Monday 31 March 2014

Kehilangan MH370 Punya Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah Ya Rabb...masih kami bisa menghirup udaraMu dengan percuma, masih kami menikmati anugerah terbesar dalam kehidupan kami nikmat iman & nikmat Islam, masih Engkau memberi kekuatan kepada penulis untuk berkongsi cerita dalam blognya, masih kami bisa hidup di bumiMu ALLAH dengan penuh nikmat yang melimpah.


Moga dengan nikmat pemberianMu dapat kami menghadirkan rasa tanggungjawab dan memperjuangkan agama Islam walau apa pun pangkat kami di dunia. Ya bila kami memegang amanah sebagai hamba & khalifahNya, kami bertanggungjawab sebagai pendakwah & mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. itu yang terpikul di pundak kami, bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling kami.

Sekarang masih heboh dengan kisah misteri kehilangat pesawat MH370. Kehilangannya betul-betul menggegarkan dunia penerbangan. Ramai juga negara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370 tersebut. Mari sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa penumpang & anak kapal MH370.

Moga-moga ALLAH mengabulkan doa & permintaan kita, moga-moga terungkai misteri kehilangan MH370 ini. Bila seorang muslim melihat peristiwa tragis ini, baginya banyak pengajaran yang menambah dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Ingatlah walau apapun usaha kita semuanya bergantung pada ALLAH yang Maha Esa.

Hari ini dah masuk hari ke-24 kehilangan pesawat MH370. Ada hikmah tersendiri yang ALLAH berikan untuk makhlukNya berfikir tentang kebesaranNya. Teringat penulis pada satu ayat Quran surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ALLAH Maha Mendengar setiap permintaan hambaNya. Ini peluang keemasan untuk kita menyerahkan segala doa setelah berusaha sebaiknya. Walau apa pun yang terdetik di hati kita ALLAH mengetahui segalaNya. Penulis pasti ada sebab tertentu yang ALLAH turunkan kita berdasarkan kisah peristiwa kehIlangan pesawat MH370. Penulis yakin kehilangannya menyebabkan ramai mata hati manusia terbuka untuk akhirnya menyerah pada kuasa maha besar ALLAH.

Usahlah kita mengandaikan sesuatu yang buruk jika kita tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi. Jika ada penyelewengan atau kepalsuan pada cerita MH370, bijaklah kita dalam menilai sesuatu perkara, kerana seorang Muslim itu seharusnya bijak dalam membuat keputusan tahu membeza apa yang buruk & apa yang baik. Bila seorang Muslim mendapat sesuatu khabar, perlulah dia menyelidiki terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian.


Moga MH370 akan ditemui akhirnya. Ameen. Setakat ini sahaja coretan hati penulis pada hari ini moga kita bisa bertemu di lain hari. Buat semua sahabat yang tidak jemu meneliti bait kata yang ada dalam blog ini maaf andai penulis tersalah kata. Terima kasih atas nikmat mata hati yang kalian gunakan untuk membaca ‘post-post’ dalam blog ini. Mohon sahabat-sahabat untuk terus doakan moga blog ini terus terisi untuk kejayaan Islam di dunia.  

Sunday 30 March 2014

Maafkan Aku Duhai Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim…

AL-Hamdulillah Ya ALLAH...Islam masih menjadi pegangan penulis & sahabat-sahabat. Moga Islam terus terlakar kemas di hati semua umat Islam di dunia ini. Pagi yang indah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Bersyukur padaMu Ya ALLAH.

Hari ini penulis mahu mendedikasikan sebuah sajak buat sahabat tercinta yang setia kala yang lain berjauhan. Yang mendekat kala yang lain sibuk dengan urusan tersendiri & terpaksa menjauh. Siapa dia? Dia sahabat dunia & akhirat penulis buat ketika ini. Tidak kira dia faham atau tidak diri penulis, dia tetap sahabat terbaik penulis kerana ketika ini penulis cuma ada dia di sisi. Cerita ini dikongsi untuk tatapan berharga buat semua manusia tiada niat lain yang tersirat di sebaiknya. Hargailah sahabat kita walau bagaimanapun mereka kerana mereka cerminan jiwa kita.

Penulis tidak mampu menuturkan dengan kata-kata walau dia ada di hadapan mata. Penulis memerhati penuh cinta ketika dia diulit mimpi tidur yang lena. Lalu tercipta puisi dari hati ini untuk seorang sahabat. Mungkin sudah lama penulis tidak titipkan rasanya pada seorang sahabat & mungkin sudah lama penulis tidak menitiskan air mata mengingati sahabatnya. Jika hati penulis ada rasa salah yang dia buat pada sahabatnya, pantas al-Fatihah dihadiahkan buat sahabatnya supaya hatinya tidak terus berprasangka. Mari kita baca puisi ini dengan mata hati. Buat insan yang bergelar sahabat moga mengerti isi pena ‘Maafkan Aku Duhai Sahabat’:


