Monday 30 September 2013

Dedikasi Cinta buat Keluarga Tersayang

Berjauhan dengan keluarga membuatkan penulis belajar merindui mereka. & Telefon memainkan peranannya kala penulis merindui suara kecil adik2 tercinta & suara merdu ibu ayah yang banyak memberi semangat pada penulis. Dedikasi cinta ini dilantunkan buat mama & ayah tercinta. Moga kalian bisa kuat menghadapi ujianNya.
Terima kasih mama & ayah. Kasih sayang kalian tiada ganti.


Tak tau nak kata apa...tapi perasaan rindu itu membuat penulis makin semangat meneruskan hidup sebagai mahasiswa universiti. Gelak tawa keluarga masa berbual melalui telefon betul2 syahdu bagi penulis. Namun perpisahan ini banyak mengajar penulis menjadi hamba ALLAH yang bersyukur dengan nikmatNya. Yalah...bila berjauhan banyak pulak rasa rindu kita bertamu, bila berjauhan pasti selalu nak 'call' rindu suara keluarga.

Serius sebenarnya penulis merindui keluarga tambahan penulis adalah puteri sulong keluarganya. Keluarga memainkan peranan dalam pembentukan anak2. Membesar & berjayanya penulis sekarang adalah hasil doa & peranan ibu serta ayahnya. Di samping ALLAH menganugerahkan kekuatan & keutuhan kasih sayang antara kami semua, itu yang Maha Penting.


Keluarga bahagia sampai syurga...


  

Sunday 29 September 2013

Dedikasi buat insan bernama Wanita

  BIDADARI SYURGA 

Tutur katanya penuh hikmah,
Fikirannya jauh berhemah,
Imannya pengikat diri,
Menjauh pada kebatilan,
Mendekat pada kebenaran,
Akhlaknya bersinar indah,
Menyinari peribadi,
Insan bergelar muslimah.

Bidadari syurga,
Usah kau rungut
Kelemahan dirimu
Usah kau tangis
Ujian yang menimpa dirimu
Usah kau terpedaya
Dengan keindahan dunia semata.

Kenapa dipertikai
Larangan Tuhanmu?
Kenapa dihujah
Hukuman Allah Yang Esa?
Kenapa dirungut
Qada’ dan QadarNya?
Sedangkan kita hambaNya
Bergelar wanita Islam.


Bidadari syurga,
Syukuri keberadaanmu di dunia,
Nikmati keindahan bersamaNya,
Hiasi dirimu dengan akhlak mulia,
Halusi keimananmu dengan bijaksana,
Jadilah dirimu bidadari syurga,
Impian abadi insan bergelar suami.

 
Pena: Qalam Wardah Zinnirah

           12 March 2012

Kenangan Indah Yang tak Mungkin di Lupakan

 Abadi Kenangan Cinta Di KKNC

Keputusan muktamad telah diambil oleh penulis untuk menetap di kolej kediaman dalam tempoh masa tertentu selepas peperiksaan akhir tamat. Walau pada mulanya hati perit & sukar untuk membuat keputusan yang drastik ini, diri yang lemah harus digagahi. Demi cinta pada Ilahi...penulis nukilkan kenangan indah di sini buat tatapan & pengajaran semua.

Demi cinta mahu dikorban rasa rindu pada keluarga. Demi cinta yang mula bertapak pada hati, penulis cuba mencari keikhlasan dalam keputusan diri. Demi cinta, jasad korbankan rasa hati. 

Waktu itu ramai sahabat yang mempersoalkan bila mahu pulang ke kampung halaman? Kenapa masih nak ‘stay’ kat sini? Semua seolah-olah tidak puas hati dengan keputusannya. Lantas diri melapangkan dada & hanya mampu menjawab, “Nak buat macam mana saya sangat sayangkan nilam.”

Pada mulanya penulis mahu mencari kerja yg sesuai utk menambah pengalaman & menambah sedikit duit poketnya di samping menjaga kebajikan pelajar tamhidi si sini. Malangnya tiada kerja yg bersesuaian dgn masanya melainkan ‘kerja tanpa gaji’. Akhirnya penulis bertekad tidak bekerja. Duit poket? Serah pada ALLAH, ada rezeki adalah.
Lagipun menariknya, tahun ni penulis mahu mencabar diri menjalani ibadah puasa tanpa keluarga di sisi. Pahit untuk ditelan tapi manis untuk diingat. Banyak perkara yg ingin diceritakan betapa keperitan itu mengajar kita menghargai semua benda yg berada di sekeliling kita. Bertambah perit bila hidup keseorangan tanpa sahabat2 seperjuangan di sisi.

