Sunday 9 March 2014

Selamat Berjuang Duhai Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Al-Hamdulillah...syukur pada ALLAH dengan kasih sayangnya dapat penulis sekali lagi menjengah blog kesayangannya. Blog yang memberi makna berharga buat diri ini yang sentiasa terlupa dengan rahmat ALLAH. Mungkin dengan cara ini penulis dapat mengajak dirinya untuk terus mengingati ALLAH walau ketika berblog. Di samping mengajak sahabat-sahabat untuk turut merasai nikmat kasih sayang ALLAH & nikmat indahnya menjadi Muslim.

Lirik nasyid di bawah penulis dedikasikan buat semua sahabat yang mengenali diri agar kalian terus tabah dengan ujian & mehnah kehidupan di saat penulis tiada di samping kalian. Penulis tahu & yakin kalian sahabat yang punya semangat kukuh, tak mudah rebah tapi saat rebah kalian terus berpegang pada ALLAH. Itulah hebatnya sahabat-sahabat penulis.

Di kala rindu menyapa...
Di kala hati mengucap cinta pada sahabat sejati...
Di kala fikiran terfikir bagaimana keadaan kalian sahabat-sahabat...
Sedih atau bahagia, muram atau senyum...
Di kala itu penulis mendedikasikan nasyid buat kalian...
Di kala itu penulis cuba menghadiahkan al-Fatihah buat kalian...
Sahabat-sahabat yang di sayangi kerana ALLAH

Selamat Berjuang- Brothers
Malam siang berlalu 
Gerhana kesayuan 
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu 
Tiada berhenti 
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang 
Hakikat perjuangan 
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman-teman 
Harungi kehidupan 
Oh indahnya

Berat rasanya 
Di dalam jiwa 
Untuk melangkah 
Meninggalkan semua 
Kasih dan cinta 
Yang terbina 
Diakan selamanya

Selamat berjuang sahabatku 
Semoga Allah berkatimu 
Kenangan indah bersamamu 
Takkan kubiar dia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya 
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan 
Sengsara di dalam perjuangan 
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan 
Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuakur pada hakikat 
Suka dan duka dalam perjuangan 
Perlu ketabahan dan kekuatan 
Keteguhan hati berlandaskan iman



Biar badai melanda, tetaplah berpegang pada taliNya. Biar ujian menduga iman, tetaplah kalian di jalanNya kerna usah lupa pada janji kita bersahabat kerana ALLAH juga berjuang keranaNya hingga akhir nafas di dunia. Salam perjuangan buat semua yang penulis gelar sahabat.

No comments:

Post a Comment