Monday 17 March 2014

Mati itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah Ya Rabb...peluang keemasan ini masih menjadi milik penulis untuk berkongsi rasa bahagia menjadi muslim yang mengamalkan agama Islam. Biar keindahan Islam itu tersebar kepada semua yang menjenguk blog ini. Biar yang biasa jadi luar biasa, yang baik jadi lebih baik, yang tidak baik bertukar jadi baik, yang Islam terus Islam, yang tidak Islam merasai kemanisan Islam, kerna panahan menulis dari hati terus singgah ke hati.

Penulis tak pandai berkata-kata seperti penceramah-penceramah yang ada, tapi mahu juga menyumbang sesuatu untuk kegemilangan Islam. Jadi penulisan menjadi wadah utamanya. Tak salah kan? Sahabat-sahabat terima kasih kerana memberi dorongan kalian kepada penulis untuk meneruskan penulisan blog ini. Moga jasa baik kalian dibalas setimpalnya oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa.

Baiklah, hari ini penulis mahu bercerita tentang hakikat fitrah manusia yang pasti dilalui oleh setiap insan yang bernyawa, iaitu mati. Yalah, dalam keseronokan kita berbicara tentang dunia ada baiknya kita selitkan ia dengan hakikat manusia yang bakal kembali pada ALLAH, cuma sekarang kita tidak tahu bilakah saat tiba kematian kita? Bilakah Malaikat Maut datang mencabut nyawa kita? Bagaimana keadaan kita ketika menahan sakit sakaratul maut?
Sudah jelas lagi bersuluh dalam surah al-Baqarah ayat 185 tentang hakikat kematian & pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan setiap balasan sama ada balasan syurga atau neraka. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan & akhirat tempat destinasi abadi manusia.

Surah ali-Imran ayat 185 yang bermaksud:

185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

Hari rayer yang lepas kami sempat ziarah kubur allahyarhamah nenek

Ayahanda penulis di samping kubur ibundanya...


Sekali-sekala perlu kita membawa diri mengingati saat kematian supaya tidak tersasar dari tujuan yang sebenar. Ya, sekurang-kurangnya kematian mengingatkan kita bagaimana dengan bekalan akhir kita, mahu berjumpa ALLAH dalam keadaan kita derhaka atau kita di limpahi kasih sayangNya? Itu terserah kerana kita sendiri yang bakal menjalani kehidupan baharu kita. Ketika itu tiada lagi manusia atau ustaz yang boleh menolong kita hanya amal jariah, doa anak soleh & syafaat dari Rasulullah s.a.w bisa membantu kita.

Mari kita sama-sama muhasabah diri! Solatlah kita sebelum kita disolatkan dengan berkain kafan. Rebutlah peluang menabur segala kebaikan sebelum kita sudah tidak punya masa mahu memikir tentang masalah ummah kerna ketika itu malaikat maut sedang menjemput kita menuju ke alam barzakh pula. Hargailah insan-insan yang wujud di samping kita sebelum kita tak punya waktu berbuat demikian kerana mereka telahpun menangisi kepemergian kita ke alam lain. Usah menyesal di kemudian hari duhai diri yang disayangi ALLAH. Percayalah kita masih punya waktu untuk berubah, untuk menemui ALLAH dalam keadaan ALLAH redha terhadap diri ini.


Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang berjaya dalam hidup dunia & akhiratnya kerna dia tahu tujuan akhirnya adalah menemui ALLAH dengan penuh bahagia & redha biar ramai manusia memandangnya dengan pandangan ghuraba’ (asing). Mari kita mengingati saat kematian dalam leka kita melayan keindahan dunia supaya kita tetap menjadi hambaNya yang bersyukur dengan setiap nikmat pemberianNya!

Mari sama-sama kita hadiahkan surah al-Fatihah kepada semua yang telah kembali ke rahmatullah. Moga ALLAH mempermudah segala urusan mereka & dapat memberi kesabaran hati kepada kita yang masih hidup ini. al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment