan di sini.

Moga Ramadhan kali ini memberi makna yang sangat berharga dan mengajar penulis menjadi manusia yang menghargai nikmat-nikmat kurnia ALLAH yang ada di sekelilingnya.

Walau tidak dapat merasa masakan mama, tak dapat nak tolong mama dan adik-adik memasak, tak dapat nak tatap wajah mama saat mama asyik memasak dan menyediakan makanan sahur atau berbuka puasa, tak dapat layan adik-adik yang penat menahan puasa, tak dapat nak tengok gelagat lucu ayah melarang adik-adik tidur, dan tak dapat dengar suara emas mama mengejutkan kami dari tidur untuk sahur bersama...penulis tetap redha dan cuba untuk menguatkan hatinya bahawa ada hikmah di sebalik kisah sedih ini.

Ramadhan kali ini penulis menyambutnya di perantauan. Harap tidak pernah penulis lupa pada kampung halaman biarpun berjauhan. Redha dan syukur mengajar penulis berdiri dengan baik walau terkadang berdirinya hampir rebah.

Ramadhan tetap di sambut meriah walau tidak bersama keluarga tersayang. Asalkan madrasah Ramadhan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaan penulis dan umat Islam seluruhnya untuk meneruskan kehidupan akan datang. Kat mana pun kita berada jangan lupa kita tetap berdiri di bumi ALLAH...kita tetap menjadi hamba dan khalifahNya di muka bumi ini...dan kita tetap wajib melakukan ketaatan kepadaNya.




No comments:

Post a Comment