Saturday 24 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Autisme)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya blog ini masih punya isi untuk diluahkan & dibicarakan. Al-Hamdulillah...peluang bersama-sama blog ini adalah peluang keemasan untuk penulis bercerita tentang Islam. Indah bila setiap detik kehidupan disandarkan pada Islam agama yang suci untuk semua umat manusia. Bersyukurlah kalian, kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam, bersyukurlah kalian keluarga adalah Islam, bersyukurlah kalian, hidup sentiasa dilimpahi kasih sayang Tuhan.

Pagi ini penulis mahu berkongsi sedikit isi dari buku yang baru di khatamnya iaitu buku bertajuk, 'Aku Bersyukur Anakku AUTISME karangan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Hisham Ahmad terbitan Telaga Biru.' Bagaimana penulis boleh terpanggil untuk membaca buku ini? Ha, kisahnya bermula bila salah seorang sahabatnya, Zawiah Abdullah menceritakan pengalamannya berpraktikal di Akademik Al-Faqeh yang menempatkan kebanyaakan pelajarnya adalah anak-anak kehilangan upaya seperti pekak, bisu, autisme & berbagai lagi kesulitan.



Sungguh penulis tertarik mendengar pengalaman hidup sahabatnya yang bergelumang dengan anak-anak yang suci lagi tak berdosa. Mereka tidak pandai berbohong & mereka sangat cepat menerima ilmu. Harus diajar dengan penuh kesabaran, harus diteliti setiap gerak-geri. Ketawa & tangis mereka hanya diketahui oleh sang empunya diri. Walau anak-anak ini kurang upaya mereka tetap istimewa pada pandangan ALLAH. Mahu sahaja penulis menemui anak-anak istimewa ini mengusap & membelai seraya berkata ALLAH sangat menyayangi kalian. 

Buku ini pantas dibeli oleh penulis setelah mendengar kehebatan anak-anak autisme dari mulut sahabatnya. Sungguh ada banyak perkara yang penulis mahu tahu & belajar tentang mereka. Sebolehnya dia mahu mendekati insan-insan istimewa ini. Buku ini menyusun cara bagaimana muamalat Nabi Muhammad s.a.w dengan kanak-kanak juga tersusun indah ayat-ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan kanak-kanak. 

Firman ALLAH S.WT dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:


15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Pada halaman 21 buku ini ada menyebut tentang definisi autisme iaitu keadaan yg menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme ialah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yg menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku  emosi, pola bermain & juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Kanak-kanak autisme ini kebiasaannya seperti kanak-kanak lain cuma berlainan dari sudut tingkahnya. 

Buku ini memaparkan 7 bab utama iaitu bab 1:Jalan Ke Syurga, Bab 2: Fenomena Autisme, Bab 3: Al-Quran & As-Sunnah Tiada yg Dibiar Terlepas daripada Keprihatinan kedua-duanya, Bab 4: Autisme mencari makna kehidupan, Bab 5: Kanak-Kanak Istimewa Menurut Perundangan Sivil & Islam, Bab 6: Layanan & Didikan Berasaskan Islam, Bab 7: Rumusan & Penutup. Jadi penulis mengajak diri & sahabat-sahabat mari kita tingkatkan ilmu tentang anak-anak autisme supaya mudah nanti untuk kita berdepan dengan mereka. 

Jom kita hayati lirik lagu 'Namun Ku Punya Hati'!

Lirik Lagu Namun Ku Punya Hati - Azmir Arif

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

[*] Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

[**] Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua…

Repeat [*] & [**]


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-namun-ku-punya-hati-azmir.html#ixzz32gTKWy5w

Sebelum penulis menutup bicara izinkan penulis memohon jasa baik sahabat-sahabat untuk mendoakan & menghadiahkan al-Fatihah buat anak saudara paling bongsu penulis, Suri Tihani Qisya bt Shukri yang bertarung dengan penyakit jantung berlubang. Kecil2 lagi dah menanggung derita penyakit ini. Marilah sama-sama kita doakan moga tubuh comel bayi perempuan ini & ibu ayahnya bisa kuat & tabah dengan ujian ALLAH ini. Mak saudaramu mendoakan yang terbaik untuk Suri Tihani Qisya.


No comments:

Post a Comment