Sunday 29 September 2013

Kenangan Indah Yang tak Mungkin di Lupakan

 Abadi Kenangan Cinta Di KKNC

Keputusan muktamad telah diambil oleh penulis untuk menetap di kolej kediaman dalam tempoh masa tertentu selepas peperiksaan akhir tamat. Walau pada mulanya hati perit & sukar untuk membuat keputusan yang drastik ini, diri yang lemah harus digagahi. Demi cinta pada Ilahi...penulis nukilkan kenangan indah di sini buat tatapan & pengajaran semua.

Demi cinta mahu dikorban rasa rindu pada keluarga. Demi cinta yang mula bertapak pada hati, penulis cuba mencari keikhlasan dalam keputusan diri. Demi cinta, jasad korbankan rasa hati. 

Waktu itu ramai sahabat yang mempersoalkan bila mahu pulang ke kampung halaman? Kenapa masih nak ‘stay’ kat sini? Semua seolah-olah tidak puas hati dengan keputusannya. Lantas diri melapangkan dada & hanya mampu menjawab, “Nak buat macam mana saya sangat sayangkan nilam.”

Pada mulanya penulis mahu mencari kerja yg sesuai utk menambah pengalaman & menambah sedikit duit poketnya di samping menjaga kebajikan pelajar tamhidi si sini. Malangnya tiada kerja yg bersesuaian dgn masanya melainkan ‘kerja tanpa gaji’. Akhirnya penulis bertekad tidak bekerja. Duit poket? Serah pada ALLAH, ada rezeki adalah.
Lagipun menariknya, tahun ni penulis mahu mencabar diri menjalani ibadah puasa tanpa keluarga di sisi. Pahit untuk ditelan tapi manis untuk diingat. Banyak perkara yg ingin diceritakan betapa keperitan itu mengajar kita menghargai semua benda yg berada di sekeliling kita. Bertambah perit bila hidup keseorangan tanpa sahabat2 seperjuangan di sisi.

Usah risau penulis cuba melapangkan hati. Pengalaman yg manis ni sesuai dikongsi bersama.
Diri ini cuba mencari & mengungkap maksud sebenar sebuah pengorbanan. Sekadar berbicara di bibir tidak bermaksud penulis telah memahami erti sebenar ‘tadhiyyah’ melainkan dia menghadapi suasana yg memerlukan dia berkorban. Apa erti pengorbanan pada diri penulis, sedang diri masih sukar utk berkorban? Apakah penulis redha dgn pengorbanan yg dibuatnya? Semuanya terungkap di sini.

Hari demi hari penulis lalui dgn melayan bermacam-macam karenah adik2 tamhidi. Bila diingat balik, nak tergelak pun ada. Seronok sangat dapat bergaul & berkawan dgn semua org biarpun berbeza umur. Berbual & mengenal adalah proses yg sangat baik utk kita belajar sangka baik pada orang lain. Tambahan di bulan puasa...maklumlah ni puasa pertama tanpa keluarga di sisi. Masing2 dgn gelagat tersendiri.

Kami kat sini masih dapat melaksanakan solat terawih berjemaah seperti biasa cuma bezanya kami solat bawah khemah & terkadang berbumbungkan langit berlantaikan tikar yg dilapik di atas jalan raya yg bertar. Kenangan paling indah bila hujan, kami masih buat terawih kat situ walaupun dlm keadaan basah kuyup sudah kain telekung kami kerana khemah kami bocor & dilimpahi air hujan.

Terima kasih tidak terhingga kat adik2 tamhidi yg memberi peluang kpd penulis utk merasa pengalaman pahit manis di KKNC. Tambahan, pengalaman ini diperoleh semasa berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. SubhanALLAH...AL-Hamdulillah.

Penulis sangat menghargainya & dek kerana itulah penulis mengabadikan kenangan cintanya di KKNC dlm blog ni. Penulis jugak belajar erti sebenar persahabatan & ukhuwwah dengan org di sekelilingnya di sini.

Selain tu, kami sempat bersama-sama mengisi nurani dgn pengisian menjana hati & berbuka puasa. Tazkirah diri yg sentiasa lupa & mengenali sahabat2 di sekeliling kita. Di samping kami turut berkongsi pengalaman & masalah bersama-sama. Saat itu sangat indah ibarat berada di taman syurga kerana persahabatan kita adalah semata kerana ALLAH.


Terima kasih tidak terhingga jugak buat sahabat2 yang pernah datang, menginap & singgah menziarahi kami di sini. Terima kasih kat Zawiyah & Amirah Zaid sebab menemani penulis dlm seminggu merasa masakan korang yg kreatif ketika berbuka puasa, melayan karenah lawak korang & menemani hari2 penulis walaupun sekejap.
Terima kasih gak kat Siti Zawiroh Daud sebab teman penulis ‘time’ keseorangan, bawak penulis sekali-sekala menghirup udara luar & berbuka puasa kat restoran. Terima kasih gak kat Raihan & kak Syahirah sebab memenuhi undangan utk memberi pengisian pada adik2 di bulan puasa yg mulia ini.
Terakhir terima kasih sangat kat sahabat2 seperjuangan yg selalu ‘contact’, tanya khabar, menutur kata rindu, bagi semangat & mendoakan penulis. Kalian insan berharga buat penulis. Kalian bagai cerminan buat penulis.
Hanya ALLAH yg mampu membalas segala kebaikan & pengorbanan kalian. Penulis akan ingat sampai mati usaha2 kalian & penulis doakan moga ALLAH memberi kurniaan serta kemudahan yg berlipat kali ganda pada kalian. Moga kebahagiaan dunia & akhirat menjadi milik abadi kalian...duhai sahabat-sahabat yg disayangi kerana ALLAH.

Masa sangat mencemburui kita sehinggakan Ramadhan tahun ini dirasakan sangat singkat. Sekarang kita berada di hari2 terakhir Ramadhan bermakna penulis & adik2 tamhidi beransur ingin pulang ke kampung halaman yg sangat di rindui. Hanya membilang hari utk pulang. Sejujurnya, KKNC & penghuninya banyak mengajar penulis erti pengorbanan, kebergantungan pada ALLAH, keikhlasan, ukhuwwah tanpa mengenal batas umur, menghargai manusia yg berada di sekeliling & banyak lagi.

Tiba masa untuk penulis pulang & mulai fokus pada keluarga pula. Rindu sangat pada mama, ayah, adik2 kat rumah tu. Penulis harap lepas ni akan ada yg menyambung perjuangannya di KKNC. Penulis bukan pemula, bukan juga pengakhir pada perjuangan ini tapi penulis hanyalah penyambung kepada usaha ni utk mengajak semua kpd kebaikan & menceritakan betapa indahnya Islam.

Apa yg penting Ramadhan tahun ini sangat bermakna bagi penulis dgn pengalaman yg tidak mungkin diperoleh utk kali ke dua. Pengalaman yg mendidik hati, mematangkan fikiran, menenangkan jiwa & membutuh sejuta pengorbanan serta keikhlasan. Penulis dapat dua perkara yg sangat penting sepanjang perjalanan hidup di sini iaitu hablunminaALLAH & hablun min annas (hubungan dgn ALLAH & hubungan dgn manusia).

Apa yg diceritakan bukan berniat utk membangga diri @ mengungkit2 apa yg telah dibuat tapi sekadar utk berkongsi ceritera hidup sebagai seorang hamba ALLAH. Moga perkongsian ini membawa manfaat kpd semua yg singgah menelusuri blog QalamWardahZinnirah ni. 

No comments:

Post a Comment