Sunday 22 July 2018

Syawal Yang Terindah 1439H



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...

Al-Hamdulillah...dengan kuasa dan kehendakNya, penulis masih punya kekuatan untuk mengisi kekosongan blog ini. Lama benar rasanya blog ini menyepi, bukan tiada cerita tetapi kehidupan kini penuh dengan amanah dan tanggungjawab yang lebih diutamakan. 

Cerita yang pasti ditunggu-tunggu oleh sahabat-sahabat. Al-Hamdulillah sepanjang diamnya blog ini banyak kisah dan cerita indah yang penulis harungi bersama-sama keluarganya. Kehadiran kandungan ke-2 merupakan rezeki besar anugerah ALLAH kurniakan pada kami. Juga, al-Hamdulillah...penulis akhirnya mendapat panggilan kerja sebagai guru di sekolah rendah. Kerja juga rezeki pemberian ALLAH kepadanya. Ucapan syukur yang tak pernah putus diucapkan setelah mendapat segala yang diimpikannya. Ya, kita sebagai hambaNya tak boleh lari dari kesusahan atau rezeki yang ALLAH berikan. Walau macam mana pun kita kena jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, barulah kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan dan kesederhanaan. 

Penulis yakin dengan janji ALLAH pada hambaNya, di setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan dan kemudahan. Ingat ni, bukan selamanya kita senang, dan bukan selamanya kita hidup susah. Lama rasanya penulis tidak mencoret kata yang baik di sini. Rasa janggal pun ya. Berbalik pada cerita penulis, al-Hamdulillah, ALLAH telah anugerahkan kepada kami sepasang anak perempuan dan lelaki. 

Tanggal 3 Syawal 1439H bersamaan 17 Jun 2018M detik 08.51 pagi lahirnya seorang bayi lelaki seberat 3.1kg di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Al-Hamdulillah, itulah putera anugerah ALLAh pada penulis dan keluarga. Bila ingat balik kisah dan saat melahirkannya, penulis tergelak sendiri. Yalah, sepatutnya kami balik beraya di Kelantan dah tukar plan last minute bersalin kat Kelantan. Hari ke  lima kelahiran, kami memilih namanya, membuat surat beranaknya dan tahnik anak lelaki ini. Namanya yang kami pilih, Muhammad Yusuff bin Noriskandar. Sebaik nama Yusuff kami gandingkan dengan nama kakaknya, Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar.

Baba & Yusuff

Tahnik

Al-Hamdulillah...

Baba Zulaikha dan Yusuff pernah kata kat penulis, "Cerita tentang Yusuff belum ada lagi dalam blog mama kan?" Al-Hamdulillah cerita kelahiran Yusuff mama coretkan dalam blog ini. Sungguh melahirkan anak adalah detik yang paling indah dan setiap anak yang dilahirkan punya kisah, cerita dan pengalaman mama yang tersendiri sungguh berbeza. Al-Hamdulillah terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan dan anugerah ini. Moga puteri dan putera mama dapat membesar sebagai muslim yang soleh solehah menjunjung agama dan ALLAH dalam setiap kehidupan. Sungguh, mama mudah sekali melahirkan Yusuff. 2 Syawal mama keluar tanda tumpah darah. Cepat baba suruh pergi hospital. Dari pagi sampai ke tengahari kami di hospital, doktor suruh kami pulang dulu sebab mama takde sebarang kontraksi nak bersalin. Petangnya, mama, baba, tokma sempat lagi ke hospital lain nak hantar Khadijah jumpa doktor sebab puteri mama demam. Pagi 3 Syawal barulah mama sakit sampai masuk LR. Cepat masa berlalu, lahirlah putera mama. Cepat 2 minggu dari tarikh kelahiran sebenar. 

Untuk kelahiran ke dua, mama ditemani tokma dalam bilik bersalin hinggalah nak masuk wad. Ya, baba sibuk menguruskan kakak yang sangat cerewet tak mahu orang lain menguruskannya. Baba berkorban demi anak-anaknya. Di sini anak, di sana pun anak. Sekalung Terima kasih untuk baba sebab menjaga puteri mama dengan baik. Doa baba sudah cukup untuk kami ketika itu. Baba teman kakak, buat susu untuk kakak, teman kakak makan, main bersama-sama, mandi dan sebagainya. Terima kasih baba kerana bagi ruang untuk mama bersama dengan putera mama.

Zulaikha dan Yusuff...buah hati pengarang jantung mama baba.

Sleep time.

Syawal kali ni yang terindah buat penulis dan keluarga. Syawal kali ini menyatukan kami sekeluarga. Syawal kali ini disambut penuh kesyukuran dengan kehadiran putera  dan membesarnya puteri kami. Zulaikha dah jadi kakak tak boleh manja2 sangat tau. Al-Hamdulillah kebahagiaan di bulan Syawal membawa keberkatan ke bulan-bulan lain. Perkongsian ini sekadar mahu bercerita tentang kehadiran anak. Hargai mereka dan insan-insan yang wujud dalam kehidupan kita. Jom tengok gambar kat bawah:

#Zulaikharayer

#01SYAWAL1439H

#kamisempatrayerseharije

Setakat ini sahaja coretan ikhlas dari penulis. Moga kehadiran coretan kali ini memberi makna yang baik untuk semua terutamanya penulis sendiri. Mana lagi nak coret cerita ini selain kat blog ini. Pesanan untuk semua yang sudi menziarahi blog ini, mohon doa kalian untuk kami. Moga kami terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan baik.