Saturday 14 September 2013

Semuanya tentang Cinta


Cinta Fitrah Manusia

Perasaan cinta adalah fitrah yang dikurnia Ilahi pada setiap hambaNya. Dengan cinta itulah berseminya rasa bahagia...dengan cintalah terhapusnya permusuhan & pergaduhan...dengan cinta yg dicampakkan ALLAH pada hati setiap manusia inilah bisa melahirkan mujahid, mujahidah solehah dalam meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w...dengan cinta inilah ALLAH memelihara seseorang muslim yang tekun mendekatkan diri & mencintaiNya...dengan cinta ini juga sehingga sekarang kita dapat merasai kemanisan iman, Islam, berkat cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap umat baginda s.a.w.

Al-Hamdulillah...ucapan syukur dan bahagia penulis lafazkan kerana cuti semester ini ramai sahabat2nya bakal mendirikan rumahtangga. Tahniah di atas jodoh yang telah dianugerahkan oleh ALLAH pada kalian. Biarpun jodoh penulis masih di Lauh Mahfuz sekurang-kurangnya penulis mampu tersenyum bahagia & tumpang gembira dengan khabar perkahwinan kalian.

Pesanan buat diri & sahabat-sahabat yg masih belum menemui jodoh terbaik untuk kalian & demi Islam...usah kalian risau kerna percaya & yakinlah ALLAH telah menetapkan segalanya untuk kita termasuklah dalam bab jodoh. Jadi tak perlulah kita beralih angin nak ikut peredaran semasa dengan hanya ‘bercouple’. ‘Couple’ bukan penyelesaian kepada jodoh, ‘couple’ hanya mendatangkan kemurkaan ALLAH semata.

Persiapkanlah diri dengan menjadi muslimah solehah buat ibu, ayah & keluarga sebelum dirimu bakal bergelar isteri. Lagipun hidup kita tak lama di dunia ini & kita tak tahu bila kita akan mati menemui Tuhan yang Maha Berkuasa. Ketika itu jangan kita baru nak kesal atas keterlewatan kita untuk mengubah diri menjadi lebih baik pada pandangan ALLAH.

Bila bicara tentang cinta...semua seperti sudah maklum akan perasaan indah ini. Penulis mengakui cukup cemburu dengan sahabat2nya yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi & mereka sedang membilang hari menghadapi hari bahagia tersebut. Terkesima dengan soalan adik bongsu terhadap penulis, “Kak yong bila nak kakawin? Bila adik boleh tengok kak yong kawin? Kan Nabi Muhammad s.a.w pun kawin dengan Saidatina Khadijah.” Acap kali dia bertanya hingga memaksa penulis kata, “Ada jodoh kawinlah kak yong.”

Al-hamdulillah perasaan cemburu itu bisa di atasi dengan kesabaran & kepercayaan pada Qada’ & Qadar ALLAH terhadapnya. Penulis percaya ALLAH menangguh masanya demi memberi waktu & ruang kepada penulis untuk menanam akhlak2 wanita solehah & mempersiapkan dirinya dgn ilmu2 berkaitan rumahtangga. Cinta selepas kahwin hanya dirasai selepas lafaz akad nikahnya. Cinta yang bersemi atas nama ALLAH...juga dihiasi kemanisan hingga syurga. Ameen.

Penulis abadikan satu video khas buat sahabat2 yang bakal ke gerbang perkahwinan. Moga perkahwinan kalian berpanjangan hingga ke syurga. Semoga video ini mengubat rasa hati buat sahabat2 yang mungkin penulis tak berkesempatan untuk memenuhi undangan kalian. Jom tengok video khas dari penulis!

No comments:

Post a Comment