Maafkan aku duhai sahabat
Andai sikapku tidak sama dengan sahabatmu
Kerna aku bukan dia sahabat baikmu
Peramah serta penuh senyum bahagia
Aku cuma manusia yang singgah dalam kamusmu
Untuk menagih rasa cinta kerana ALLAH
Diamku penuh makna                         
Sepiku penuh cerita
Marahku pemusnah kasih antara kita
Persahabatan itu
Sering diuji ALLAH
Adakah kita sedang diujiNya?
Mahu melihat bagaimana kita menghadapinya
Maaf aku tak bisa menjadi sahabat terbaik untukmu
Maaf kerna aku tak pandai mencurah rasa sayang padamu
Maaf aku tak bijak menyusun kata sebaik sahabat
Yang menjadi dambaan & impianmu
Aku hanya bisa menjadi diriku dalam persahabatan ini
Aku juga tidak mengharap lebih darimu
Cukup kita bersahabat kerana ALLAH
Berjumpa & berpisah keranaNya
Maaf aku punya kelemahan dalam memahami dirimu
Terima kasih atas persahabatan ini duhai sahabat
Terima kasih atas kenangan yang terlakar antara kita
Aku sangat menghargainya
Kerana kehadiranmu banyak mengajar aku sabar
Kerana kehadiranmu banyak menwarnai kehidupanku
Kerana kehadiranmu sungguh membawa makna kemanisan persahabatan sebenar


Moga warkah cinta buat sahabat ini akan menambah rasa sayang penulis pada sahabatnya.  Moga selepas ini penulis masih bisa melihat senyum dibibirmu sahabat, bisa melihat ketawa dalam bicaramu, bisa mendengar cerita perkongsian daripadamu sahabat, bisa berkongsi suka duka hidup di perantauan ini, moga persahabatan kita kembali bercahaya dengan rahmat kasih sayangNya. Usah diam membisu membiar penulis tertanya-tanya apa kesalahan penulis dalam persahabatan ini. Bicara sahaja supaya terungkai sebak di jiwa.


Penulis mahu bersangka baik pada semua sahabat-sahabatnya walau terpaksa menelan pahit di jiwa. Biar ALLAH mengubati luka ini, biar ALLAH menyapu penawar bagi kesakitan & kesedihan ini. Sahabat, doa tidak pernah putus untuk insan yang bernama sahabat. Maafkan aku duhai sahabat.

Thursday 27 March 2014

Salahkah Menutup Aurat?

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam Jumaat Kareem

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Al-Hamdulillah permulaan yang baik bagi seorang muslim untuk memulakan sesuatu dengan nama ALLAH. Al-Hamdulillah, berkat kesabaran yang ALLAH anugerahkan kepada penulis & sahabatnya, Nurul Mardiah bt Fadzil kami masih bisa meneruskan kehidupan di sini. Biar serba kekurangan & serba sederhana.

Pagi ini penulis mahu bercerita tentang aurat. Ya, salahkah menutup aurat? Jika tak salah kenapa pandang kami dengan pandangan yang pelik? Jika tak salah kenapa kacau kami? Jika tak salah kenapa masih memerli kami? Ya, penulis tahu jawapannya setiap yang baik ALLAH hadiahkan ujian & mehnah untuk mengetahui bagaimana hamba-hambaNya menghadapi setiap kebaikan adakah patah semangat atau terus istiqamah?

Manusia fitrahnya sukakan kebaikan walaupun seringkali tenggelam dalam ajakan kejahatan oleh syaitan. Salahkah muslimah menutup aurat? Jawapan mengikut pandangan penulis tidak salah. Apatah lagi disokong oleh kalam suci Ilahi firman ALLAH S.W.T dalam surah an-Nuur ayat 31 yang bermaksud:

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Terang lagi bersuluh tentang penutupan aurat yang disuruh ALLAH dalam al-Quran. Bukan ALLAH nak memaksa hamba-hambaNya tetapi ALLAH nak menjaga & memelihara maruah & tubuh wanita muslimah dari dilihat oleh manusia-manusia yang ada. Jadi, prinsip ini yang dipegang oleh penulis & sahabatnya. Sejak dari sekolah menengah kami diajar untuk memenuhi tuntutan agama ini. Bukan sebab memaksa kami, tetapi mahu menjaga maruah kami. Antara barang kemas yang tertutup rapi dengan yang terhias indah di luar kaca mana yang lebih berharga & terpelihara? Tentunya yang tertutup rapat itu harganya lebih tinggi dari yang biasa. Begitu juga dengan muslimah, perempuan yang tertutup auratnya lebih berharga dari yang biasa. Bukan nak bandingkan untuk mendatangkan marah sesiapa tetapi penulis mahu mengajak semua umat Islam khususnya yang bernama muslimah untuk terus menutup aurat walau di pandang pelik oleh manusia, walau terpaksa menelan pahitnya, kerna menutup aurat itu perintah ALLAH yang mesti dipatuhi.




