Friday 20 September 2013

Sabar Duhai Hati


SABAR DUHAI HATI

Masih basah di ingatan penulis zaman persekolahan yang sarat dengan pengalaman & kenangan. Untungnya bila kawan2 sekelas semuanya perempuan tiada berlainan jantina kecuali guru2 yang menjadi tenaga pengajar. Jadi, masa keemasan ini digunakan oleh penulis untuk bergiat aktif di sekolah. Masa di sekolah dulu mana ingat nak bercinta @ mempunyai pacar seperti pelajar lain. Ini kerana ayah penulis selalu berpesan, “Belajar rajin2. Jangan nak bercinta pula masa belajar. Jangan mudah percaya pada kata2 manusia yang namanya lelaki. Ayah cakap macam ni sebab ayah lelaki. Ayah lebih tau macam mana perangai lelaki. Nanti jangan dah terhantuk baru tengadah.”

Saban waktu ayah sentiasa memberi pesanan itu sehingga menyebabkan penulis langsung tidak mempercayai lelaki kecuali ayah & adik2 lelakinya. Bukan hanya tidak percaya, bahkan penulis sungguh tak suka lelaki. Boleh dikatakan tergolong dalam kalangan perempuan yang anti-lelaki. Kawan lelaki pun tiada.  

Ketika itu kawan2 ramai yang ada teman lelaki. Biasalah zaman berdarah muda semua benda nak dicuba. Nasib penulis baik kerana menerima didikan tegas dari ayah tentang perhubungan lelaki & perempuan yang bukan muhrim. Walau ketika itu, ada kawan yang mengatakan penulis ni ‘anak mak’, hidup terkongkong kerana perlu mengikut segala keputusan ibu & ayah, tak seronok tiada pacar, penulis bersyukur kerana mempunyai ibu & ayah yang sangat ambil berat tentang agama anak2nya. Kasih sayang ayah sudah memenuhi hati & jasad kami. Cukup untuk membuktikan betapa sayangnya ayah kepada anak perempuannya.

Hampir 7 tahun penulis hidup gembira tanpa ada kawan lelaki di sekolah yang hanya di diami oleh pelajar perempuan. Selama hampir 7 tahun juga penulis  melakar harapan agar di kurnia jodoh yang baik suatu hari nanti. Biarlah rasa cinta itu untuk yang halal dicintai. Biarpun saat itu penulis terpaksa berperang dengan nafsu mudanya, dia pasrah dengan ketentuanNya.
Penulis menerima tawaran universiti tempatan dengan hati yang gundah. Tiba masa berpisah dengan keluarga. Perkara pertama yang difikirkan oleh penulis adalah macam mana nak berdepan dengan lelaki2 yang wujud sepanjang pembelajaran penulis di sana. Penulis mengakui sangat takut untuk berdepan dengan situasi ini. Ketika itu juga, hati penulis berbicara, ”Alangkah bagusnya jika ada universiti yang hanya menempatkan pelajar perempuan.”

Perkara pertama juga yang dipesan oleh ayah saat menghantar penulis menaiki kereta abang sebapa untuk ke universiti adalah, “Jaga diri baik2. Belajar rajin2. Jangan nak main cinta di universiti sana. Jangan mudah percaya kata2 manis lelaki.” Pesanan2 lain menyusul diiringi sebak yang tertahan di hati kecil penulis.


Sehingga sekarang penulis masih mengingati kata2 ayah itu & menjadi pembakar semangat untuk penulis belajar dengan baik di universiti. Walau terkadang goyah dengan ujian perasaan hati, penulis cuba untuk menenangkan hatinya bahawa jika dia berjaya menjaga hatinya hanya untuk suaminya sahaja sudah tentu ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik untuknya. Bahkan bakal suami yang menjadi idaman hatinya juga seorang yang menjadi hati & cinta untuk bakal isterinya.

Teringat Surah An-Nuur ayat 26:
     
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.

Percaya & yakin dengan ayat Quran ini, membuatkan penulis nekad menyerahkan Qada’ & Qadar jodohnya kepada ALLAH di samping tidak lupa untuk berusaha dengan cara berdoa agar di kurnia jodoh yang baik serta bisa memimpin mereka menemui keredaan ALLAH. Selain berusaha menjadi wanita solehah & mengikut syariat2 yang digariskan dalam Islam.
Penulis tidak kisah siapa bakal suaminya asalkan pemuda tersebut memenuhi dua syarat wajib yang ditetapkan olehnya iaitu, pertama pemuda tersebut mestilah seorang pejuang agama ALLAH & ke dua pemuda tersebut hendaklah memenuhi syarat ibu & ayah penulis dengan kata lain, pemuda tersebut mestilah mendapat redha ibu & ayah serta keluarga penulis terlebih dahulu.

Umur penulis semakin meningkat, sudah menginjak tahun ke empat pengajian di universiti. Tahun terakhir bergelar mahasiswi universiti. Bohong jika tidak terdetik di hatinya perasaan ingin mencintai dan dicintai kerana penulis juga adalah insan biasa yang di kurnia perasaan cinta. Namun perasaan itu hanya di simpan kemas untuk insan yang bergelar suami saat pemuda itu melafazkan akadnya berwalikan ayah kandung penulis.

Dek kerana itulah, penulis cuba memujuk hatinya untuk bersabar dalam menerima ujian jodohnya. “Sabarlah duhai hati kerana sabar mu akan membuahkan ketenangan & kebahagiaan yang indah. Sabarlah duhai hati kerana masakan hampir 7 tahun kamu sabar menunggu jodoh mu masa di sekolah menengah, sekarang kamu tidak bisa sabar untuk menunggu dalam tempoh 5 tahun ini. ALLAH Maha Mengetahui & perancangannya untuk mu Maha Hebat.”

No comments:

Post a Comment