Usah risau penulis cuba melapangkan hati. Pengalaman yg manis ni sesuai dikongsi bersama.
Diri ini cuba mencari & mengungkap maksud sebenar sebuah pengorbanan. Sekadar berbicara di bibir tidak bermaksud penulis telah memahami erti sebenar ‘tadhiyyah’ melainkan dia menghadapi suasana yg memerlukan dia berkorban. Apa erti pengorbanan pada diri penulis, sedang diri masih sukar utk berkorban? Apakah penulis redha dgn pengorbanan yg dibuatnya? Semuanya terungkap di sini.

Hari demi hari penulis lalui dgn melayan bermacam-macam karenah adik2 tamhidi. Bila diingat balik, nak tergelak pun ada. Seronok sangat dapat bergaul & berkawan dgn semua org biarpun berbeza umur. Berbual & mengenal adalah proses yg sangat baik utk kita belajar sangka baik pada orang lain. Tambahan di bulan puasa...maklumlah ni puasa pertama tanpa keluarga di sisi. Masing2 dgn gelagat tersendiri.

Kami kat sini masih dapat melaksanakan solat terawih berjemaah seperti biasa cuma bezanya kami solat bawah khemah & terkadang berbumbungkan langit berlantaikan tikar yg dilapik di atas jalan raya yg bertar. Kenangan paling indah bila hujan, kami masih buat terawih kat situ walaupun dlm keadaan basah kuyup sudah kain telekung kami kerana khemah kami bocor & dilimpahi air hujan.

Terima kasih tidak terhingga kat adik2 tamhidi yg memberi peluang kpd penulis utk merasa pengalaman pahit manis di KKNC. Tambahan, pengalaman ini diperoleh semasa berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. SubhanALLAH...AL-Hamdulillah.

Penulis sangat menghargainya & dek kerana itulah penulis mengabadikan kenangan cintanya di KKNC dlm blog ni. Penulis jugak belajar erti sebenar persahabatan & ukhuwwah dengan org di sekelilingnya di sini.

Selain tu, kami sempat bersama-sama mengisi nurani dgn pengisian menjana hati & berbuka puasa. Tazkirah diri yg sentiasa lupa & mengenali sahabat2 di sekeliling kita. Di samping kami turut berkongsi pengalaman & masalah bersama-sama. Saat itu sangat indah ibarat berada di taman syurga kerana persahabatan kita adalah semata kerana ALLAH.


Terima kasih tidak terhingga jugak buat sahabat2 yang pernah datang, menginap & singgah menziarahi kami di sini. Terima kasih kat Zawiyah & Amirah Zaid sebab menemani penulis dlm seminggu merasa masakan korang yg kreatif ketika berbuka puasa, melayan karenah lawak korang & menemani hari2 penulis walaupun sekejap.
Terima kasih gak kat Siti Zawiroh Daud sebab teman penulis ‘time’ keseorangan, bawak penulis sekali-sekala menghirup udara luar & berbuka puasa kat restoran. Terima kasih gak kat Raihan & kak Syahirah sebab memenuhi undangan utk memberi pengisian pada adik2 di bulan puasa yg mulia ini.
Terakhir terima kasih sangat kat sahabat2 seperjuangan yg selalu ‘contact’, tanya khabar, menutur kata rindu, bagi semangat & mendoakan penulis. Kalian insan berharga buat penulis. Kalian bagai cerminan buat penulis.
Hanya ALLAH yg mampu membalas segala kebaikan & pengorbanan kalian. Penulis akan ingat sampai mati usaha2 kalian & penulis doakan moga ALLAH memberi kurniaan serta kemudahan yg berlipat kali ganda pada kalian. Moga kebahagiaan dunia & akhirat menjadi milik abadi kalian...duhai sahabat-sahabat yg disayangi kerana ALLAH.

