Monday 26 May 2014

Chocolate Ohh Chocolate!

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah dengan nama ALLAH penulis masih bisa meneliti kehidupan sebagai seorang muslim di bumi ini. Al-Hamdulillah nikmat Islam & iman itu masih menjadi milik utama penulis. Moga nikmat ini akan sentiasa menghiasi kehidupan penulis dan sahabat semua yang tak pernah jemu memberikan ruang bagi mata sahabat untuk menatap blog yang serba kekurangan ini. Terima kasih.

Kek coklat hasil air tangan mama tersayang! Emmm...sedapnya

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita pasal isu yang hangat lagi panas bermain dalam masyarakat & heboh dalam media massa sekarang. Kalian orang hebat mesti dah tahu tentang isu semasa ini. Isu ‘chocolate’ jenama Cadbury yang terkenal dalam Malaysia. Jenama coklat yang berjaya memikat ramai manusia untuk terus membelinya. Akhirnya, kebenaran terbongkar, coklat cadbury ada kandungan yang haram. Wah, kisah dah lama tapi menyentap jantung penulis juga...nak tahu kenapa? Coklat adalah makanan paling penulis suka. Menjadi kebiasaan penulis akan makan coklat bila rasa tertekan atau bila rasa sangat bahagia. Coklat hanya sampingan yang penting mengadu & zikir mengingati ALLAH dulu yang patut di buat sebab kita orang Islam.






Tahu betapa seronoknya dapat makan coklat. Satu pengalaman yang sangat menarik & tak dapat diluah dengan kata-kata. Dapat makan semua yang berkaitan dengan coklat lagi seronok & nikmatnya al-Hamdulillah hanya ALLAH yang tahu. Kek coklat masakan mama paling penulis rindu. Semua tentang coklat menjadi kegemaran penulis sebenar. Hanya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat.

Tengah seronok bicara tentang coklat penulis teringat qalam ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Macam tulah perasaan penulis ketika ini. Boleh jadi yang kamu suka itu adalah buruk bagimu & apa yang kamu tak suka itu memberi kebaikan padamu. Serius lepas dengar berita coklat cadbury ada kandungan haram, penulis takkan sesekali belinya. Pengajaran bila nak makan sila pilih produk yang ‘halalan thayyiba’ (halal lagi baik). Lepas ini bila nak bagi hadiah coklat jangan bagi hadiah coklat cadbury. Jom sama-sama kita boikot semua produk Cadbury & yang seumpama dengannya.

Boikot, boikot gak...nanti nak kena ada kilang coklat buatan muslim yang boleh menghasilkan coklat-coklat yang sedap hingga menjilat jari & yang penting halalan thayyiba. Nampaknya ini perniagaan yang baik untuk umat Islam. Ada peluang untuk penulis menceburi bidang perniagaan coklat. Wah...hidup dengan coklat ‘best’ gak! Harapnya lepas ini akan wujud coklat-coklat jenama Islam yang bakal merawat insan-insan yang sukakan coklat. Ameen.



Ha, sahabat-sahabat lepas ini ingat bila nak beli coklat pandai-pandailah pilih yang halal yer. Bukan coklat je, semua yang berkait dengan makanan, pakaian, keperluan harian & seumpamanya. Coklat ini kebanyakannya digemari oleh perempuan-perempuan tak kalah juga lelaki. Siapa yang tak suka coklat agak pelik. Usah risau penulis bukan nak membanding beza di sini kerana setiap manusia punya citarasa yang berbeza ada yang suka coklat ada yang benci coklat.

Ada yang suka baca buku ada yang tak suka baca buku itu lumrah manusia. Tak boleh semuanya sama nanti tak menarik. Macam warna kita ada banyak warna menghiasi kehidupan kita. Tentu tak menarik bila kita guna warna yang sama sahaja & bayangkan apa akan jadi pada diri kita bila tiada warna? Seronoklah bicara tentang ‘chocolate’ hari ini. Penulis ketemu titik idea di sini. Perbezaan antara manusia bukan sebagai titik permusuhan & pergaduhan tetapi perbezaan itu yang melengkapi & menyatukan manusia.

Umpama coklat, dia punya rasa yang berbeza mengikut si pembuatnya. Macam-macam ada rasanya masam, manis, perisa pula berbagai di tambah dengan hiasan-hiasan yang menyedapkan lagi rasa coklat. Kalian tahu perbezaan coklat itu akhirnya mempunyai tujuan yang sama iaitu memberi kepuasan pada si pemakan & penggemarnya. Yes...Al-Hamdulillah penulis menemui titik akhir ideanya. ALLAH  mencipta perbezaan untuk kita saling melengkapi.

Teringat penulis pada hadith 40 hadith pertama yang menerangkan tentang niat seseorang individu mempengaruhi setiap tindakannya. Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan hadith sebelum menutup perbicaraan tentang coklat ini. Moga memberi manfaat pada ummah. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.


Salam seindah & selazat kasih si 'chocolate'...Siiru 'alaa barakatillah...


No comments:

Post a Comment