Apa istimewanya bila muslimah menutup aurat? Mari penulis senaraikan beberapa kelebihan bila muslimah menutup aurat: 1)Sudah tentu mudah bagi muslimah yang menutup aurat untuk menunaikan solat di mana sahaja terutamanya ketika dia dalam tempoh musafir. Tidak perlu membawa telekung solat hanya memakai pakaiannya. 2)Manusia akan cuba menghormatinya & sudah tentu ALLAH juga menghormati & menyayanginya kerana mengikut suruhan ALLAH menutup aurat. 3)Auratnya terjaga & terpelihara. 4)Dirinya juga terhindar dari mahu melakukan maksiat. Tak percaya? Bila dah pakai tutup aurat diri mesti nak buat baik je, tapi kalau nak buat jahat jugak itu hasutan syaitan & bergantung pada iman kita yang terkadang menurun.

Tak kiralah kita perempauan atau lelaki yang memegang amanah sebagai hamba & khalifahNya seharusnya kita menutup aurat. Suruhan menutup aurat bukan paksaan untuk umat Islam tetapi satu kelebihan yang membezakan umat Islam dengan bukan Islam. Jangan ingat perempuan sahaja yang perlu tutup aurat, lelaki pun sama tau.

Adalah hikmah di sebalik perintah ALLAH ini. ALLAH bukan nak memaksa perempuan muslimah, tetapi ALLAH nak menjaga kita, ALLAH sayang kita sebenarnya cuma kita yang tidak menyedari kasih ALLAH dalam setiap suruhanNya. Jadi, marilah duhai muslimah kita sama-sama menutup aurat. Tutuplah aurat kalian sebelum kita tidak punya lagi peluang untuk menutup aurat kerana ketika itu orang lain yang akan menutup aurat kita dengan kain kafan.
Walau apa pun cemuhan & pandangan pelik manusia pada muslimah, teruslah berpegang pada prinsip untuk menutup auratmu kerana ALLAH menganugerahkan aurat untuk kita pelihara sebaiknya bukan untuk didedahkan kecantikan kita pada semua mata manusia.


Baiklah, setakat ini dahulu coretan hati muslimah istimewa buat semua muslimah yang mendamba kasih ALLAH dalam setiap kehidupannya. Moga entri ini bisa memberi manfaat kepada ummah sejagat walau cuma sekelumit kerana penulis teringat pada hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sampaikan padaku walau satu perkataan.”


La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim...

Wednesday 26 March 2014

Gelaran Ustazah Bukan Hanya Pada Pakaian

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...kita masih bisa bersua kembali dalam ‘post’ seterusnya. Syukur padaNya kerana penulis masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini walau dia tidak tahu bila dia akan meninggalkan dunia ini. Mati itu pasti bagi setiap manusia, cuma kita tak tahu bila tiba saat kematian kita kerna itu adalah rahsia ALLAH. Penulis sudah bincangkan topik mati itu pasti sebelum ini, jadi hanya untuk mengingatkan diri agar tak leka dengan keindahan dunia.

Al-Hamdulillah peluang untuk meneruskan penulisannya masih penulis miliki. Jadi, hari ini penulis nak bercerita tentang kehidupannya & sahabat di alam pekerjaan. ‘Gelaran Ustazah Bukan Hanya Pada Pakaian’. Ya, masalah dunia sekarang bila ada manusia yang bercakap tentang kebaikan & berpakaian menutup aurat terus dipanggil dengan gelaran ustazah @ ustaz. Sedangkan sepatutnya gelaran itu sesuai untuk mereka yang betul-betul mendalami & memahami ilmu agama. Orang yang selayaknya menceritakan tentang agama. Lain pula yang terjadi bila berada di bandar ini. Mentang-mentang kami berpakaian sedikit labuh & menutup aurat terus di panggil ustazah.




Bukan tidak suka dengan gelaran itu, cuma sedikit segan. Penulis bukannya orang hebat dalam agama hanya insan biasa mahu mengamalkan prinsip agama sudah di anggap berbeza. Pakaian tidak selalunya menggambarkan dia seorang ustazah. Jika kata-katanya dusta bagaimana? Jika perangainya kurang baik bagaimana? Manusia mudah sekali menganggap seseorang hanya pada luarannya semata sedangkan pepatah Inggeris kata, “Don’t judge the book by its cover.”

Muslimah yang menutup aurat sentiasa di pandang pelik di sini. Mereka seolah-olah ibarat rusa masuk kampung. Pandangan manusia seolah-olah melihat mereka membuat salah sedangkan Islam & ALLAH menuntut perempuan muslimah menutup auratnya dari pandangan umum. Ya, kita bersangka baik pada mereka mungkin mereka tidak tahu apa yang sepatutnya mereka tahu. & ini adalah tanggungjawab individu muslim untuk menegur & menasihati saudara seIslamnya tentang hukum agama.

