Tuesday 25 March 2014

Usah Biar Blog Anda Sunyi tanpa Cerita

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, dengan nama ALLAH penulis masih hidup & bahagia menghirup udara sebagai seorang Muslim. Moga-moga anugerah terbesar ini sentiasa ada buat kita sehinggalah lidah penulis & sahabat-sahabat mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggalkan alam dunia. Moga-moga kita juga di anugerahkan nikmat syahid di jalan ALLAH. Ameen Ya Rabbal ‘alamiin...

Al-Hamdulillah penulis masih punya semangat & internet untuk meneruskan penulisannya. Mujur juga ALLAH masih sayangkan penulis dengan memberi peluang kepada penulis untuk mencari gali idea-idea yang ada buat menghiasi blognya. Idea yang mencurah datang saat penulis mendekat dengan ALLAH. Ada sahaja ilham-ilham yang mahu digarap saat dirasakan kasih ALLAH memenuhi jiwa penulis. Bukan penulis mahu berbangga diri tetapi penulis mahu kalian semua tahu apa yang ada dalam blog ini adalah hasil curahan idea yang ALLAH kurniakan pada penulis. Pada hakikatnya penulis sangat lemah tanpa pertolonganNya, penulis takkan bisa sesekali bermain dengan kata-kata tanpa kekuatanNya.



Hari ini penulis nak bercerita tentang blog. Kalian semua pasti punya blog sendirikan? Atau suka baca blog kawan-kawan?  Macam mana dengan blog sahabat-sahabat semua? Sunyi tanpa cerita atau meriah dengan kata-kata? Sahabat-sahabat punya hak untuk menentukan bagaimana blog yang kalian rekayasa. Penulis juga punya hak untuk berbicara dalam blognya.
Masih segar di ingatan penulis bagaimana blog QalamWardahZinnirah ini wujud di dunia. Seorang sahabat sibuk mengajaknya membuat blog. Puas memujuk akhirnya penulis setuju membuat blog. Punya susah nak buat blog banyak kali nak ‘sign in’ kata laluan. Mulanya patah semangat, tapi lepas di desak akhirnya siap.

Ini kerana blog ini adalah salah satu subjek yang perlu penulis ambik & kerana nak dapat dalam 10% markah tugasan untuk subjek ini, nak tak nak, penulis & rakan-rakan sekelas kena ada blog sendiri. Dah siap buat & bermacam-macam ‘post’ penulis cuba kongsikan di blog. Bermula dari tiada ‘follower’ hingga sekarang 23 orang pengikut, penulis cuba berkongsi cerita suka dukanya di blog ini.

Tidak di nafikan blog ini hadir pada mulanya kerana terpaksa sebab ‘assignment’ tapi lama-lama penulis merasakan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk terus menggunakan blog. Bukan kerana semakin bertambah pengikutnya tapi kerana di sini ada nilai tambah untuk penulis berdakwah. Menyampaikan & menyebarkan keindahan Islam pada semua orang. Rugi penulis baru kenal dunia penulis blog kerana jika di mulai lagi lama sudah tentu banyak tentang Islam boleh dikongsi.

Kalian pasti punya cerita sendiri tentang blog kalian kan? Jadi, tak seronoklah bila blog kita kosong tanpa cerita. Bayangkan bila ada orang yang ikut blog kita, tetiba rasa kecewa bila tengok blog kita diam tanpa bahasa. Sekurang-kurangnya sahutlah galakan Nabi Muhammad s.a.w sampaikanlah padaku walau satu ayat.



Maklumlah sekarang zaman dah canggih & moden dah tak guna blog ini. Senang guna ‘facebook’ sekali cerita dah berpuluh-puluh kawan ‘like’. Blog juga salah satu alat untuk manusia menyampaikan kebaikan & berkongsi rasa syukur dengan segala nikmat pemberian ALLAH kepada hamba-hambaNya. Usah biar blog kalian sunyi tanpa cerita. Rugi pula kehadiran blog itu jika tiada yang menyelenggara. Kenapa pada mula-mula nak buat blog kita begitu semangat nak cerita itu & ini tengok-tengok akhirnya blog kita dah diam tanpa cerita? Tepuk dada tanya hati kita...Kasihan blog yang kita buat tu.

Bila kita hidup di dunia sebagai hamba & khalifahNya mahu atau tidak kita perlu jadi hambaNya yang menghargai apa yang kita ada. Hargailah blog yang kita wujudkan sebelum ini. Walau sesibuk manapun kita, luangkan masa walau sebentar untuk menjenguk & mencurah idea di blog kerana kita tak tahu mungkin dengan cerita-cerita kita di blog itulah membuka jalan petunjuk ALLAH pada makhluk-makhlukNya yang bernama manusia. Mungkin dengan cerita-cerita itulah mampu membuka pintu hati kita untuk terus mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Panjang pula penulis berceloteh hari ini yer. Minta maaf atas segala khilaf, maaf jika ada yang menyinggung hati sahabat tetapi niat penulis cuma satu mahu mengajak diri penulis & semua sahabat menghargai kewujudan blog yang kita berusaha wujudkannya sebelum ini. ALLAH pasti tak mahu makhlukNya melakukan sesuatu kerja separuh jalan & kalian tentu arif tentangnya.

Ya mungkin suatu saat penulis juga akan berhenti menulis & tiada lagi cerita-cerita yang menghiasi QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Namun selagi ada kemampuan cuba untuk penulis usahakan memenuhi blognya dengan cerita. Mungkin sahabat-sahabat lebih selesa menggunakan cara lain untuk menyampaikan Islam & ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan blog sahabat sunyi sepi. Penulis berlapang dada & menerima alasan kalian dengan hati terbuka.


Hanya satu permintaan penulis pada dirinya & semua sahabat yang membaca ‘entri’ ini jangan kalian putus asa untuk terus menyampaikan kebenaran & keindahan Islam. Ajaklah seramai mungkin manusia untuk merasai manisnya menjadi Muslim biar pada hakikatnya ramai yang membenci kebaikan & Islam. Walau bagaimanapun usaha kalian, usah putus asa. Gunakan blog sahabat-sahabat dengan sebaiknya, usah berhenti di tengah jalan kerna ini bukan wasilah seorang pejuang.

No comments:

Post a Comment