Wednesday 12 March 2014

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...usai mencari isi apa yang mahu dimasukkan dalam blog ini. Puas membelek setiap karya yang ada di dalam 'folder', akhirnya penelis menemui sesuatu untuk di kongsi. Sebelum itu, mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua penumpang MAS MH370, tak lupa hadiahkan surah al-Fatihah untuk mereka moga ALLAH memberi kemudahan pada setiap usaha insan-insan yang mencari kapal terbang ini.

Baiklah, jom kita lihat apa yang ingin penulis kongsi hari ini! Tentang puisi yang direka khas buat Nurul Mardiah Fadzil & pasangannya. Puisi ini buat Ayu kerana dia adalah teman penulis ketika merekayasanya iaitu ketika hari pertama kita bergelar pelatih atau dengan kata lain pelajar praktikal di Banting Selangor.



Pelayaran Cinta

Cinta sejati
Terukir di Lauh Mahfuz
Hanya ALLAH Maha Tahu
Betapa besarnya hikmah
Di sebalik takdirNya

Sungguh
Hatiku bernyanyi cemburu
Fikiranku mengharap sesuatu
Bila melihat indahnya
Cinta di gerbang nakhoda pelayaran
Cinta selepas pernikahan
Bermain di hadapanku

Usik nakal
Bicara sayang
Indah dimulai detik perkahwinan
Saat yang haram
Menjadi yang halal
Bersama isteri & suami tersayang
Bisikan manja sang suami
Bisikan sayang sang isteri
Bisa menenang hati yang gemuruh
Bisa melindung saat dimusuh
Bisa mengukir senyuman
Saat dunia seakan membenci diri
Bicara sahabatku
Berkahwinlah...
Nescaya ketenangan mengiringimu
Nescaya hilang resahmu
Nescaya melengkap separuh imanmu

Bicara itu
Cuba ku pahat di kalbu
Sering melayang di fikiranku
Hanya ketika ini
Aku hanya mampu melempar rasa cemburu
Biar cemburu itu hilang
Di balik ketenangan
Menghayati cinta Tuhan nan satu

Bicara itu
Ku cuba mengerti
Cuma tinggal waktu untukku
Mempersiap diri
Menjadi bidadari nakhoda
Hingga bertemu titik akhir
MenemuiNya bersamanya
Husnul khatimah nanti.


No comments:

Post a Comment