Pada pendapat penulis, panggilan ustazah sesuai untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran agama bukan hanya kerana dia belajar agama atau berpakaian menutup aurat semata. Lagipun panggilan ustazah ini adalah mulia di sisiNya. Dia mengangkat martabat agama bukan dengan gelaran ustazah tetapi dengan ilmu yang diperoleh & diamalkannya. Bila di pejabat pun nak panggil ustazah, bunyinya pelik.

Manusia ini rambut sahaja sama hitam tetapi hati lain-lain. Jadi, manusia punya banyak ragam, punya banyak perangai. Baiklah, penulis & sahabatnya terima sahaja gelaran itu kerana manusia punya banyak pendapat yang berbeza. Ya, untuk meraikan perbezaan itu kami cari titik persamaan dengan menghargai apa yang rakan sekerja lakukan baik, kami terima, yang kurang baik cuba untuk menegurnya walaupun dalam ramai-ramai pekerja kamilah yang paling muda kerana kami hanya pelatih sementara.

Peluang bersama-sama masyarakat di tempat kerja ini betul-betul membuka mata penulis & sahabat bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat yang sebenar bukan lagi teori seperti yang dipelajari dalam kuliah sebelum ini. Peluang ini yang perlu penulis & sahabatnya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk membina sifat penyayang & yang penting menyebarkan kebaikan Islam pada semua umat manusia yang ada di sekeliling mereka. Ini peluang untuk kami memahami masyarakat....ini peluang untuk menabur keindahan Islam pada yang hak.
Sekian dahulu bicara kata penulis melalui pena buat tatapan diri yang sentiasa lemah & mengharap keredhaanNya di setiap helaan nafasnya, juga buat sahabat semua yang sudi menjengah blog ini terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.

#prayforMH370


Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nasir...

Tuesday 25 March 2014

Usah Biar Blog Anda Sunyi tanpa Cerita

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, dengan nama ALLAH penulis masih hidup & bahagia menghirup udara sebagai seorang Muslim. Moga-moga anugerah terbesar ini sentiasa ada buat kita sehinggalah lidah penulis & sahabat-sahabat mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggalkan alam dunia. Moga-moga kita juga di anugerahkan nikmat syahid di jalan ALLAH. Ameen Ya Rabbal ‘alamiin...

Al-Hamdulillah penulis masih punya semangat & internet untuk meneruskan penulisannya. Mujur juga ALLAH masih sayangkan penulis dengan memberi peluang kepada penulis untuk mencari gali idea-idea yang ada buat menghiasi blognya. Idea yang mencurah datang saat penulis mendekat dengan ALLAH. Ada sahaja ilham-ilham yang mahu digarap saat dirasakan kasih ALLAH memenuhi jiwa penulis. Bukan penulis mahu berbangga diri tetapi penulis mahu kalian semua tahu apa yang ada dalam blog ini adalah hasil curahan idea yang ALLAH kurniakan pada penulis. Pada hakikatnya penulis sangat lemah tanpa pertolonganNya, penulis takkan bisa sesekali bermain dengan kata-kata tanpa kekuatanNya.



Hari ini penulis nak bercerita tentang blog. Kalian semua pasti punya blog sendirikan? Atau suka baca blog kawan-kawan?  Macam mana dengan blog sahabat-sahabat semua? Sunyi tanpa cerita atau meriah dengan kata-kata? Sahabat-sahabat punya hak untuk menentukan bagaimana blog yang kalian rekayasa. Penulis juga punya hak untuk berbicara dalam blognya.
Masih segar di ingatan penulis bagaimana blog QalamWardahZinnirah ini wujud di dunia. Seorang sahabat sibuk mengajaknya membuat blog. Puas memujuk akhirnya penulis setuju membuat blog. Punya susah nak buat blog banyak kali nak ‘sign in’ kata laluan. Mulanya patah semangat, tapi lepas di desak akhirnya siap.

Ini kerana blog ini adalah salah satu subjek yang perlu penulis ambik & kerana nak dapat dalam 10% markah tugasan untuk subjek ini, nak tak nak, penulis & rakan-rakan sekelas kena ada blog sendiri. Dah siap buat & bermacam-macam ‘post’ penulis cuba kongsikan di blog. Bermula dari tiada ‘follower’ hingga sekarang 23 orang pengikut, penulis cuba berkongsi cerita suka dukanya di blog ini.

Tidak di nafikan blog ini hadir pada mulanya kerana terpaksa sebab ‘assignment’ tapi lama-lama penulis merasakan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk terus menggunakan blog. Bukan kerana semakin bertambah pengikutnya tapi kerana di sini ada nilai tambah untuk penulis berdakwah. Menyampaikan & menyebarkan keindahan Islam pada semua orang. Rugi penulis baru kenal dunia penulis blog kerana jika di mulai lagi lama sudah tentu banyak tentang Islam boleh dikongsi.

