Wednesday 5 March 2014

Amanah dalam Kepimpinan

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya penulis masih mampu menatap skrin ‘notebook’nya dan punya kekuatan untuk menekan ‘keyboard’ yang ada. Terima kasih Ya ALLAH atas segala anugerah pemberian serta nikmatMu pada hamba yang penuh dengan noda dan kelemahan. Hanya padaMu kami memohon pertolongan & hanya kepadaMu kami bertaubat.

Pertamanya maaf andai khilaf di sebalik kata bicara penulis kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca setiap ‘post’ penulis. Ini yang hanya termampu penulis lakarkan dalam blognya untuk memberi peringatan pada diri yang lemah ini. Terima kasih pada sahabat baik penulis, Nurul Mardiah Fadzil  di atas sumbangan idea untuk ‘post’ ini.

Penulis terpanggil untuk bercerita tentang amanah dalam kepimpinan ketika asyik membaca ‘post-post’ sahabat-sahabat dalam laman ‘facebook’ rancak berbual. Apa yang kalian faham tentang amanah? Amanah itu tanggungjawab bukan? Amanah yang memerlukan kita meletakkan sesuatu pada yang hak. Hak yang perlu ditunaikan. Apa tindakan kita bila ALLAH mengamanahkan kita sesuatu tugas sebagai contoh terdekat jawatan di dunia? Adakah kita menunaikan amanah tersebt dengan baik atau kita hanya melaksanakannya secara sambil lewa? Tepuk dada tanya iman kita.

Jika benar amanah sudah pasti tak ramai yang menunjuk rasa marah...
Jika benar amanah sudah pasti dunia ini aman dari rasuah...
Jika benar amanah sudah pasti amanah terlaksana kerana ALLAH...
Jika benar amanah kemungkaran tak perlu dicegah...
Kerna masing-masing mengerti amanah yang di pikul bakal di menyergah...

Masakan pokok mahu bergoyang jika tiada angin, masakan orang bawahan bising jika orang atasan melaksanakan amanahnya dengan baik. Masakan seorang guru bisa marah meradang jika pelajarnya menunaikan amanah sebagai penuntut sebaiknya. Masalah timbul bila kita tidak amanah. Hilang rasa tanggungjawab hanya menyumbang kepada kehancuran. Itu penyebab dunia sekarang terhias dengan orang yang pecah amanah. Di minta bertugas sebagai pegawai, terus-terusan bersikap sambil lewa.

Generasi inikah yang bakal memimpin dunia? Generasi sebegini yang didamba mencipta ketamadunan Islam yang suatu masa dulu pernah gemilang? Usah mimpi kita bakal maju dunia & akhirat jika amanah sendiri tidak dilaksana sebaiknya. Jadi pelajar biar betul-betul memegang amanah itu, jadi pegawai biar betul-betul memberi khidmat pada masyarakat, jadi pemimpin biar betul-betul boleh memandu orang yang dipimpin ke arah Islam & ALLAH.

Mari kita sama-sama selak sirah Rasulullah s.a.w ketika berlakunya perang Uhud. Pada mulanya umat Islam mengalami kemenangan dek kerana tidak amanah dengan perintah Nabi Muhammad s.a.w masing-masing mahu mendapatkan harta perang yang berlimpah di bawah hingga menyebabkan mereka meninggalkan bukit Uhud. Perkara ini di sedari oleh pihak musuh hingga menimbulkan huru-hara & menyebabkan umat Islam mengalami kekalahan teruk waktu itu. The power of amanah is here!

Banyak juga contoh teladan akibat kepimpinan yang tidak amanah membawa kehancuran pemimpin tersebut. Jadi penulis mahu mengajak diri terutamanya untuk bersifat amanah dalam segala hal semoga terhindar dari kebencian ALLAH & kebencian makhluk dunia. Jom baca tujuh J!

Jangan kerana dunia tergadai agama dan amanah...
Jangan kerana dunia diri dilingkari kemurkaan ALLAH...
Jangan kerana dunia diri dimusuhi manusia semakin marah...
Jangan kerana dunia hidup tidak tentu arah penuh gelisah..
Jangan kerana dunia di akhirat kita susah...
Jangan kerana dunia hilang pedoman Kalamullah...
Jangan kerana dunia impian manusia musnah...
Kerna manusia itu hamba ALLAH bergelar khalifah...


Mari kita sama-sama mentadabbur ayat suci al-Quran kalam dari ALLAH dari surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:


216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


No comments:

Post a Comment