Monday 28 January 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w...Mari kita amalkan!!!







Salam semanis perjuangan Islam...

Ketika QalamWardahZinnirah sedang asyik membelek buku diari muslimah terbaca satu artikel mengenai Rasulullah s.a.w. Menarik untuk perkongsian bersama:

Sunnah2 Rasululah s.a.w.

Sunnah Rasulullah s.a.w adalah salah satu cara utk kita mendekatkan diri dan melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Di bawah ana senaraikan beberapa sunnah Rasulullah s.a.w. Kata kita cinta Rasulullah s.a.w...jadi luahkanlah rasa cinta kita dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sikit pun jadi asal istiqamah :-)

1. Tidur dalam keadaan berwudhuk & berwudhuk sebelum mandi
2. Slps wudhuk solat 2 rakaat
3. Banyak bersugi
4. Datang awal ke masjid
5. Solat sunat di rumah
6. Puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal & berpuasa sunat 3 hari setiap bulan
7. Berpuasa pada hari Arafah & hari as-Syra
8. Berdoa ketika singgah di sesuatu tempat
9. Mula dgn langkah kanan ketika mulai memakai alas kaki
10. Sentiasa senyum & menyebarkan salam
11. Ziarah- menziarahi kerana ALLAH
12. Nyataka kecintaan kerana ALLAH apabila cinta terhadap insan  (jgn silap sangka pulak, cinta hanya buat yg halal tau!)
13. Tutup mulut apabila menguap
14. Membantu keluarga dlm kerja rumah
15. Banyak menbaca Al-Quran
16. Jimat penggunaan air
17. Banyak amalan2 sunat
18. Membela kucing
19. Tidak mencela makanan
20. Berniaga

Sebenarnya banyak lagi sunnah2 Nabi Muhammad yg boleh kita semua amalkan...erm..apa kata sahabat2 semua membelek buku2 yang berkaitan sirah Rasulullah s.a.w untuk mengetahui lebih wadih tentang baginda s.a.w.






No comments:

Post a Comment