Kalian pasti punya cerita sendiri tentang blog kalian kan? Jadi, tak seronoklah bila blog kita kosong tanpa cerita. Bayangkan bila ada orang yang ikut blog kita, tetiba rasa kecewa bila tengok blog kita diam tanpa bahasa. Sekurang-kurangnya sahutlah galakan Nabi Muhammad s.a.w sampaikanlah padaku walau satu ayat.



Maklumlah sekarang zaman dah canggih & moden dah tak guna blog ini. Senang guna ‘facebook’ sekali cerita dah berpuluh-puluh kawan ‘like’. Blog juga salah satu alat untuk manusia menyampaikan kebaikan & berkongsi rasa syukur dengan segala nikmat pemberian ALLAH kepada hamba-hambaNya. Usah biar blog kalian sunyi tanpa cerita. Rugi pula kehadiran blog itu jika tiada yang menyelenggara. Kenapa pada mula-mula nak buat blog kita begitu semangat nak cerita itu & ini tengok-tengok akhirnya blog kita dah diam tanpa cerita? Tepuk dada tanya hati kita...Kasihan blog yang kita buat tu.

Bila kita hidup di dunia sebagai hamba & khalifahNya mahu atau tidak kita perlu jadi hambaNya yang menghargai apa yang kita ada. Hargailah blog yang kita wujudkan sebelum ini. Walau sesibuk manapun kita, luangkan masa walau sebentar untuk menjenguk & mencurah idea di blog kerana kita tak tahu mungkin dengan cerita-cerita kita di blog itulah membuka jalan petunjuk ALLAH pada makhluk-makhlukNya yang bernama manusia. Mungkin dengan cerita-cerita itulah mampu membuka pintu hati kita untuk terus mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Panjang pula penulis berceloteh hari ini yer. Minta maaf atas segala khilaf, maaf jika ada yang menyinggung hati sahabat tetapi niat penulis cuma satu mahu mengajak diri penulis & semua sahabat menghargai kewujudan blog yang kita berusaha wujudkannya sebelum ini. ALLAH pasti tak mahu makhlukNya melakukan sesuatu kerja separuh jalan & kalian tentu arif tentangnya.

Ya mungkin suatu saat penulis juga akan berhenti menulis & tiada lagi cerita-cerita yang menghiasi QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Namun selagi ada kemampuan cuba untuk penulis usahakan memenuhi blognya dengan cerita. Mungkin sahabat-sahabat lebih selesa menggunakan cara lain untuk menyampaikan Islam & ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan blog sahabat sunyi sepi. Penulis berlapang dada & menerima alasan kalian dengan hati terbuka.


Hanya satu permintaan penulis pada dirinya & semua sahabat yang membaca ‘entri’ ini jangan kalian putus asa untuk terus menyampaikan kebenaran & keindahan Islam. Ajaklah seramai mungkin manusia untuk merasai manisnya menjadi Muslim biar pada hakikatnya ramai yang membenci kebaikan & Islam. Walau bagaimanapun usaha kalian, usah putus asa. Gunakan blog sahabat-sahabat dengan sebaiknya, usah berhenti di tengah jalan kerna ini bukan wasilah seorang pejuang.

Monday 24 March 2014

Aku Punya Kekasih

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah Ya Rabb...masih dapat meneruskan langkah dalam iman & Islam. Subhanallah sangat indah untuk dinikmati sebagai seorang Muslim. Cinta & kasih sayang kerana ALLAH. Maha Besar ALLAH yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Tiin ayat 4 yang bermaksud:

4. Sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

‘Post’ hari ini tentang aku punya Kekasih. Kita lihat sahaja remaja-remaja Islam terutamanya begitu seronok menjalani kehidupan pergaulan bebas. Tak perlu kita senaraikan di sini siapa yang salah atau siapa yang betul. Hakikatnya remaja sekarang semakin parah. Entah bagaimana mahu diubati penyakit yang kian membarah ini? Ya, harapnya kehadiran warkah ‘Aku Punya Kekasih’ ini bisa menyedarkan hati penulis & remaja-remaja di luar sana siapa sebenarnya yang patut kita cinta. Mari kita baca dengan hati Warkah Cinta: ‘Aku Punya Kekasih’ ini!

“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku mulakan warkah ini dengan namaMU Ya ALLAH moga memberi manfaat pada diri yang mencintaiMu melebihi segala-galanya. Percaya atau tidak aku sudah punya Kekasih. Sejak aku dilahirkan aku punya Kekasih. Malah bonda & ayahanda tidak pernah melarang aku bercinta denganNya. Aku diajar sejak dari kecil untuk sentiasa menyayangiNya.

