Thursday 22 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Air Mata Di Jalan Dakwah)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...salam Jumaat Kareem buat semua sahabat-sahabat yang sudi singgah & menyenangkan mata melihat blog ini. Terima kasih & sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat yang sudi  melayan blog yang serba kekurangan ini. Al-Hamdulillah...terima kasih Ya ALLAH Engkau masih memberi penulis peluang yang sangat berharga ini punya idea & ilham yang mahu di kongsi bersama-sama untuk peringatan diri sendiri & untuk semua sahabat.

Pagi ini penulis mahu bercerita pasal buku yang telah di bacanya iaitu, ‘Air Mata Di Jalan Dakwah- Karangan: Umar Hidayat, terbitan Darul Uswah, Yogyakarta, 2012 Cetakan pertama’. Pertama sekali buku ini adalah dalam bahasa Indonesia. Al-Hamdulillah, banyak juga perkataan Indonesia yang kurang difahami oleh penulis.



Antaranya, ‘sebel’, ‘kultus’, ‘mumpung’, ‘ruwet’, ‘infiltrasi’, ‘jeblos’, ‘ulet’, ‘canda’, ‘sambat’, ‘butuh’, ‘mayoritas’, ‘gembok’, ‘terjal’, ‘jeda’, ‘evaluasi’, ‘sarana’, ‘kantor’, ‘geret’, ‘linglung’, ‘kerangkeng’, ‘ambisi’, ‘asupan’, ‘ringkih’, ‘penasaran’, ‘sepele’, dan sebagainya. Buku ini sangat menyeronokkan hadiah (kado) buat semua yang bergelar pendakwah. Air mata di jalan dakwah menceritakan pahit manis sebuah perjuangan Islam. Memetik kata-kata dalam buku ini pada halaman 67:

“Air mata di jalan dakwah dalam tangis yang mengajarkan, mengingatkan kita ketika telah terlanjur berbuat kesalahan maka jangan teruskan. Sedarilah, & berhentilah dari terus melakukan kesalahan serta segeralah ikuti perbuatan salahmu dengan perbuatan baikmu.”
Perkongsian bersama penulis terlupa nak bagitau halamannya, lima syarat dalam penyampaian dakwah, ikhlas, cepat, tepat, kualiti & kesinambungan. Pada halaman 133 buku ini juga penulis mahu berkongsi tentang sifat air 1) Knsentrasi penuh @ fokus diri. 2) Ulet & tak mudah menyerah. 3) Tenang @ lembut. 4) Istiqamah 5) Adaptasi & fleksible (boleh jadi apa pun). Em, jom kita sama-sama bersifat seperti sifat air yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek masa. Lagipun air menjadi keperluan utama manusia dalam badan kita pun kebanyakan ada air.

Sebelum penulis melangkah jauh, ada baiknya penulis kongsikan intisari tajuk yang ada pada muka akhir buku ini:

“Jika menangis itu sihat, maka menangislah lantaran di jalan dakwah agar engkau merasakan sihat fizik & maknawiyyahnya. Jika menangis itu melepaskan segala asa agar hati lega, maka menangislah di jalan dakwah sehingga kehidupanmu tidak hanya lega di dalam dada, tetapi juga yang lega bersambung ke syurga. Jika menangis itu membuktikan kemanusiaan kita, maka menangislah di jalan dakwah tidak sekadar manusia, tetapi juga manusia yang terpilih mengembang warisan risalahNya.

Jika menangis itu disebabkan sedih, maka menangislah di jalan dakwah kerana kesedihan itu akan menaklukkannya. Jika menangis itu disebabkan gembira, maka menangislah di jalan dakwah kerana kegembiraan itu menjeda mengingatkan kita agar tetap taat di jalanNya. Jika menangis itu disebabkan keabadian, maka menangislah di jalan dakwah kerana keabadian itu ada yang tertunda menghasilkan karya bersejarah yang mengabadi keranaNya.

Meski kesedihan mendera, air mata di jalan dakwah menaklukkannya untuk tetap tidak bercumbu dalam kesedihan. Sebaliknya, mengajar kita mengubahnya untuk tetap dalam ketaatan kepada ALLAH. Air mata di jalan dakwah, mengajak kembali ke jalan dakwah. Bersama-sama membangun bangsa ini dengan pilar dakwah agar tercipta kehidupan & peradaban madani yang selalu kita idamkan.

Alangkah bahagianya andai air mata membasuh hati kita, menghapus dosa-dosa kita, & melejitkan semangat maknawiyah & potensi kita. Maka, mari kita sama-sama meniti jejak pengembaraan dalam bentara hikmah air mata di jalan dakwah.”

Sungguh jalan dakwah ini sukar untuk di lalui kerana manis syurga tidak mudah untuk digapai kecuali dengan rasa syukur & redha bersama-sama menyatu dalam hati. Sungguh buku ini membuka mata penulis untuk terus membaca walau kurang memahami bahasa Indonesianya. Indah bila berjuang kerana ALLAH kerana dalam buku ini telah terselit beraneka macam kisah-kisah teladan zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat berjuang menegakkan Islam.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah ar-ra’d ayat 11 yang bermaksud:

11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Terang lagi bersuluh, ALLAH mengatakan hambaNya tidak akan berubah selagi mana mereka sendiri mengubah & berusaha ke arah kebaikan. Halaman 241 dalam buku tersebut menjelaskan, “tekad yang kuat & bulat yang akan mencetak jiwa yang siap mengharungi perjuangan yang panjang. Tekad yang kuat & bulat yang akan memberikan daya tahan atas waktu & jarak yang harus di tempuh seseorang dalam mencapai harapan & cita-cita.”

Pada halaman 253 dalam buku ini perenggan dua, “di sinilah pintu kebahagiaan. Bukan di luar sana. Di dalam hati kita. Jika seorang muslim ingin memperoleh kebahagiaan sejati cukuplah hanya dengan jalan mendekatkan diri kepada ALLAH. Melalui amal kebaikan & kesolehan. Cubalah bertanya pada hati kita masing-masing, bagaimana kondisi hati saat-saat kita sedang bermunajat jiwa kepada ALLAH? Di mana kau letakkan ALLAH di hatimu? Bagaimana suasana qalbu kita saat melaksanakan perintahNya.”


Solusinya, mari kita sama-sama membaca  buku ini yang membuka kita ke arah kebenaran Islam. Dakwah itu untuk semua tidak terhenti pada umat Islam sahaja. Jadi, jom luaskan dakwah kita pada semua! & ingat dakwah bukan sesuatu yang bert serta dakwah bukan hanya tugas seorang individu Muslim sahaja.

No comments:

Post a Comment