Masa sangat mencemburui kita sehinggakan Ramadhan tahun ini dirasakan sangat singkat. Sekarang kita berada di hari2 terakhir Ramadhan bermakna penulis & adik2 tamhidi beransur ingin pulang ke kampung halaman yg sangat di rindui. Hanya membilang hari utk pulang. Sejujurnya, KKNC & penghuninya banyak mengajar penulis erti pengorbanan, kebergantungan pada ALLAH, keikhlasan, ukhuwwah tanpa mengenal batas umur, menghargai manusia yg berada di sekeliling & banyak lagi.

Tiba masa untuk penulis pulang & mulai fokus pada keluarga pula. Rindu sangat pada mama, ayah, adik2 kat rumah tu. Penulis harap lepas ni akan ada yg menyambung perjuangannya di KKNC. Penulis bukan pemula, bukan juga pengakhir pada perjuangan ini tapi penulis hanyalah penyambung kepada usaha ni utk mengajak semua kpd kebaikan & menceritakan betapa indahnya Islam.

Apa yg penting Ramadhan tahun ini sangat bermakna bagi penulis dgn pengalaman yg tidak mungkin diperoleh utk kali ke dua. Pengalaman yg mendidik hati, mematangkan fikiran, menenangkan jiwa & membutuh sejuta pengorbanan serta keikhlasan. Penulis dapat dua perkara yg sangat penting sepanjang perjalanan hidup di sini iaitu hablunminaALLAH & hablun min annas (hubungan dgn ALLAH & hubungan dgn manusia).

Apa yg diceritakan bukan berniat utk membangga diri @ mengungkit2 apa yg telah dibuat tapi sekadar utk berkongsi ceritera hidup sebagai seorang hamba ALLAH. Moga perkongsian ini membawa manfaat kpd semua yg singgah menelusuri blog QalamWardahZinnirah ni. 

Saturday 28 September 2013

Cinta Buku...Bagaimana?

Jom buat majalah CETUS.

Salam sedingin malam...Perkongsian seterusnya, semester ini penulis & kawan2 sekuliah akan menyiapkan tesis bersama2 dengan 'assignment' menyiapkan sebuah majalah CETUS. Mencabar bagi penulis untuk mengumpul kesemua karya & artikel kami dalam satu majalah atas talian. Kerjasa baik dari semua kawan2 sekuliah amat diharapkan dalam menjayakan penerbitan majalah ni. 

Mohon doa daripada semua moga batch kami dapat menyiapkan majalah ini dengan sebaiknya di samping menyampaikan dakwah melalui dunia penulisan. Moga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami dunia & akhirat.

Ini antara gambar majalah CETUS edisi lepas yang sempat di rakam oleh penulis:



Ya ALLAH...moga urusan kami di permudahkan.

Satu Hari Satu Buku

Mukmin Profesional Celik Mata Hati

Al-hamdulillah...ALLAH memberi peluang kepada WardahZinnirah untuk menulis sesuatu buat peringatan diri sendiri & sahabat2. 

Malam ni WardahZinnirah nak kongsi pasal buku Mukmin Profesional Celik Mata Hati. Sempatlah belek buku2 tambahan sambil2 duk wat thesis. Maklumlah dah tahun akhir di universiti. Membaca buku karangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi banyak memberi kata2 semangat & memberi suntikan hati yang baik buat penulis.

Nak jadi mukmin kena profesional. Maksudnya kat sini, kita kena jadi seorang muslim yang betul2 profesional. Agama Islam di hayati dalam setiap hela nafas kehidupannya. Islamnya tidak hanya pada ibadah tetapi juga pada masa belajar atau bekerjanya di masih Islam.

Bersyukurlah kerana kita dipilih olehNya menjadi umat Islam yang mana ibu dan ayah kita adalah Islam. Bersyukurlah...kerana kita hidup dalam keadaan Islam, tapi jangan sampai masa kita menghembuskan nafas nanti kita bukan lagi Islam. Na'uzubillah.

Bagaimana dengan orang yang bukan Islam? Kita sama2 doakan moga suatu hari nanti ALLAH memberi hidayah & petunjuk kepada mereka supaya mereka turut sama merasai kemanisan & keindahan Islam.

Ha...kat bawah ni penulis sempat ambik gambar buku ni...




Moga dapat memberi mamfaat & ilmu perkongsian buat semua.