Aku punya Kekasih...Kekasih yang mampu membahagiakanku melebihi cinta sang manusia. Buktinya saat aku merasa sendiri Dia datang memujuk jiwaku dalam sujud & solat padaNya. Saat aku kesedihan Dia membelaiku dengan kasih sayangNya yang melimpah-ruah. Saat aku bahagia Dia datang menambah rasa bahagia dalam syukur. Saat aku cemburu melihat sahabat-sahabat bersama jodoh mereka, Dia pantas menyabarkanku dengan janjiNya. Dia yang menciptakan rasa cinta & sayang dalam diriku hingga aku mengerti cinta ini adalah milikNya yang abadi. Sepantasnya cinta ini milik Dia.

Aku takut kehilangan Kekasihku ini. Kenapa? Banyak kemungkinan buruk menimpaku jika aku meninggalkanNya. Aku mungkin tidak bahagia di dunia apatah lagi di akhirat sana...aku mungkin juga hidup tanpa arah di dunia ini tanpa pimpinan kasih sayangNya...paling malang hatiku kosong tanpa makna yang mewarnai kehidupan. Aku takut duhai Kekasih. Kerana itu di setiap helaan nafas, ku amat memerlukanMu.

Aku tak sedih bila ramai yang berkongsi kasih denganNya kerana Dia memang menjadi hak semua manusia. Sesiapa sahaja bisa mencintai Kekasihku kerana cintaNya Maha Besar. Aku malah makin kecewa & hiba bila ramai manusia tidak menghargai kasihNya. Bila aku di landa ujian yang hebat hakikatnya tiada manusia yang mampu mengubatiku hanya Kekasihku bisa mengubat luka & masalah ini. Ya, manusia jarang ada di sisi aku, tapi Kekasihku ini sentiasa ada di sampingku sama ada ketika aku bahagia atau derita. Aku paling bahagia membaca kalam cintaNya yang penuh dengan makna. Tanda sayang Dia terhadap insan yang menyayangiNya. Bila aku mahukan sesuatu minta sahaja denganNya, tentu aku akan memperolehnya sama ada cepat atau lambat. Jika dapat apa yang dihajati, al-Hamdulillah, jika tak dapat apa yang dihajati itu tanda Dia nak bagi yang lebih baik untuk aku. Itu yang ayah aku ajar tentang cintaNya.

Aku punya Kekasih...yang menjadi pengubat kala sedih, yang menjadi penenang kala resah, yang menjadi peneman setia kala sendirian gelisah dengan masalah, yang menjadi pencinta kala perindu syahid Ilahi ini tergelincir dari landasan yang benar. Dia Kekasihku yang sentiasa meghiasi rasa cinta dalam jiwa. CintaNya adalah cinta teragung di abad ini malah tiada tandingan pun dengan cinta Mumtaz & Syeikh Jehan dalam merakam cinta  istana Taj Mahal di India.

Aku tahu kalian juga punya kekasih tapi percayalah kisah cinta seorang kekasih dengan Maha Penyayang adalah kisah paling hebat di dunia ini hingga mampu menjadi sebutan oleh makhluk langit & bumi hanya kerana kisah cintaNya. Mahu aku khabarkan pada penduduk dunia bahawa cintaNya maha hebat bisa mengubah benci jadi sayang, bisa mengubah kaca jadi permata, bisa mengubah jahil jadi alim, bisa mengubah jauh jadi dekat kerana cintaNya. Itulah Kuasa Besar Kekasihku yang aku merindui untuk bertemu denganNya kerna hingga saat ini aku masih belum menemuiNya. Indahnya cinta kami yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Cinta kami terpelihara.

Walau aku tak pernah menemuiNya aku tak pernah putus berdoa moga suatu saat aku bisa menemuiNya dalam husnul khatimah. Aku merasai cintaNya dalam setiap nikmat hadiah dariNya. Aku rindu & tersangat rindu untuk menemuiNya & meluahkan rasa cintaku padaNya. Dan aku yakin keluargaku juga tak sabar menemuiNya nanti.

Kalian bagaimana? Masih dengan cinta biasa? Cinta manusia yang hanya membawa kepada kematian? Cubalah kita mengubah langkah mencintai Kekasihku dengan sepenuh hati, kerna yakinlah cintamu bakal terbalas nanti malah bertambah juga cinta yang lain bakal mendekat padamu. Itu yang terbaik untuk qalbu manusia yang mendamba cintaNya.

Baiklah walau belum puas aku bercerita tentang Kekasihku ini, aku mahu mengkhabarkan dengan penuh rendah diri siapa Kekasihku yang sebenar yang bisa aku berkongsi segalanya. Bahkan, Dia Kekasihku tahu semua yang tersirat & tersurat dalam hatiku & Dia yang menentukan jodoh, mati, hidup, bahagia @ deritaku. Dialah ALLAH S.W.T Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang Maha Menciptakan seluruh alam ini. Dialah Kekasihku dunia & akhirat. Dialah cinta hatiku selamanya walau nanti aku terpaksa berbagi cinta insyaALLAH Engkau tetapkanlah hatiku untuk terus mencintaiMu.

Sampai di sini sahaja Warkah Cinta: Aku Punya Kekasih bermadah. Harapnya mampu menghidupkan rasa cinta kita pada ALLAH Yang Maha Esa. Salam sayang kerana ALLAH.”

