Friday 9 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Auratku, Maruahku)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...kita bersambung lagi untuk ‘post’ yang seterusnya. Al-Hamdulillah penulis masih bisa merasai nikmat berada di kampung walau hanya beberapa hari. Hari ini hari terakhir dia bangun menghirup udara pagi kampung dihiasi dengan burung-burung yang berkicauan. Sungguh menenangkan. Pesanan untuk semua sahabat jika berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman jangan lepaskan peluang itu yang tak mungkin datang berulang kali. Ini peluang untuk kita berbakti pada ibu bapa. Ini peluang untuk kita bedah tadhiyah kita, setinggi mana bila dapat tahu bonda @ ayanhanda sakit di kampung.

Hari ini penulis suka untuk berkongsi tentang sebuah buku yang telah lama dibeli di Kuala Lumpur saat menziarahi sahabatnya di sana. Buku yang menarik untuk di kongsi khusus buat wanita muslimah & bacaan lelaki muslim yang mahu mengetahui situasi sebenar seorang muslimah. Yalah, lelaki pun perlu baca buku ini sebab disekelilingnya juga ada perempuan ibu, kakak, isteri, adik perempuan, & saudara-saudara perempuan. Apa yang penting buku ini hadir untuk menghargai kehadiran wanita muslimah & berkongsi soal jawab tentang isu aurat wanita Islam.




Lupa pulak nak bagitau, buku ini bertajuk, “Auratku, Maruahku. Menjawab kemusykilan si gadis berkaitan penghijrahan & syariat berhijab – Karangan Siti Nur Fatimah Hasan & Mohd Solleh Ab. Razak.” Penulis-penulis buku ini penulis pernah mengenali mereka di alam persekolahan ketika menyertai program2 sekolah. Sudah jadi penulis sekarang, tahniah kepada Ummu Mujahid & Abu Mujahid. Al-Hamdulillah...

Moga kalian dapat terus berbakti untuk ummah. Baiklah, soalan pertama kenapa penulis mahu membeli & membaca buku ini? Pertama sebab penulis mengenali penulis buku ini. Ke-2 sebab penulis mahu melihat bagaimana berhadapan dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan aurat wanita Islam. Isu aurat ini sentiasa di pertikaikan oleh manusia terutamanya umat Islam sendiri. Padahal ALLAH dah buat hukumNya cantik untuk kita sebagai hamba & khalifahNya.

Ringkas & padat, konsep soal jawab yang berwarna penuh, betul-betul menarik minat penulis untuk bukan setakat membaca tetapi turut menghabiskan pembacaannya. Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat al-Quran di atas jelas lagi bersuluh tentang pensyariatan menutup aurat. Al-Hamdulillah, penulis bersyukur kerana ALLAH masih & sentiasa memberi ruang kepadanya untuk terus istiqamah menetapkan prinsip dalam menutup aurat dengan sempurna. Moga penulis bisa istiqamah lagi. Banyak dalil daripada al-Quran & hadith yang telah diselitkan dalam setiap persoalan yang timbul dalam buku ini yang mana mempunyai 150 halaman.

Prinsip menutup aurat dengan sempurna sepatutnya dimiliki oleh semua wanita muslimah di dunia ini. Sekurang-kurangnya kehadiran buku ini akan menyedarkan wanita muslimah tentang kepentingan menutup aurat & memperbetulkan salah faham sesetengah wanita yang menganggap menutup aurat hanyalah dengan memakai tudung semata.

Pelbagai persoalan dirungkaikan secara logik akal beserta dalil-dalil yang bertepatan demi mengajak para muslimah untuk terus menutup aurat dengan sempurna. Cubalah kalian baca isinya, sudah tentu kalian bakal tertarik untuk memenuhi suruhan ALLAH dalam penutupan aurat ini.

Di kesempatan ini, penulis mahu berkongsi salah satu alasan yang nombor 9 iaitu, ‘Tunggulah...belum dapat hidayah’ pada halaman 45 buku ini. Alasan ini sering timbul bila mana ada yang mengajak wanita Islam menutup aurat secara sempurna. Benar hidayah adalah milik ALLAH, tetapi kita juga harus berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.

Dekatkanlah diri pada ALLAH dengan salah satu caranya menutup aurat nescaya ALLAH akan menganugerahkan hidayahNyapada kita. Tutuplah aurat, hidayah ALLAH pasti bersamamu. Mari penulis bawa contoh benar dari akhbar Sinar Harian bertarikh 9 MEI 2014 (Jumaat) halaman 21 tentang berita ‘Hidayah buat Felixia Yeap’. Dia bakal mengucapkan kalimah syahadah menjelang Ramadhan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan dan dia tidak sabar-sabar untuk melaksanakan ibadah puasa.




Apa yang membuatkan Felixia Yeap yang berbangsa Cina ini mendapat hidayah ALLAH. Ya, dengan memulakan langkah menutup aurat seperti muslimah. Tidak malukah kita sebagai muslimah tetapi masih terus tidak menutup aurat dengan sempurna. Dia sendiri mengakui bila mana dia bertudung & memakai pakaian yang menutup aurat dia tidak lagi dikacau sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rugi kita tidak merebut peluang untuk terus menutup aurat kerana wanita Islam itu sangat berharga lebih tinggi nilainya dari permata, emas malahan harta.

Ketika asyik membaca buku ini, satu analogi telah menjentik hatinya, “Ingatlah, megahnya layang-layang terbang bebas di angkasa kerana talinya terikat kukuh di bumi.” Analogi yang bijak untuk manusia, manusia bisa ‘terbang’ bebas di bumi ALLAH dengan syarat drinya masih terikat dengan hukum-hukum ALLAH.

Percayalah muslimah serikandi Islam ALLAH menghadiahkan hikmah terindah buat kalian! Pensyariatan menutup aurat bukan sesekali untuk menyeksa wanita tetapi untuk memelihara maruah wanita Islam. Analogi barang kemas yang tertutup rapi & terpelihara dalam peti besi lebih bernilai tinggi harganya berbanding barang kemas yang di tayang umum lebih jelas dalam kondisi wanita Islam sekarang. Sahutlah seruan untuk menutup aurat. Jadi, nak tahu lebuh jelas tentang auratku, maruahku, kalian boleh dapatkan buku ini dengan kadar segera.


Siiru’alaabarakatillah...sebelum terlupa terima kasih penulis ucapkan pada kalian di atas doa & surah al-Fatihah yang kalian kirimkan buat ayahanda penulis. Al-Hamdulillah, penulis bisa melihat kembali ayahnya berjalan & tersenyum bahagia dengan kepulangan anak sulungnya ke kampung halaman. Moga doa kalian akan terus mewarnai kehidupan kita sebagai seorang muslim. Al-Hamdulillah.

No comments:

Post a Comment