Sunday 30 March 2014

Maafkan Aku Duhai Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim…

AL-Hamdulillah Ya ALLAH...Islam masih menjadi pegangan penulis & sahabat-sahabat. Moga Islam terus terlakar kemas di hati semua umat Islam di dunia ini. Pagi yang indah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Bersyukur padaMu Ya ALLAH.

Hari ini penulis mahu mendedikasikan sebuah sajak buat sahabat tercinta yang setia kala yang lain berjauhan. Yang mendekat kala yang lain sibuk dengan urusan tersendiri & terpaksa menjauh. Siapa dia? Dia sahabat dunia & akhirat penulis buat ketika ini. Tidak kira dia faham atau tidak diri penulis, dia tetap sahabat terbaik penulis kerana ketika ini penulis cuma ada dia di sisi. Cerita ini dikongsi untuk tatapan berharga buat semua manusia tiada niat lain yang tersirat di sebaiknya. Hargailah sahabat kita walau bagaimanapun mereka kerana mereka cerminan jiwa kita.

Penulis tidak mampu menuturkan dengan kata-kata walau dia ada di hadapan mata. Penulis memerhati penuh cinta ketika dia diulit mimpi tidur yang lena. Lalu tercipta puisi dari hati ini untuk seorang sahabat. Mungkin sudah lama penulis tidak titipkan rasanya pada seorang sahabat & mungkin sudah lama penulis tidak menitiskan air mata mengingati sahabatnya. Jika hati penulis ada rasa salah yang dia buat pada sahabatnya, pantas al-Fatihah dihadiahkan buat sahabatnya supaya hatinya tidak terus berprasangka. Mari kita baca puisi ini dengan mata hati. Buat insan yang bergelar sahabat moga mengerti isi pena ‘Maafkan Aku Duhai Sahabat’:


Maafkan aku duhai sahabat
Andai sikapku tidak sama dengan sahabatmu
Kerna aku bukan dia sahabat baikmu
Peramah serta penuh senyum bahagia
Aku cuma manusia yang singgah dalam kamusmu
Untuk menagih rasa cinta kerana ALLAH
Diamku penuh makna                         
Sepiku penuh cerita
Marahku pemusnah kasih antara kita
Persahabatan itu
Sering diuji ALLAH
Adakah kita sedang diujiNya?
Mahu melihat bagaimana kita menghadapinya
Maaf aku tak bisa menjadi sahabat terbaik untukmu
Maaf kerna aku tak pandai mencurah rasa sayang padamu
Maaf aku tak bijak menyusun kata sebaik sahabat
Yang menjadi dambaan & impianmu
Aku hanya bisa menjadi diriku dalam persahabatan ini
Aku juga tidak mengharap lebih darimu
Cukup kita bersahabat kerana ALLAH
Berjumpa & berpisah keranaNya
Maaf aku punya kelemahan dalam memahami dirimu
Terima kasih atas persahabatan ini duhai sahabat
Terima kasih atas kenangan yang terlakar antara kita
Aku sangat menghargainya
Kerana kehadiranmu banyak mengajar aku sabar
Kerana kehadiranmu banyak menwarnai kehidupanku
Kerana kehadiranmu sungguh membawa makna kemanisan persahabatan sebenar


Moga warkah cinta buat sahabat ini akan menambah rasa sayang penulis pada sahabatnya.  Moga selepas ini penulis masih bisa melihat senyum dibibirmu sahabat, bisa melihat ketawa dalam bicaramu, bisa mendengar cerita perkongsian daripadamu sahabat, bisa berkongsi suka duka hidup di perantauan ini, moga persahabatan kita kembali bercahaya dengan rahmat kasih sayangNya. Usah diam membisu membiar penulis tertanya-tanya apa kesalahan penulis dalam persahabatan ini. Bicara sahaja supaya terungkai sebak di jiwa.


Penulis mahu bersangka baik pada semua sahabat-sahabatnya walau terpaksa menelan pahit di jiwa. Biar ALLAH mengubati luka ini, biar ALLAH menyapu penawar bagi kesakitan & kesedihan ini. Sahabat, doa tidak pernah putus untuk insan yang bernama sahabat. Maafkan aku duhai sahabat.

1 comment:

  1. jujurnya tersentap~ moga daku sahabat dunia n akhiratmu ukhtiku Farah Haryanti Yaakob..walau dedikasi ni tak dituju utk ku.. hee..
    farah benar. ukhuwwah adalah pegorbanan salah satunya pegorbanan JIWA..
    ukhuwwah bersifat memberi.. takpe org membenci moga disatu saat nanti dia mengerti.. nak jadi syafaat pada farah kat akhirat nanti.. kita sama2 ye..

    ReplyDelete