Thursday 26 September 2013

Penulis jatuh cinta ^_^

SALAHKAH KU BERBAHASA ARAB

Bahasa Arab antara bahasa yang sangat penulis sukai walaupun tidak menjadi pakar dalam bahasa ini. Sekadar mencintai dan menyukai cukup untuk penulis menanam minat mendalam pada bahasa Al-Quran ini.

Bahasa Arab ini membuatkan penulis lebih faham tentang isi al-Quran. Bahasa Arab sanagat indah bila kita cuba untuk mempraktikkannya. Bila mendalami bahasa Arab banyak perkara yang penulis dapat terutama tentang kepentingan bahasa Arab yang tiada pada bahasa lain.

Ramai yang kata nak belajar bahasa Arab ini susah perlu mujahadah, perlu banyak berkorban dan banyak perkara yang nak dipraktikkan semata-mata nak faham bahasa Arab. Sebenarnya bahasa Arab tak susah dan tak payah pun walau pun kita orang Melayu. Ini sama dengan kaedah kita belajar bahasa Inggeris kan?

Namun, salahkah penulis berbahasa Arab saat orang lain seronok menggunakan bahasa sendiri atau dengan kata lain bahasa ibunda? Salahkah penulis mahu menjadi lain daripada yang lain ‘be different then others’ bila kita nak perkenalkan diri kita atau bercakap dalam sesuatu perkara? Tak salah kan?

Jika tak salah kenapa masih ramai yang menggelakkan atau mengusik bila ada kawan kita mahu menggunakan bahasa asing dalam perbualan biasa? Musykilah kabirah! Kadang-kadang bila bercakap menggunakan bahasa Arab automatik ada sahaja kata sindiran atau bisikan-bisikan berbisa singgah di telinga.

Penulis cuba untuk bersangka baik. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda, bila ada yang berbahasa asing bunyinya agak pelik. Mungkin juga penulis salah tempat dalam berbahasa arab. Banyak kemungkinannya yang melayang di fikiran penulis. Berusaha untuk menanam sikap positif pada kawan-kawan. Ya, mungkin mereka tidak tahu kepentingan sebenar bahasa Arab.

Penulis suka jadi lain daripada yang lain kerana bila kita jadi lain daripada yang lain mana tahu kita telah menyumbang ilham pada kawan-kawan tentang sesuatu perkara yang baru. Jadi salahkahku berbahasa Arab sudah terjawab pada pengakhiran artikel ini.

Biarlah apa yang manusia nak kata sebab mulut manusia kita tak dapat nak tutup asal kita menabur kebaikan di bumi ALLAH ini sudah baik bagi kita. Asal kita tidak mendatangkan kerosakan pada bumi dan masyarakat sekitar...asal kita tidak mengfitnah dan menjaga diri dari perkara yang dibenci manusia...itu sudah memadai bagi diri kita.

Penulis cuba untuk memartabatkan bahasa Arab walau perit untuk menelan pahitnya ubat penenang hati. Hanya ALLAH yang mampu menjaga hati penulis daripada riak dengan ilmu yang ada. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui gejolak jiwa yang bersemi di hati.

Ya ALLAH...tetapkanlah hati kami dalam melakukan kebaikan walau saat itu hanya ALLAH yang Maha Melihat hikmahnya. Ya ALLAH...andai diri kami adalah mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w Engkau kurniakan kami kekuatan & ketabahan hati dalam mengharungi badai dunia yang penuh dengan fatamorgana ini. Ya ALLAH...Izinkan kami menemui cintaMu di syurga Firdausi, menggapai redhamU di dunia ini.


Jom, kita sama-sama memartabatkan bahasa Arab kerna bukan pelajar dalam bidang bahasa Arab sahaja yang nak memahami isi Al-Quran tetapi umat Islam secara keseluruhannya mahu memahami Al-Quran! Sama seperti kita nak memahirkan diri dengan bahasa Inggeris begitulah usaha kita nak kenal bahasa Arab. 

Sejujurnya penuli8s mulai jatuh cinta pada bahasa Arab dek kerana teruja melihat pensyarah2nya memberi galakan & semangat kepada pelajar2nya untuk berbahasa Arab.

No comments:

Post a Comment