Thursday 26 September 2013

Happy Birthday My brother

Dedikasi cinta seorang adik.


27 September detik kelahiran yang dinanti oleh seorang ayah. Kelahiran anak ke duanya yang diberi nama Shukri bin Yaakob. Bayi lelaki yang sangat comel melakar kebahagiaan & harapan pada wajah tua seorang ayah. Ayah sempat melaungkan azan di telinga cahaya matanya. Linangan air mata bercampur baur dengan kegembiraan memeriah suasana tenang pada hari tersebut. Kehadiran anak lelaki buat ayah rasa bangga, buat ayah rasa bahagia kerna dia di kurnia anak sebagai penyambung generasinya.


Abang, biar ayah jarang mengucap kata cinta & sayang pada kita...ingatlah, ayah amat meyayangi kita terutama abang. Biar kita jarang melihat kasih sayangnya tapi percayalah kasih & cinta ayah terhadap anak2nya sentiasa mekar di hati seorang insan bergelar bapa.


Insan ini sekarang sudah menjangkau usia dewasa. Mempunyai anak2 yang comel penghias rumah tangga. Bahagia membina rumah tangga harmoni bersama isteri & anak2. Sang ayah saat ini merindu wajah sang anak. Adik2nya merindu kehadiran seraut wajah yang mereka panggil sebagai abang. Walau kesibukan menghiasi tugasmu duhai abang, adik2mu mendoakan yang terbaik untukmu. 


Inilah dia insan yang kami panggil abang...penyeri kala duka, pengingat kala leka, pemberi kala tersepit. Moga ikatan adik beradik kita kekal hingga ke syurga

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABANG (SHUKRI BIN YAAKOB) YANG DISAYANGI KERANA ALLAH
SANAH HELWAH YA AKHI
ZHU NI SHENG RE KUAI LE GE GE
HAPPY BIRTHDAY MY BROTHER. MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU.

Penulis jatuh cinta ^_^

SALAHKAH KU BERBAHASA ARAB

Bahasa Arab antara bahasa yang sangat penulis sukai walaupun tidak menjadi pakar dalam bahasa ini. Sekadar mencintai dan menyukai cukup untuk penulis menanam minat mendalam pada bahasa Al-Quran ini.

Bahasa Arab ini membuatkan penulis lebih faham tentang isi al-Quran. Bahasa Arab sanagat indah bila kita cuba untuk mempraktikkannya. Bila mendalami bahasa Arab banyak perkara yang penulis dapat terutama tentang kepentingan bahasa Arab yang tiada pada bahasa lain.

Ramai yang kata nak belajar bahasa Arab ini susah perlu mujahadah, perlu banyak berkorban dan banyak perkara yang nak dipraktikkan semata-mata nak faham bahasa Arab. Sebenarnya bahasa Arab tak susah dan tak payah pun walau pun kita orang Melayu. Ini sama dengan kaedah kita belajar bahasa Inggeris kan?

Namun, salahkah penulis berbahasa Arab saat orang lain seronok menggunakan bahasa sendiri atau dengan kata lain bahasa ibunda? Salahkah penulis mahu menjadi lain daripada yang lain ‘be different then others’ bila kita nak perkenalkan diri kita atau bercakap dalam sesuatu perkara? Tak salah kan?

Jika tak salah kenapa masih ramai yang menggelakkan atau mengusik bila ada kawan kita mahu menggunakan bahasa asing dalam perbualan biasa? Musykilah kabirah! Kadang-kadang bila bercakap menggunakan bahasa Arab automatik ada sahaja kata sindiran atau bisikan-bisikan berbisa singgah di telinga.

Penulis cuba untuk bersangka baik. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda, bila ada yang berbahasa asing bunyinya agak pelik. Mungkin juga penulis salah tempat dalam berbahasa arab. Banyak kemungkinannya yang melayang di fikiran penulis. Berusaha untuk menanam sikap positif pada kawan-kawan. Ya, mungkin mereka tidak tahu kepentingan sebenar bahasa Arab.

Penulis suka jadi lain daripada yang lain kerana bila kita jadi lain daripada yang lain mana tahu kita telah menyumbang ilham pada kawan-kawan tentang sesuatu perkara yang baru. Jadi salahkahku berbahasa Arab sudah terjawab pada pengakhiran artikel ini.

