Monday 3 March 2014

Taman-taman Syurga di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...dengan rahmat & kasih sayangNya dapat penulis meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Ucapan syukur yang tidak terhingga juga dilafazkan oleh penulis kerana pagi ini sudah hampir sebulan penulis berpraktikal di bumi Kuala Langat, Banting, Selangor Darul Ehsan bersama-sama sahabat baiknya. Bermacam-macam dugaan & pengalaman telah kami perolehi semasa berada di sini.



Bermula dengan cabaran tempat tinggal penulis dengan tempat praktikal dalam 15 minit berjalan kaki hinggalah  kesukaran untuk bergerak ke mana sahaja kerana kami hanya mampu berjalan kaki. Setiap pagi kami berperang dengan melintas jalan raya yang sangat sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus melalui jalan raya. Penulis yang sebelum ini sangat takut apabila di ajak melintas jalan raya yang besar kini perlu membiasakan dirinya dan mengenepikan ketakutannya jika tidak dia tentu tak dapat nak meneruskan praktikalnya di sini.

Bila nak membeli barang-barang penulis & sahabat perlu berjalan kaki untuk mendapatkan barang keperluan mereka. Kehidupan di sini agak mencabar tetapi tidak langsung mematahkan semangat penulis & sahabatnya. Malah segala cabaran yang di hadapi memberi satu aura baru kepada mereka. Mengajar mereka hidup dengan berdikari tanpa terlalu bergantung kepada manusia semata.

Kehidupan yang sederhana bisa mengajar manusia untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaNya di samping menjadikan manusia lebih tabah & sabar dalam menghadapi kesederhanaan serta bersyukur dengan anugerah pemberianNya

Al-Hamdulillah, kawasan kejiranan penulis & sahabat sangat baik jika berkesempatan & kebetulan jiran melihat kami berjalan ke tempat kerja, tanpa segan mereka sanggup menumpangkan kami. Bila ke masjid, ahli jemaah masjid sangat ramah & baik hati. Ahli jemaah masjid yang terdiri daripada golongan tua sangat mengalu-alukan kedatangan kami ke masjid.
Tajuk kita pagi ini tentang taman-taman syurga di dunia. Siapa tahu apa itu taman-taman syurga di dunia? Baru semalam masih kuat terngiang-ngiang di telinga penulis tentang kata bicara seorang ustaz yang mengajar di masjid. Katanya, majlis-majlis ilmu itu ibarat taman-taman syurga di dunia sesiapa yang dapat memenuhinya maka beruntunglah baginya. Sifat cintakan ilmu itu yang sepatutnya di tanam oleh umat Islam sekarang bari mendepani musuh-musuh sama ada yang nyata @ yang batil.



Kenapa majlis-majlis ilmu di masjid itu di katakan sebagai taman-taman syurga? Malaikat memayungi & melebarkan sayapnya ketika melihat ada majlis ilmu sedang berlangsung selain doa-doa pencinta ilmu ketika menghadiri majlis ilmu itu langsung didengar oleh ALLAH dan di aminkan oleh malaikat. Ketika itu percayalah kita bisa merasai ketenangan yang berlipat kali ganda, ketika itu harta sudah kita letakkan jauh dari diri kita. Kehadiran kita ke masjid adalah untuk megimarahkan rumah ALLAH. Bukankah rumah ALLAH itu di dalamnya terkandung berjuta rahmat & hikmah buat sang pencintanya.

Duhai sahabat, rebutlah peluang untuk menjadi antara pencinta taman-taman syurga di dunia. Jika kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia ambillah masa untuk bersendiri bersama Tuhanmu di rumah ALLAH, pinta & mengadu padaNya. Doa dengan setulus hati terus dirasakan kasih sayangNya menyelinap di setiap urat nadi kita. Pasti ketenangan yang kita sentiasa impikan sebelum ini akan menjelma. InsyaALLAH...

Di kesempatan ini juga penulis mahu terus mengajak dirinya & sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH untuk istiqamah mendekatkan diri padaNya walau apa pun cara kita asal ALLAH redha. Sebab dengan mengingati ALLAH sahaja hati kita akan menjadi tenang. Peluang tidak datang dua kali, peluang untuk mendekati majlis ilmu sangat banyak, jadi rebutlah peluang itu sebelum kita tidak lagi punya kesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu & merasai sendiri manisnya bercinta dengan ALLAH dalam taman-taman syurga di dunia. Setakat ini dahulu celoteh ilmu dari penulis moga ketemu lagi di lain masa. 

No comments:

Post a Comment