Ha...macam mana rasa setelah membaca warkah cinta ini? Panjang sudah bicara ‘aku’ dalam warkah ini. Jadi penulis tidak mahu memanjangkan lagi kalam. Setakat ini dahulu bicara cinta hati buat diri & sahabat-sahabat moga bisa memberi manfaat. Jumpa lagi di lain masa dengan ‘entri’ yang lain pula.


SubhanALLAH, al-Hamdulillah, lailahaillallah, ALLAHuakbar. 

Bidadari-bidadari tetamu ALLAH.

Sunday 23 March 2014

Ucapan Terima Kasih

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah Rabbil ‘Aalamiin...Terima kasih Ya ALLAH di atas segala nikmat pemberianMu terutamanya nikmat Islam & iman yang masih menjadi milik penulis & sahabat-sahabat. Ya dengan Islamlah hidup manusia terarah, ya Islam membawa manusia mengenal ALLAH, menjadi insan sebaik-baik penciptaanNya. Syukur atas nikmatMu. Al-Hamdulillah...

Mari kita sama-sama menghayati hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
“Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”
(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi)

Ada tiga pengajaran penting dalam hadith ini, pertamanya tentang taqwa. Apa yang dimaksudkan dengan taqwa? Mengikut hadith 40 taqwa bermaksud sesuatu yang diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya. Juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram. Bertaqwalah kita umat Islam walau ketika berseorangan atau ramai. Ke-2, manusia kebanyakannya selalu melakukan kesalahan dalam keadaan sengaja atau tidak itulah fitrah manusia sering melakukan kejahatan. Namun jika kejahatan itu bisa di balas dengan kebaikan itu adalah yang terbaik. Ke-3,  akhlak & budi pekerti yang baik itu sangat digalakkan oleh agama. Hubungan dengan manusia yang baik mampu menghasilkan masyarakat yang berkasih sayang.

Hari ini kita berbincang tentang ucapan terima kasih. Antara akhlak baik yang patut dihayati oleh umat Islam sekarang ini. Ya, mungkin pada setengah orang menganggap terima kasih hanya ucapan biasa & tidak punya apa-apa makna. Tidak bagi penulis.

Dek kerana itu hari ini penulis mahu bercerita tentang terima kasih. Cuba bayangkan bagaimana jika kita menjadi seorang yang ringan mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memudahkan urusan kita? & cuba bayangkan juga bagaimana jika kita menjadi manusia yang susah mengucap terima kasih pada orang yang buat baik kat kita? Tepuk dada tanya iman kita.

Ringankan mulut untuk mengucap terima kasih pada semua orang yang menabur kebaikan kepada kita, agar kita menjadi insan yang bersyukur. Ucapkan terima kasih pada pemandu bas yang membawa kita ke destinasi walau kita membayarnya, ucapkan terima kasih juga pada sahabat-sahabat yang banyak membantu walau mereka tak pernah meminta, ucapkan terima kasih pada ibu & ayah yang tak pernah lupa mendoakan kita walau bagaimana pun anak-anaknya, ucapkan terima kasih juga kepada rakan sekerja yang membantu kita membiasakan diri dengan suasana baru, tak dilupa ucapkan terima kasih pada sahabat-sahabat blog yang sanggup bersengkang mata membaca setiap isi blog. Moga bermanfaat buat Islam.

Memang benar pada mulanya kita akan menelan kepahitan dengan pandangan pelik mereka, tapi lama-kelamaan ucapan terima kasih itu yang mengikat tali persahabatan & persaudaraan antara kalian. Ya, manis takkan datang tiba-tiba, sama juga pelangi takkan datang tanpa ada hujan terlebih dahulu, sama juga kesenangan takkan datang tanpa kita menempuh kesusahan terlebih dahulu. Betul tak? Jika penulis salah betulkan ea?

Terlebih penting bagi insan yang memegang gelaran muslim untuk sentiasa mengucap terima kasih atau dengan kata lain al-Hamdulillah kepada ALLAH Yang Maha Berkuasa. Tanda syukur kita sebagai hamba & khalifahNya. Jadi, mulai saat ini, mulai detik ini selepas membaca ‘entri’ ini mari kita amalkan budaya mengucapkan terima kasih pada orang yang membantu kita. Bukan susah pun ucap terima kasih sahaja. Sungguh ucapan terima kasih itu kata-kata yang berharga keluar dari mulut insan yang mahu kebaikan dirasai semua biar semua orang dapat melihat keindahan Islam.

Baiklah, itu sahaja coretan & celoteh penulis untuk hari ini sekadar berkongsi apa yang baik, sekadar mahu mengisi masa terluang penulis dengan mengisi blognya dengan  perkara yang baik, moga menyumbang untuk ummah & Islam walau sedikit cuma. Jika masih diberi kesempatan insyaLLAH kita berjumpa di lain hari dalam topik yang lain pula. 

Thursday 20 March 2014

Jangan Biarkan Ibu Menunggumu dalam Majalah SOLUSI 66

Salam Jumaat Kareem


Bismillahirrahmanirrahim...


Al-Hamdulillah peluang masih ada buat penulis berkarya meluah rasa & berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat. Al-Hamdulillah ucapan syukur yang tidak terhingga juga dengan nikmat Islam & nikmat iman yang di anugerahkan ALLAH kepada penulis. Juga Al-Hamdulillah dengan anugerah seorang mama & ayah yang menjadikan penulis seorang manusia & muslimah.

Kali ini penulis mahu berkongsi sebuah buku majalah Islam yang menjadi teman setianya dari satu isu kepada isu yang lain iaitu Majalah SOLUSI isu ke- 66. Majalah pada kali ini membawa tema ibunda, insan hebat yang mengandung, melahir & meyusukan anak-anak. Ibu sangat istimewa kerana tiga tanggungjawab di atas, mengandung, melahir & meyusukan hanya ada pada ibu yang tiada pada bapa. Dek kerana itu bila ada bapa tentu ada ibu. Mereka saling melengkapi & membahagiakan mengikut suruhanNya.


Memetik kata-kata yang terhias indah di kulit hadapan majalah Islam ini, “Sedarlah, pada ibu sudah tidak ada lagi cerita baharu. Yang ada hanya cerita lama yang acap kali diimbau dan dikenangnya. Pada kita mungkin sekadar satu panggilan, tetapi buat ibu, itulah ‘cerita baharu’ yang memberi warna pada hari-hari akhirnya.”  Penulis blog ini benar-benar terkesan dengan bait kata di atas langsung mengingatkannya pada mama di kampung yang saban hari rindu pada suara mama pantas mencapai telefon.

Isu yang diketengahkan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi bertajuk, “Jika Kau Berasa Telah Membalas Jasanya” serius membuka mata hati penulis. Walau sehebat mana kita ingatlah ibu yang telah membesarkan kita walau ibu tidak belajar sehebat kita.

Jika kau berasa berjaya, hebat dengan pangkatmu yang berjela usah kita lupa pada jasa seorang ibu yang membelai & mendidik kita, jasa seorang ayah yang berjaya memilih ibu terbaik untuk kita. Jika kau pejuang agama, hebat menyebar dakwah walau di mana sahaja, semangatmu membakar mahu mengajak orang pada kebaikan tapi satu yang kurang ibumu tidak terjaga, hati ibumu terluka dengan gerak tingkahmu. Bagaimana mahu terbang menuju syurgawi, jika ibumu tidak terlebih disayangi? Jika kau kuat beribadah, bangun malam tanpa menangguh, zikir menemani diri awas jika mengabai panggilan ibu. Redha ALLAH pada redha kedua ibu bapa.

Setiap rangkap dalam artikel ini dihurai hebat dengan kehadiran dalil-dalil sama ada dari al-Quran atau dari As-Sunnah. Tak percaya? Cubalah baca buku ini, pasti kalian akan jatuh cinta. Hebat penulis artikel dalam isu kali ini, hebat bermain dengan masalah yang melanda masyarakat terutamanya remaja yang kurang menghargai kasih sang ibu sayang sang ayah.

Mama penulis? Hanya insan biasa tapi hebat di mata puteri sulungnya. Penulis dah ada hero dan pelengkapnya mestilah ada heroin & heroin penulis adalah mama. Mama pandai dalam semua perkara mengaji, memasak, menjahit, menghias rumah, bercerita, & banyak lagi. Mama bukan suri rumah tetapi pandai menguruskan rumah tangganya. Di sebalik wajah tenang mama ada anak-anak yang sentiasa mama sayang. Ya, mama juga jarang mengucap kata sayang, tapi puteri sulungnya ini tahu bahawa mama amat menyayangi penulis & adik-beradik dengan segala pengorbanan, keringatnya membesarkan kami di samping ayah.

Mama, terima kasih di atas kasih sayang mama terhadap kami anak-anakmu. Terima kasih untuk segalanya mama. Sungguh puteri sulungmu ini sangat menyayangimu kerana ALLAH & sungguh penulis bertuah mempunyai ibu sebaik & secantik mama. Al-Hamdulillah...mama insan terbaik anugerah ALLAH kepada penulis. Hargailah insan bernama mama yang banyak mencurah kasih sayang kepada putera & puterinya.

Lirik lagu Maher Zain ini penulis hadiahkan buat ibunda tercinta walau pada hakikatnya penulis masih milik ALLAH & mama ayah.  Sungguh penulis mahu melihat mama sentiasa tersenyum bahagia hingga ke syurga, sungguh penulis sayang mama cuma tidak mampu diucap dengan kata-kata. Lirik ini kata bicara buat mama.

Maher Zain – Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

                                  Oooh                                   
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you 3X
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me