Wednesday 19 March 2014

Bintang Syurga

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...Ya ALLAH terima kasih atas nikmat Islam & nikmat iman yang telah ALLAH kurniakan kepada penulis ketika ini & selamanya. Semoga nikmat ALLAH ini akan sentiasa memberi peluang & kesempatan kepada penulis untuk terus menyebarkan Islam pada semua yang berhak mendapatkan kemanisan Islam. Seharusnya sahabat sekalian bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam & punya satu Tuhan iaitu ALLAH.

Hari ini penulis nak bercerita tentang bintang syurga. Satu hari sebuah buku. Jadi penulis sempat membaca sebuah buku milik Nurul Mardiah Fadzil bertajuk, “Cerita Cinta Ahmad Ammar yang disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.” Terima kasih kepada sahabat setia penulis, Ayu yang membuka mata penulis bila dapat pinjam & baca buku ini.



Teka siapa bintang syurga sekarang ni? Kalian sudah tahu bukan. Sosok tubuh yang belum pernah kita lihat ketika hayatnya, tidak pernah menagih popular dalam kehidupannya, bersederhana & semasa allahyarham meninggalkan dunia dia sangat dikenali kerana kebaikannya. Subhanallah, tiada kata yang mampu penulis ungkapkan ketika membaca buku ini. Hanya sebak di dada menemani saat meneliti setiap bait kata tentang biodata insan hebat bernama Ahmad Ammar Ahmad Azzam.

Tahu apa perasaan penulis ketika itu? Rasa cemburu dengan kebaikan yang dia taburkan semasa hayatnya, cemburu dengan husnul khatimah di akhir nafasnya, cemburu dengan bidadari yang menunggunya, cemburu dengan pertemuannya dengan ALLAH Yang Maha Esa. Walau punya masa yang singkat hanya 20 tahun, tapi hayatnya dipenuhi dengan misi menyelamat ummah, misi menyebar kebaikan & keindahan Islam. Bagaimana pula dengan diri kita? Bagaimana penulis pula? Adakah sehebat ini usaha kita menyebar keindahan Islam kepada semua, menghias perjuangan keranaNya walau tanpa dipandang manusia.

Duhai diri yang lemah cubalah mencontohi sifat Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang menjadi bintang syurga pada pengakhiran hidupnya! Dia tak minta popular tapi dengan kepergiannya ke alam barzakh bisa membangkit banyak jiwa, bisa meniup ruh perjuangan pada semua. Inilah kesudahan yang baik bagi manusia yang bernama hamba ALLAH yang hidup & matinya kerana ALLAH. & Bila kerana ALLAH segala suruhanNya dilaksanakan, segala laranganNya segera dijauhkan.

Memetik kata-kata Ahmad Ammar Ahmad Azzam dalam buku ini, “Perlu ada keredhaan ALLAH dalam amalan kalian. Sekiranya ALLAH redha sedangkan seluruh makhluk menolaknya, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun kerana itulah, sepatutnyahanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.”


Ingin sekali penulis mencontohi segala sifat baiknya. Ingin sekali penulis punya suami @ anak persisnya yang menjunjung Islam dalam kehidupannya. Ingin sekali menjadi bintang syurga sepertinya. Akhir kalam, mari kita hadiahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azzam semoga kita bakal menyusulnya ke syurga! Ameen. Nak tahu cerita apa menarik dalam buku ini yang menceritakan siapa sosok tubuh Ahmad Ammar Amad Azzam? Bacalah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd...


Ya ALLAH izinkan kami mencontahi insan sebaik Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azzam...izinkan kami merasai manisnya memperjuangkan agamaMu di dunia ini walau terpaksa menelan pahit & derita kerna kami tahu jalan perjuangan ini tidak sesekali dihamparkan dengan permaidani mewah yang terbentang. Ameen

No comments:

Post a Comment