Biarlah apa yang manusia nak kata sebab mulut manusia kita tak dapat nak tutup asal kita menabur kebaikan di bumi ALLAH ini sudah baik bagi kita. Asal kita tidak mendatangkan kerosakan pada bumi dan masyarakat sekitar...asal kita tidak mengfitnah dan menjaga diri dari perkara yang dibenci manusia...itu sudah memadai bagi diri kita.

Penulis cuba untuk memartabatkan bahasa Arab walau perit untuk menelan pahitnya ubat penenang hati. Hanya ALLAH yang mampu menjaga hati penulis daripada riak dengan ilmu yang ada. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui gejolak jiwa yang bersemi di hati.

Ya ALLAH...tetapkanlah hati kami dalam melakukan kebaikan walau saat itu hanya ALLAH yang Maha Melihat hikmahnya. Ya ALLAH...andai diri kami adalah mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w Engkau kurniakan kami kekuatan & ketabahan hati dalam mengharungi badai dunia yang penuh dengan fatamorgana ini. Ya ALLAH...Izinkan kami menemui cintaMu di syurga Firdausi, menggapai redhamU di dunia ini.


Jom, kita sama-sama memartabatkan bahasa Arab kerna bukan pelajar dalam bidang bahasa Arab sahaja yang nak memahami isi Al-Quran tetapi umat Islam secara keseluruhannya mahu memahami Al-Quran! Sama seperti kita nak memahirkan diri dengan bahasa Inggeris begitulah usaha kita nak kenal bahasa Arab. 

Sejujurnya penuli8s mulai jatuh cinta pada bahasa Arab dek kerana teruja melihat pensyarah2nya memberi galakan & semangat kepada pelajar2nya untuk berbahasa Arab.

Friday 20 September 2013

Sabar Duhai Hati


SABAR DUHAI HATI

Masih basah di ingatan penulis zaman persekolahan yang sarat dengan pengalaman & kenangan. Untungnya bila kawan2 sekelas semuanya perempuan tiada berlainan jantina kecuali guru2 yang menjadi tenaga pengajar. Jadi, masa keemasan ini digunakan oleh penulis untuk bergiat aktif di sekolah. Masa di sekolah dulu mana ingat nak bercinta @ mempunyai pacar seperti pelajar lain. Ini kerana ayah penulis selalu berpesan, “Belajar rajin2. Jangan nak bercinta pula masa belajar. Jangan mudah percaya pada kata2 manusia yang namanya lelaki. Ayah cakap macam ni sebab ayah lelaki. Ayah lebih tau macam mana perangai lelaki. Nanti jangan dah terhantuk baru tengadah.”

Saban waktu ayah sentiasa memberi pesanan itu sehingga menyebabkan penulis langsung tidak mempercayai lelaki kecuali ayah & adik2 lelakinya. Bukan hanya tidak percaya, bahkan penulis sungguh tak suka lelaki. Boleh dikatakan tergolong dalam kalangan perempuan yang anti-lelaki. Kawan lelaki pun tiada.  

Ketika itu kawan2 ramai yang ada teman lelaki. Biasalah zaman berdarah muda semua benda nak dicuba. Nasib penulis baik kerana menerima didikan tegas dari ayah tentang perhubungan lelaki & perempuan yang bukan muhrim. Walau ketika itu, ada kawan yang mengatakan penulis ni ‘anak mak’, hidup terkongkong kerana perlu mengikut segala keputusan ibu & ayah, tak seronok tiada pacar, penulis bersyukur kerana mempunyai ibu & ayah yang sangat ambil berat tentang agama anak2nya. Kasih sayang ayah sudah memenuhi hati & jasad kami. Cukup untuk membuktikan betapa sayangnya ayah kepada anak perempuannya.

Hampir 7 tahun penulis hidup gembira tanpa ada kawan lelaki di sekolah yang hanya di diami oleh pelajar perempuan. Selama hampir 7 tahun juga penulis  melakar harapan agar di kurnia jodoh yang baik suatu hari nanti. Biarlah rasa cinta itu untuk yang halal dicintai. Biarpun saat itu penulis terpaksa berperang dengan nafsu mudanya, dia pasrah dengan ketentuanNya.
Penulis menerima tawaran universiti tempatan dengan hati yang gundah. Tiba masa berpisah dengan keluarga. Perkara pertama yang difikirkan oleh penulis adalah macam mana nak berdepan dengan lelaki2 yang wujud sepanjang pembelajaran penulis di sana. Penulis mengakui sangat takut untuk berdepan dengan situasi ini. Ketika itu juga, hati penulis berbicara, ”Alangkah bagusnya jika ada universiti yang hanya menempatkan pelajar perempuan.”

