Thursday 11 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan al-Mubarak ^_^

Sahabat Sejati Dunia Akhirat


Sepanjang keberadaan penulis di bulan Ramadhan dan keseorangan di kolej kediamannya, dia menjadi teman sejati penulis. Dia tanpa jemu dibaca, dibelek dan dihayati. Malah, hampir setiap hari dia menemani tidur penulis terutamanya di bulan Ramadhan.


Bukan niat penulis nak berbangga atau membesar diri, cuma nak mengajak semua umat Islam menghayati isi Al-Quran. Tahu Al-Quran itu memberi penawar pada hati kita, tapi kenapa kita tak cuba untuk membaca atau sekurang-kurangnya membelek setiap bait kata cinta indah dari ALLAH?
Sedar diri keseorangan tanpa sahabat di sisi, penulis memilih Al-Quran sebagai teman dan sahabatnya terutama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Al-Quran inilah yang menjadi sahabat sejati dunia akhiratnya.

‘Buku’ dan ‘majalah’ yang tak pernah jemu dibaca oleh penulis. Ditatap kala resah atau gembira, dihayati kala bersendirian atau berjemaah, dikelek kala sibuk atau lapang. Bahkan Al-Quran menjadi sebahagian dari kecintaan penulis berbanding banyak buku yang ada dalam koleksi penulis.


Dalam banyak-banyak buku yang penulis ada, kalamullah menjadi pilihan hatinya pengubat di kala terluka, penenang di kala gelisah. Andai semua manusia tahu kelebihan isi Al-Quran ini, sudah pasti mereka lebih memilih Al-Quran berbanding buku-buku hiburan yang lain.

Andai diri dilanda masalah, Al-Quran menjadi rujukan. Hatinya kembali tenang. Bila membuka Al-Quran seolah-olah penulis sedang membaca surat cinta dari ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH rawat hatinya yang luka dengan penawar Al-Quran. ALLAH sejukkan hati penulis yang sedang marah pada manusia dengan hanya membaca Al-Quran.

ALLAH seolah-olah berbicara kepada penulis bahawa “Kamu tidak bersendirian di dunia ini. Kamu ada ALLAH & kamu ada Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidupmu. InsyaALLAH kamu tidakkan sesekali sesat.”

Jika tidak berkesempatan untuk membaca Al-Quran, penulis akan memasang ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi ada pada ‘notebook’nya. 24 jam sehari dipasang memang memberi kesan yang mendalam pada hati penulis. Rasa seolah-olah ada teman di sisi walaupun berseorangan.

Biarpun tak baca Al-Quran sekurang-kurannya mendengar bacaan ayat suci Al-Quran sudah dapat menenangkan hati penulis. ‘Notebook’ penulis memainkan peranan saat penulis tidur. Tidur bertemankan alunan suci Al-Quran. SubhanALLAH...sangat indah. Bila bangun dikejutkan oleh alunan ayat Al-Quran dan deringan telefon bimbit penulis.



Criter pasal Al-Quran, penulis pernah dapat hadiah Al-Quran tafsir dalam bahasa Inggeris oleh bapa angkat dari Singapura. Mashaf Al-Quran ini sangat berguna buat penulis terutama bila nak terjemahkan ayat Quran ke bahasa Inggeris. Penulis juga boleh tambah ‘vocab’ bahasa Inggeris.






No comments:

Post a Comment