Wednesday 21 May 2014

Rejab, Sya'aban, & Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...dengan nama ALLAH penulis bernafas lagi di dunia ini. Masih bisa menikmati segala penciptaan ALLAH terhadap diri. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah memberi hambaMu ini peluang untuk terus hidup sebagai muslimah. Moga penulis & sahabat-sahabat terus istiqamah di jalan ALLAH ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi penulis ruang ilham & idea untuk mengisi blog ini walau tiada yang singgah sungguh blog ini bakal memberi manfaat pada diri yang sentiasa lupa ini.
Sedar tak sedar kita sudah sampai di bulan Rejab. Lagi 46 hari kita bakal memasuki madrasah tarbiyyah Ramadhan. Ramadhan sangat di nanti kerana Ramadhan kali ini akan lebih bermakna bagi penulis jika dapat diluang masa bersama keluarga tercinta khususnya mama & ayah. Tak sabar nak belajar memasak dengan mama, tak sabar nak dengar ayah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, tak sabar nak makan masakan mama yang paling sedap di dunia, tak sabar nak tengok keletah adik bongsu berpuasa & bertarawih bersama-sama keluarga.
Sungguh penulis rindu untuk menjadi ahli dalam madrasah tarbiyyah Ramadhan nanti. Bakal menghabis masa bersama-sama keluarga tersayang mendekat diri pada ALLAH yang Maha Berkuasa. Kasih sayang ALLAH tak pernah kurang padanya terutama bila diri teruji dengan ujian-ujian yang tersusun cantik, sebab ALLAH uji ALLAH sayang kita sebenarnya. ALLAH tak nak kita hanyut sendirian dengan kenikmatan dunia semata. Ramadhan kehadiranmu dinanti oleh semua umat dunia.
Jadi, mari kita persiapkan diri ke arah madrasah tarbiyyah Ramadhan kayak kita buat persiapan bila nak masuk sekolah menengah atau bila nak melangkah masuk ke universiti. Pelbagai bekalan kita bawa untuk belajar di jalan ALLAH. Sama juga pelbagai usaha & amalan kita ikhtiarkan untuk memasuki bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. 
Baiklah, sebelum penulis mengakhiri perkongsiannya hari ini izinkan penulis menghadiahkan lirik nasyid di bawah untuk diri & semua sahabat yang singgah di blog ini. Maaf yer takde rentak, jika nak dengar rentaknya boleh bukak youtube yer. ^__^ Terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat membaca entri di blog ini & maaf blog ini hanyalah perkongsian ilmu semata tak banyak yang boleh dikongsi kerana penulis pun masih dalam proses belajar lagi. Pengalaman kita menjadi hadiah berharga untuk meneruskan kehidupan ini.
Bila nak datang Ramadhan ni? Kami pun tak sabar nak masuk bulan Ramadhan

Harapan Ramadhan – Raihan ft Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Sebelum mengakhirkan kalam izinkan penulis memohon jasa baik sahabat-sahabat untuk terus mendoakan keselamatan & kesihatan ayah & mama penulis supaya mereka terus tenang menghadapi ujian dariNya. Hadiahkan al-Fatihah untuk mama, ayah & keluarga penulis dan sahabat2 juga. Moga bila kita saling mendoakan, rahmat kasih sayang ALLAH sentiasa mengikat ukhuwwah persaudaraan Islam antara kita semua. Siiru 'aala barakatillah...

No comments:

Post a Comment