Perkara pertama juga yang dipesan oleh ayah saat menghantar penulis menaiki kereta abang sebapa untuk ke universiti adalah, “Jaga diri baik2. Belajar rajin2. Jangan nak main cinta di universiti sana. Jangan mudah percaya kata2 manis lelaki.” Pesanan2 lain menyusul diiringi sebak yang tertahan di hati kecil penulis.


Sehingga sekarang penulis masih mengingati kata2 ayah itu & menjadi pembakar semangat untuk penulis belajar dengan baik di universiti. Walau terkadang goyah dengan ujian perasaan hati, penulis cuba untuk menenangkan hatinya bahawa jika dia berjaya menjaga hatinya hanya untuk suaminya sahaja sudah tentu ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik untuknya. Bahkan bakal suami yang menjadi idaman hatinya juga seorang yang menjadi hati & cinta untuk bakal isterinya.

Teringat Surah An-Nuur ayat 26:
     
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.

Percaya & yakin dengan ayat Quran ini, membuatkan penulis nekad menyerahkan Qada’ & Qadar jodohnya kepada ALLAH di samping tidak lupa untuk berusaha dengan cara berdoa agar di kurnia jodoh yang baik serta bisa memimpin mereka menemui keredaan ALLAH. Selain berusaha menjadi wanita solehah & mengikut syariat2 yang digariskan dalam Islam.
Penulis tidak kisah siapa bakal suaminya asalkan pemuda tersebut memenuhi dua syarat wajib yang ditetapkan olehnya iaitu, pertama pemuda tersebut mestilah seorang pejuang agama ALLAH & ke dua pemuda tersebut hendaklah memenuhi syarat ibu & ayah penulis dengan kata lain, pemuda tersebut mestilah mendapat redha ibu & ayah serta keluarga penulis terlebih dahulu.

Umur penulis semakin meningkat, sudah menginjak tahun ke empat pengajian di universiti. Tahun terakhir bergelar mahasiswi universiti. Bohong jika tidak terdetik di hatinya perasaan ingin mencintai dan dicintai kerana penulis juga adalah insan biasa yang di kurnia perasaan cinta. Namun perasaan itu hanya di simpan kemas untuk insan yang bergelar suami saat pemuda itu melafazkan akadnya berwalikan ayah kandung penulis.

Dek kerana itulah, penulis cuba memujuk hatinya untuk bersabar dalam menerima ujian jodohnya. “Sabarlah duhai hati kerana sabar mu akan membuahkan ketenangan & kebahagiaan yang indah. Sabarlah duhai hati kerana masakan hampir 7 tahun kamu sabar menunggu jodoh mu masa di sekolah menengah, sekarang kamu tidak bisa sabar untuk menunggu dalam tempoh 5 tahun ini. ALLAH Maha Mengetahui & perancangannya untuk mu Maha Hebat.”

Saturday 14 September 2013

Sayangi Bumi Anugerah ALLAH


Sayangi Bumi Anugerah ALLAH.

Salam seindah alam anugerah Tuhan...Apa khabar sahabat2? Apa khabar juga imanmu? Apa khabar orang sekeliling kamu?

Hari ni QalamWardahZinnirah nak bercerita pasal bumi. Ya, bumi tempat kita menetap, berjalan, mencari & mendapatkan rezeki, berkomunikasi dengan manusia lain dan di bumi jugaklah nanti kita dikebumikan (menuju alam kematian). Apa yang menarik tentang bumi sampai penulis nak bercriter pasal bumi yer?

Kalian tahu apa yang berlaku pada bumi sekarang? Ni isu semasa yang patut di ambil peduli oleh semua yg bergelar manusia. Tak tahu? SubhanaALLAH...astaghfirullahal’azim...nak tahu? Jom tengok gambar2 ni...



