Wednesday 17 April 2013

POST 3: Lover of Knowledge


SUBHANALLAH...SAUJANA MATA MEMANDANG!

Sekali lagi penulis bersyukur masih diberi kesempatan untuk bermusafir semasa cuti pertengahan semester ini walaupun hanya sehari suntuk di Blue Lagoon, Port Dickson. Kali ini, penulis mahu berkongsi dengan semua tentang pengalaman melancong ke kawasan pantai yg mana anginnya sangat mendamaikan.

Penulis tidak menafikan setiap kali bermusafir doa2 bermain di hati kerna kata orang doa orang yg bermusafir mudah didengar oleh ALLAH. Bukankah ALLAH Maha Mendengar?Sampai sahaja di sana penulis & kawan-kawan disambut riang oleh angin pantai yg sangat mengasyikkan. Tamat sahaja sarapan penulis & kawan2 memulakan langkah mendaki bukit berhampiran kawasan pantai semata2 nak tengok keindahan pantai dari pandangan atas bukit. Perjalanan yg sangat panjang dgn melihat hutan belantara & bunyi burung2 yang mendamaikan. Mereka turut menghirup udara segar dalam hutan itu sepuas-puasnya.

                                                 
Cantik kan tepi pantai di Blue Lagoon:-)

Berjalan nak masuk hutan...syok kot!


Lepas sesat dalam hutan terus dapat tengok pantai.

Bila sampai shaja di puncak bukit, subhanallah...saujana mata memandang. Penulis & kawan2 teruja dgn pemandangan yg terbentang di hadapan mereka. Penulis belajar mendekatkan diri dgn alam ciptaan ALLAH yang Maha Hebat. Hilang segala penat & lelah mereka sepanjang mendaki bukit tersebut. Benarlah firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad): “Seandainya lautan menjadi tinta utk (menulis) kalimat2 Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat2 Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.”

Pemandangan pantai kat atas bukit...subhanallah.

Fuyoo...cantik sangat & mendamaikan tau.

Tengok aper tu? Gambar penulis & kawan2 kat atas bukit.

Let joint us...lepas penat mendaki bukit tiba masa mandi pantai pulak.

Setakat ini sahaja catitan penulis sebagai pengembara di jalan ALLAH. Moga memberi manfaat kepada semua yang menjengah blog QalamWardahZinnirah ini. Penulis akan membawa cerita2 baharu mengembara di alam 'campus life' utk diisi dalam episod ‘Lover of Knowledge’ akan datang. Nantikan perjalanan kehidupan mahasiswi universiti ini yang penuh dgn jalan mencari keredhaan ALLAH dalam menuntut ilmu & menjadi pencinta ilmu.

Selain mengembara dan melancong, penulis suka mengisi masa lapangnya dengan membaca. Nantikan perkongsian akan datang tentang kisah cinta penulis dengan buku2 koleksinya.





 

No comments:

Post a Comment