Sunday 21 April 2013

POST 6: Lover of Knowledge


MENCARI MUTIARA ILMU DI IIUM

Al-hamdulillah, ‘post’ kali ini penulis berkesempatan menceritakan tentang kembara sang pencinta ilmu di perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20.04.2013.

Penulis berkongsi minat membaca dengan menceritakan koleksi2 buku yang penulis ada di samping berkongsi minat berhijrah atau bermusafir ke lubuk2 ilmu dengan menukil tentang pengalamannya sebagai penuntut ilmu di universiti. Hujung minggu lalu, penulis bersama-sama kawan sekuliahnya mencari buku2 rujukan utk menyiapkan proposal ‘thesis’ di UIA.

Suasana di perpustakaan UIA, Gombak

Antara rak buku yang ada di perpustakaan UIA.

Saat melangkah masuk ke perpustakaan UIA, penulis terkejut. Kenapa yer? Erm...teruja dgn perpustakaan UIA yang sangat selesa & dipenuhi dgn buku2 rujukan. Sebut shj buku aper semua ada kat perpustakaan UIA ini. Penulis sempat merakam beberapa gambar ketika berada dlm perpustakaan itu. Merakam ketekunan sahabat2 membaca buku2 yg sangat banyak. Seronok tau!
Asyik membaca buku!

Gelagat kawan2 yg sempat dirakam..^_^

Amboi...tak nampak org dah, syok baca buku [>_<]

Puas mencari & membaca buku kami keluar berehat sebentar mengerjakan solat zohor serta makan tengahari. Masing2 sibuk bercerita cantiknya masjid UIA. Kami meneruskan tugas membaca buku2 yg berkaitan dgn tajuk ‘thesis’ kami sebelum menuggu masa utk pulang ke rumah. Bila ada ‘photographer’ sudah tentu penulis & kawan2 merakam saat manis ini. Sebelum pulang kami bergambar sepuasnya & inilah hasilnya:



^_^ Kenangan indah kat UIA, Gombak.

Ha...seronokkan belajar mengutip pengalaman di universiti orang. Nak ilmu kena berkorbankan? InsyaALLAH jika diberi kesempatan penulis akan bermusafir lagi & tak lupa berkongsi manisnya hidup bergelar mahasiswi universiti yg cintakan ilmu.

‘Post’ akn datang penulis kembali melakarkan kisah minatnya yg mendalam terhadap pembacaan buku2. Jom kita bedah buku pulak! Mengembara & membaca buku dpt mendekatkan diri kita kepada ilmu mengenal ALLAH, betulkan? Tepuk dada tanya iman kita.  





No comments:

Post a Comment