Benarlah firman ALLAH dlm surah Ar-Rum ayat 41 yg bermaksud:
“Telah tampak kerosakan di darat & di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; ALLAH menghendaki agar mrk merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mr, agar mrk kembali ke jalan yg benar.”
Penulis tak nak berceloteh panjang kali ni cukuplah sekadar memaparkan video berkenaan bukit2 kurniaan ALLAH pada kita telah ditarah sangat dahsyat.
Ambillah pengajaran dari apa yg telah berlaku disekeliling kita, jangan hanya berpeluk tubuh & selesa dgn kehidupan kita tanpa sejenak berfikir tentang dunia.

Semuanya tentang cinta 2

Dedikasi cinta buat sahabat2 tersayang.

Semuanya tentang Cinta


Cinta Fitrah Manusia

Perasaan cinta adalah fitrah yang dikurnia Ilahi pada setiap hambaNya. Dengan cinta itulah berseminya rasa bahagia...dengan cintalah terhapusnya permusuhan & pergaduhan...dengan cinta yg dicampakkan ALLAH pada hati setiap manusia inilah bisa melahirkan mujahid, mujahidah solehah dalam meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w...dengan cinta inilah ALLAH memelihara seseorang muslim yang tekun mendekatkan diri & mencintaiNya...dengan cinta ini juga sehingga sekarang kita dapat merasai kemanisan iman, Islam, berkat cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap umat baginda s.a.w.

Al-Hamdulillah...ucapan syukur dan bahagia penulis lafazkan kerana cuti semester ini ramai sahabat2nya bakal mendirikan rumahtangga. Tahniah di atas jodoh yang telah dianugerahkan oleh ALLAH pada kalian. Biarpun jodoh penulis masih di Lauh Mahfuz sekurang-kurangnya penulis mampu tersenyum bahagia & tumpang gembira dengan khabar perkahwinan kalian.

Pesanan buat diri & sahabat-sahabat yg masih belum menemui jodoh terbaik untuk kalian & demi Islam...usah kalian risau kerna percaya & yakinlah ALLAH telah menetapkan segalanya untuk kita termasuklah dalam bab jodoh. Jadi tak perlulah kita beralih angin nak ikut peredaran semasa dengan hanya ‘bercouple’. ‘Couple’ bukan penyelesaian kepada jodoh, ‘couple’ hanya mendatangkan kemurkaan ALLAH semata.

Persiapkanlah diri dengan menjadi muslimah solehah buat ibu, ayah & keluarga sebelum dirimu bakal bergelar isteri. Lagipun hidup kita tak lama di dunia ini & kita tak tahu bila kita akan mati menemui Tuhan yang Maha Berkuasa. Ketika itu jangan kita baru nak kesal atas keterlewatan kita untuk mengubah diri menjadi lebih baik pada pandangan ALLAH.

Bila bicara tentang cinta...semua seperti sudah maklum akan perasaan indah ini. Penulis mengakui cukup cemburu dengan sahabat2nya yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi & mereka sedang membilang hari menghadapi hari bahagia tersebut. Terkesima dengan soalan adik bongsu terhadap penulis, “Kak yong bila nak kakawin? Bila adik boleh tengok kak yong kawin? Kan Nabi Muhammad s.a.w pun kawin dengan Saidatina Khadijah.” Acap kali dia bertanya hingga memaksa penulis kata, “Ada jodoh kawinlah kak yong.”

Al-hamdulillah perasaan cemburu itu bisa di atasi dengan kesabaran & kepercayaan pada Qada’ & Qadar ALLAH terhadapnya. Penulis percaya ALLAH menangguh masanya demi memberi waktu & ruang kepada penulis untuk menanam akhlak2 wanita solehah & mempersiapkan dirinya dgn ilmu2 berkaitan rumahtangga. Cinta selepas kahwin hanya dirasai selepas lafaz akad nikahnya. Cinta yang bersemi atas nama ALLAH...juga dihiasi kemanisan hingga syurga. Ameen.

Penulis abadikan satu video khas buat sahabat2 yang bakal ke gerbang perkahwinan. Moga perkahwinan kalian berpanjangan hingga ke syurga. Semoga video ini mengubat rasa hati buat sahabat2 yang mungkin penulis tak berkesempatan untuk memenuhi undangan kalian. Jom tengok video khas dari penulis!