Friday 14 June 2013

Pena berbisa QalamWardahZinnirah ^_^

Road from Sya'ban Counting to Ramadhan

Salam Sya'ban buat semua sahabat.

Tak sangka kan kita dah nak sampai bulan Ramadhan! AL-HAMDULILLAH...ucapan syukur dipanjatkan kepada ALLAH kerana masih memberi peluang dan ruang kpd kita untuk menikmati nikmat terbesar Islam & iman. Allah juga memberi peluang kpd kita untuk merasai bulan Sya'ban dan mengira masa untuk sampai ke bulan Ramadhan. 

Sudah hampir 23 tahun penulis menyambut bulan Ramadhan itupun jika umur masih panjang. Bermacam kenangan di rakam sepanjang berada di bulan Ramadhan. Menyeronokkan dan menggembirakan dan tak lupa ada peristiwa yang menyedihkan. 

Kali ini penulis berhajat menghabiskan bulan Ramadhan bersama-sama adik2 tamhidi di universiti. Pengalaman menarik untuk diri yang sentiasa mahukan kelainan dalam kehidupan. Nak jadi hamba ALLAH kena jadi luar biasa pada pandanganNya. Pandangan manusia? Erm...apa kata kita letak ketepi pandangan manusia...sebabnya manusia tak punya kuasa untuk menentukan siapa kita. ALLAH yang berkuasa penuh ke atas diri kita.

Pengalaman pertama berpuasa jauh dari family. Tapi tak mengapa, pengalaman yang menarik untuk menjadi hamba ALLAH yang nak menanam hidup berdikari.


Salam Ramdhan Kareem...





No comments:

Post a Comment